Rumah Ku Syurga Ku

Thursday, April 23, 2009

Pemergian Adik Ke Rahmatullah 22 April 2009

Alfatihah untuk Arwah adik, semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman.

Kak Ton nak cerita sikit kat sini sebagai kenangan.

Allahyarham adik nama Mohd Sharif. Adik bongsu dari kami 10 beradik. Umur belum masuk 37 tahun, besday bulan Nov. Seorang guru dan aktif sukan.
Arwah rapat sengan semua orang kerana sikap beliau yg sentiasa 'cool' dan suka buat lawak.
Arwah juga disayangi oleh anak2 murid, walaupun arwah merupakan guru disiplin di sekolah.
Arwah mengajar murid tahun 1 kelas pemulihan.

Sebagai Pak Su, arwah juga rapat dengan anak2 saudara. Arwah ni memang baru start ada high blood pressure...Tapi belum lagi on medication...Dan dia juga seorang perokok sejak lepas sekolah menengah lagi.

Arwah meninggalkan seorang isteri, Sanisah, juga seorang guru berumur 33 tahun dan 5 orang anak lelaki...
1st...10 tahun Mohd Syazwan
2nd...8 tahun Mohd Aiman
3rd...5 tahun Mohd Farhan
4th...3 tahun Mohd Izham
5th....1 tahun (esok genap setahun) Mohd Haziq

Sedikit rentetan kematian arwah...
Pagi Selasa 21 April 2009...
Arwah seperti biasa hantar isteri dia ke sekolah...sebab arwah mengajar sebelah petang...Selalunya dia akan hantar anak2 yg sekolah ke sekolah dan tinggalkan 2 org yg belum sekolah tu dirumah mak mertua arwah.
Kebetulan, anak2 semuanya kurang sihat, jadi semua dihantar kerumah nenek.
Sebelum hantar anak, arwah belikan nasi lemak untuk sarapan anak2...
Di rumah mertua, arwah bagitau mertua, dia rasa sakit kepala sangat...dan minta mertua rebuskan air daun mengkudu...
Mertua pun bergegas ambik daun mengkudu dan rebus...
Bila dia kedepan semula, dia nampak arwah dah tecungap-cungap dan berbuih mulut.
Mertua suruh arwah mengucap dan panggil anak2 suruh kipaskan arwah ayah mereka sementara mertua telefon isteri arwah kat sekolah dan bergegas ke madrasah didepan rumah minta tolong.
Kebetulan sebelah rumah mertua tu ada pelajar2 tabliq tinggal.
Kemudian, dengan pertolongan pelajar2 tabliq itu, arwah dibawa ke klinik berhampiran...
Isteri arwah, bergegas ke klinik tersebut dan seterusnya sama2 menaiki ambulan ke hospital taiping. Selesai urusan di Hospital Taiping dan dimasukkan ke ward dalam pulul 11 pagi.

Sepanjang di ward, tekanan darah masih lagi tinggi dan arwah memang mengguna kan bantuan pernafasan sejak dari klinik lagi.
Pada pukul 12tghmalam, Kak ton yang nampak perubahan pada arwah kerana tiba2 nampak kesan lebam pada lengan dan kuku menjadi biru...
Oleh kerana beliau bernafas menggunakan ventilator, keadaan beliau seperti bernafas.
Dlm keadaam kelamkabut itu, kakak kak Ton memeriksa nadi dan didapati nadi sudah tiada dan terus panggilkan nurse.....dan Doktor bertugas yg memang sedang membuat lawatan routine pemeriksaan.
Setelah 3 kali percubaan menghidupkan jantung yang dah berhenti, tetapi gagal, arwah disahkan meninggal dalam pukul 12.15 am, 22 April 2009.
INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN......
Alhamdulillah segala urusan selesai dengan begitu pantas dan tenang...
Pada pukul 2.15 pagi, 22 April 2009, jenazah dibawa menaiki kereta jenazah ke Kampung Tebuk, Terong, Taiping Perak.
Arwah disemadikan dikampung isteri arwah, dimana arwah juga memang telah membeli rumah dan menetap di kawasan perumahan berhanpiran, Taman Trong Indah.
Jenazah dimandi, dikafan dan disolatkan pada pukul 11 pagi.
Upacara pengebumian dalam sekitar kam 12 tghhari.
Segala urusan begitu lancar dan tenang
sebagaimana diberitahu oleh isteri arwah, arwah selalu berkata, kalau dia mati, dia tak nak sakit lama2 dan tak nak susahkan orang lain. Itulah permintaan arwah dengan Allah...
Sebab itu lah agaknya semuanya berjalan begitu pantas dan tenang...terasa bagai mimpi.

