Rumah Ku Syurga Ku

Friday, August 28, 2009

Hidangan 6 Ramadan 1430H

Kejap je dah 6 hari pose...
Hari ni masak masakan thailand pulak...

1. tomyam seafood
Pakai tomyam paste Knorr je...
pastu Kakton tambah
1. 500g sotong + udang
2. cendawan tiram
3. 2 btg serai
4. 2 helai daun limau purut
5. 1 biji bawang besar di potong bulat/dadu..terserah citarasa masing2
6. 1 biji tomato di potong 4
7. sedikti hirisan daun ketumbar
8. sedikit air perahan limau nipis diletak saemasa menghidang

*** kalau nak pedas tambah cili padi
kton tak letak pun, sebab takut terlalu pedas, tak elok makan puasa2 ni, nanti perut meragam

2. Ikan siakap 3 rasa
resepi...rasanya dah ada byk kat My resipi...

3. kerabu mangga campur epal
mangga ni dapat dari pokok kat rumah jiran sebelah rumah ni je..
Dah lama dia dok pelawa suruh amik...
so semalam suruh la Imran ambik 1 biji...dia pi ambik 2 biji pulak
ermmm....ada lagi sebiji tu...

Kebetulan ada epal hijau yg dibeli untuk buat jus...


Resepi kerabu mangga + epal ni macam biasa je...

1. 1 biji mangga & 1 biji epal hijau  yg diracik halus
2. kacang tanah yg di sangai dan di blend
3. udang kering juga disangai dan di blend
4. gula dan garam secukup rasa
5. sedikit sos ikan (1 sudu teh je..jgn byk nanti masin...)
6. sedikit perahan limau nipis, dlm 1 sudu teh (boleh gantikan dgn cuka epal)
7. sedikit cili padi dan cili merah yg dipotong halus2.., ikut nak pedas macammana
8. 1/2 biji bawang besar yg rihiris halus2
9. Sedikit daun ketumbar yg dihiris halus2 (jika suka)

**Lagi 10/15 minit nak berbuka, baru la di gaul semua bahan2 diatas...
Jangan gaul awal2, nanti kerabu akan jadi berair...

4. Ice blended epal


hehehe nak buat jus epal tapi dah jadi ice blended la pulak...
sebabnya...nak bagi sejuk tanpa ais batu...
so potong2 epal tu masuk dlm freezer...

So masa nak blend epal tu dah jadi mcm ice batu...
maka jadi la iceblended epal
minum je le...

Hidangan 5 Ramadan 1430H

Ramadan hari ke 5...
ermmm...Masak spesel sikit...

1. nasi tomato

2. Ayam sambal tumis

3. Acar timun

4. Ayam goreng

5. Dalca ayam dan sayuran


6. Buat agar2 cocktail 
Tapi tak sempat nak posingkan...

Hidangan 4 Ramadan 1430H

Hari Ke 4 berpuasa..
Pagi2 Abang Megat bawa pergi pasar sebelum dia pergi opis.
Nape tak bawa keta sendiri???
Nak manja2 la...
tak lah....kete naza kan ke ada kat workshop...tukar pakai baju baru...
hehehe....

Menu hari ni Request dari Imran....Nak makan asam pedas...
Alahai, daun kesum pulak tak beli tadi...tapi bunga kantan ada...
ermmm....
Jadi la tu...hentam saja la...tak de daun kesum pun...

1. Asam pedas ikan kurau


2. Ikan kurau goreng
3. sambal belacan
4. cucur udang cicah kuah kacang
5. air teh 'o' suam

sempat ambil gambar asam pedas je...
hehehe....

Hidangan 3 Ramadan 1430H

Ramadan Hari Ke 3...
Balik semula ke Ampang.
Sampai rumah dalam pukul 2.30pm.

Apa nak masak...peti ais pun dah kosong
Nak pergi Pasar, pasar pun dah tutup unless kalau nak beli ikan di K4...
Badan pun dah penat...

So masak nasi je le...
Lauk2 lain beli je dar pasar juadah

Menu berbuka yg semuanya tapau ialah :-
1. Ayam Golek
2. Gulai kawah daging
3. Tepung Pelita
4. Murtabak Ayam
5. Teh 'o' suam

Sorry le terlupa pulak nak snap gambar lauk2 tu...

Hidangan 2 Ramadan 1430H

Masih kat rumah MIL...
pagi2 pergi pasar...
Beli Bahan2 untuk masak hidangan hari ni...

1. Kangkung goreng belacan (Kak Ton masak)

2. Masak lemak ikan Jenahak (MIL masak)

3. Sambal tumis udang (Kak Ton masak)


4. Ikan Terubuk Goreng (goreng last minute sebab nak makan panas2...so tak sempat nak posing ikan tu..hehehe

5. sambal kicap sebagai pencicah ikan terubuk

6. Set Nasi Bukhari Ayam dari Kak Eda ( betul ke nama nasi tu...hehehe hentam saja la...)
ada jelatah, kuah macam kurah kurma, dan ayam dok dlm nasi...sedap!!!! Tq Kakak...

7. Popia (tapau dr pasar juadah)
 
8. air Teh 'o' suam dan air kelapa

9. Lepas solat terawih, Kak Ton buat goreng pisang...

Hidangan 1 Ramadan 1430H

Ramadan Menjelma lagi...
Sudah  pasti para2 ibu pening memikirkan apa hidangan untuk berbuka puasa setiap hari selama 30 hari kan???
Kebetulan Har Pertama berpuasa tahun ni jatuh pada hari Sabtu dan merupakan hari pertama cuti persekolahan (school break) selama seminggu.
Jadi Abang Megat ajak kami balik berbuka kat rumah Mertua(MIL) di Batu Gajah, Perak.

Kami sampai Batu Gajah dalam pukul 2.15 petang.
Cadang tu nak singgah pasar beli apa yg patut untuk masak berbuka...
Tapi we all decided, balik rumah dulu la, nanti apa2 pun keluar semula...

Tanya MIL, apa plan nak amsak hari ni...Katanya nak masak ayam masak padang...
Kebetulan pembantu rumah MIL yg baru tu pandai masak ayam tu...
so 1 lauk dah settle...
ermmm apa nak tambah lagi...

Rasa malas pulak nak ke pasar...letih after 2 hours journey from KL...
Cuaca pulak panas...
so we decoded, nanti pergi tapau je le apa2 kat Pasar Ramadan tu...
So, apa lagi, solat zohor, masuk bilik tidor!!!!
hehehe...
Petang, dalam pukul 6, we all pergi melawat pasar juadah Batu Gajah dalam hujan renyai-renyai.

Menu berbuka hari pertama ialah :-

1. Ayam goreng berempah ala padang (maid masak)
2. Sup daging (tapau dr Pasar Ramadan)
3. Pecal (SIL, Kak Eda yg bawa)
4. Gulai tempoyak (MIL masak)
5. Kuih karipap dan koci (tapau dr Pasar Ramadan)
6. air teh 'o'

Tak sempat nak ambik gambar....
Berbuka ramai2 dengan family Kak Eda.

Thursday, August 27, 2009

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1430 Hijrah

Pertama sekali Kak Ton nak ucapkan selamat berpuasa buat semua kawan2 blogger yg beragama Islam