Arwah memang dalam keadaan tak sedarkan diri sehingga beliau meninggal.
Menurut Doktor, Blood pressure terlampau tinggi...200+.
Ini menyebabkan salurdarah utama ditengah2 antara otak kanan dan kiri pecah dan berlaku pendarahan. Menurut Dr jika pendarahan di sebelah tepi otak, Dr boleh operate...Tapi kalau ditegah2, memang tak boleh buat apa2..
Pendarahan juga berlaku di abdomen (dlm perut), dimana Dr sedut dan keluarkan darah tersebut ikut hidung.
Menurut Dr juga, kalau arwah recover pun...arwah akan lumpuh seluruh anggota...dan memory lost.
Kami semua redha atas pemergian arwah.Tiada siapa menyangka adik bongsu yg pergi dulu.
Kalau la mak kakton tidak nyanyuk...sudah tentu dia merupakan org yg paling sedih dan terkilan...anak bongsu kesayangan pergi dulu tinggalkan dia...

Sesiapa pun akan mengalirkan air mata bila melihat seorang demi seorang anak2 yang masih kecil itu mencium ayah sebelum kain kafan bahagain muka ditutup.
Dan siapa yg tidak sedih bila anak2 kecil itu duduk sederet disebelah ibu mereka di tepi kubur semasa arwah ayah mereka dikebumikan...
Tetapi anak2 itu seperti kebingungan, tidak tahu apa yg berlaku terutama yg berumur 5, 3 dan 1 tahun itu.

Semasa mereka menziarah arwah ayah mereka di hospital, pada petang Selasa...
Mereka terkejut melihat wayar berselirat di tangan, hidung dan mulut arwah ayah mereka.
Bila jenazah ayah dibawa pulang kerumah, mereka bertanya, "Ayah dah baik ke?" "Ayah dah tak sakit". Ini ialah kerana mereka melihat Arwah ayah mereka seperti tidur dalam tersenyum. Sudah tidak ada wayar/tiub berselirat di badan ayah...itulah pandangan anak kecil yg masih belum tahu soal kematian.

Memang arwah seperti tersenyum. Senyuman itu bukan sahaja kelihatan dimulut tetapi juga dimata.
Semua yang melawat jenazah juga melihat begitu.

Hanya ALLAH yg tahu.

SEMOGA ALLAH AMPUNKAN SEGALA DOSA MOHD SHARIF BIN SARIPAH,
SEMOGA ROH MOHD SHARIF BIN SARIPAH DITEMPATKAN BERSAMA ROH ORANG2 YANG BERIMAN.
INNALILLAHHIWAINNAILAIHIROJIUN
ALFATIHAH

Monday, April 20, 2009

seri muka

Hidangan minum petang hari ni...
Seri Muka atau orang Kedah panggil Pulut Sekaya...



Resepi Kuih Seri muka

bahan2
1. 1 cawan beras pulut. Di rendam 4@5 jam, toskan.
2. 3 cawan santan pekat yg diambil dari 1 biji kelapa parut ( atau 1 kotak-200ml santan pekat dijadikan 3 cawan santan-jadi 600ml)
3. 1 1/2 sudu teh garam
4. 10 sudu makan gula pasir
5. 5 biji telur
6. 2 sudu makan tepung jagung
***boleh juga menggunakan tepung gandum atau tepung pulut
***tujuan hanya untuk mengeraskan sedikit bahagian kepala seri muka, agar senang dipotong

cara2
1. gaulkan 1 sudu teh garam dgn 1 1/2 cawam santan, masukkan beras pulut dan santan kedalam loyang dan gaul rata.
2. kukus beras pulut tadi selama 1/2 jam atau sehingga pulut masak.
3. Angkat, kacau rata dan tekan2 kan pulut agar rata dan padat.
4. Untuk bahagian atas; blend 8 helai daun pandan yg dipotong2 dengan baki 1 1/2 cawan santan tadi, perah dan tapis.atau 2 sudu teh pandan paste (Jika tidak menggunakan daun pandan)
5. Campurkan telur, tepung jagung, gula, 1/2 sudu teh garam ,pandan paste dan santan. Kacau hingga sebati menggunakan whisk.
6. Tapiskan campuran tadi dan tuangkan keatas pulut
7. kukus lagi selama 1/2 jam atau sehingga bahagian kepala masak.

***Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dipotong.
***potong menggunakan pisau plastik agar potongan licin dan kemas

agar-agar buah pic cocktail...

Hari Jumaat...buat agar2 letak buah pic ni...
Makan ngan susu cair yg dimasak bersama sedikit gula dan tepung custard...

Sunday, April 19, 2009

kacang botak...

Teringin nak makan kacang botak...dari last week lagi,,
tapi Penyakit M tu tak hilang2...
Akhir buat gak la hari Khamis hari tu...



resepi senang je....
tak de sukatan2....
tepung gandum, 1 biji telur, sedikit garam, gula dan cili serbuk digaul dengan sedikit air...
kemudian gaulkan kacang sekali...
Air tu, agak2, tepung tu kental dan melekat pada kacang tu je...
untuk menggoreng, sendukkan bancuhan tadi kedalam minyak yg panas...
lepas tu, dengan menggunakan sudip stainless steel tu..tekan2 lah adunan kacang tersebut...supaya kacang2 itu terlerai...sebelum tepung tu masak dan keras...
jika tidak, kacang2 tersebut akan berketul2...dan kurang rangup...

Wednesday, April 15, 2009

Nasi Minyak, Kari tulang rusuk lembu, daging masak kicap dan acar timun

Sempena besday Kak Ton hari ni, Kak Ton masak spesel sikit...
Nak buat camne...kalau dah jadi surirumah tu...
On the birthday date pun kena masak gak...
Sebab Bitrhday Falled on weekdays...
Kalau Birthday on weekends, sure2 punya pergi makan kat restoren kan...

Ini la menu lunch dan dinner hari ini...
Layan je le ye

Nasi Minyak sempoi...
Sempoi sebab tumis pakai minyak masak je dan pakai beras wangi je...
Masak dengan apa yg ada kat rumah...tak la pulak sampai nak pergi beli beras basmati dan minyak sapi kat kedai


Acar timun sempoi...
Acar timun ni sempoi sebab main gaul dengan sos cili je...
Timun dihiris nipis, bawang besar cincang, sedikit gula dan garam.
Dah siap...



Kari tulang rusuk lembu
Kari ni...macam biasa...kalau kat Kedah kami panggil gulai tulang...
letak carrot,tomato dan potato...
Tulang rusuk tu rebus dulu pakai pressure cooker...
supaya isi yg kat tulang tu boleh dimakan dengan senangnya...
Tulang for sure tak leh makan kan??? heheh




Daging masak kicap lada hitam
Kalau ikutkan, nak buat rendang dendeng atau masak kandaq ke...
Disebab kan dah kesuntukan masa...
ye la...kena siap masak before 11.30am...
sebab Nadia dan Iqbal nak ke sekolah at 12.15pm...
So, jadi la masak kicap lada hitam ni...
campur carrot, potato, bunga kubis dan tomato gak...
heheh... sama je dengan sayur yg letak dalam gulai tulang tu...
hentam saja la labu...kita yg masak, kita yg nak makan...
janji sedap...
Kak Ton letak sos tiram, kicap manis dan sos lada hitam...


Tada!!!! semuanya sudah siap untuk dihidangkan...

Birthday Present from my Loving Hubby...

Hari ni Birthday Kak Ton ke 42 tahun.
Alhamdulillah...Allah panjangkan umur dan berikan kesihatan yg baik...
Selama 42 tahun hidup Kak Ton di dunia ni...
Di samping suami dan anak2 tersayang...

Abang Megat belikan Handbag...AIGNER
Ermmmm Thank you My Dear...Sayang You...
heheh










Monday, April 13, 2009

Pajeri Terung dan tauhu kukus

menu lunch hari ni...

Pajeri Terung

resepi, senang je ni...main campak2 je... Sama macam masak kari daging/ayam...yg bezanya cuma kena letak gula, dlm 2 sudu besar...

Tauhu taucu kukus

Resepi...main campak je...
tumis bwg merah, bwg putih,udang kering dan halia blend
pastu letak taucu sikit dlm 1 sudu besar...air sikit...agak2 nak kuah byk mana...masak kejap
pastu...masuk kicap manis...dlm 1 sudu teh...
bahan perasa tak payah dah..sebab tauchu dan kicap tu dah masin, plus udang kering lagi...
tuangkan semua bahan yg dimasak tadi ke atas tauhu yg telah diletakkan didalam bekas tahan panas...
taburkan hirisan daun bawang, daun sup (kton letak daun ketumbar...sebab tak suka daun sup)
Kalau suka, letak sedikit minyak bijan...
last sekali kukus dalam 15 minit...
semasa menghidang, taburkan bawang goreng....

Friday, April 10, 2009

daging masak kandaq dan sayur kubis telur

Dah byk hari tak update blog ni....
Hari ni masak daging kandaq..resepi amik kat My Resipi...link
Dah pernah buat sebelum ni dah...
sedap...



pastu tumis buncis campur telor..



Thursday, April 9, 2009

Ikan Jenahak 3 rasa dan kerabu mangga

menu hari Selasa ni...

Ikan Jenahak 3 rasa


Kerabu Mangga


Pastu pi beli tomyam seafood ngan sayur campur...
Mula2 nak buat tomyam, tapi macam tak cukup bahan2 je...
beli je le..heheh

Tuesday, April 7, 2009

Ayam Merah dan sayur lodeh

Dah banyak hari tak update blog nih!
Tak de masakan yg istimewa la..masak biasa2 je...
Nak buat camne, oven masih kat kedai...utk dibaiki...

Semalam...buat ayam nasak merah...



dan sayur campur lemak (atau lodeh, panggilan org jawa)



Thursday, April 2, 2009

homemade ice cream

homemade Ice Cream...
Dah lama teringin nak buat ice cream ni...
Tapi macam tak berapa nak confident je...
Akhirnya semalm merajinkan diri...
Buat homemade ice cream...

Buat 2 perasa sekali....
kacang merah dan coklat...
memang sedap dan puas hati...



Resepi dapat kat Myr...

Tengok kat resepi basic icecream...
pastu pandai2 diolah sendiri tambah perisa...
Senang bangat nak buat ice cream ni sebenarnya...

Resepi ice cream kacang merah
bahan2
1. 2 cawan susu segar (kak ton pakai susu penuh cream dutch lady)
2. 2 cawan coffeemate serbuk
3. 3 sudu besar paste kacang merah (kalau pakai kacang merah dlm tin yg sebiji-sebiji tu lagi sedap kut...)
4. Gula sesedap rasa...1-2 sudu besar dah cukup...

*** Oleh kerana paste kacnag merah dah memang manis, tak perlu letak gula dah.

untuk ice cream coklat
bahan2
1. 2 cawan susu perasa coklat (kak ton pakai susu penuh cream dutch lady)
2. 2 cawan coffeemate serbuk
3. 1 sudu besar choc emulco...cuma nak bagi up sikit kale coklat ice cream tu
4. Gula sesedap rasa...1-2 sudu besar dah cukup...

*** Oleh kerana susu coklat tu dah memang manis, tak perlu letak gula pun dah ok.

Cara2 membuat ice cream...
1. putar susu dan coffeemate selama 7-8 minit pada kelajuan 2 je...
2. masukkan didalam bekas bertutup, bekukan didalam freezer selama 2-3 jam atau 3/4 beku
3. putarkan lagi sekali selama 1-2 minit je pada kelajuan 1 je...
4. bekukan semula selama 8 jam atau semalaman...
5. bolehla dimakan bersama taburan choc rice/roasted almond/kacang tanah atau ape2 je le...


***semasa putaran kedua, bolehlah dimasukkan perasa tambahan yg dikehendaki...
kacang merah/jagung/milo/oreo dll mengikut selera anda...
***ice cream ini rasa seperti ice cream yg dibeli di kedai tu...Tapi awas, ia sangat cepat mencair...
jadi perlu cepat2 makan selepas di scoopkan...

Wednesday, April 1, 2009

roti jala lagi...

petang tadi, buat roti jala...
Dalam dok fikir nak masak apa untuk tea, teringat dalca sayur yg masih byk tu...
so, daripada terbuang, buat la roti Jala, makan ngan dalca...
alhamdulillah...habis gak dalca tu...
Lupa pulak nak letak kale sikit masa bancu tepung, so jadi la roti jala yg puat tak berkaler ni...
ape2 pun rasa tetap maintain...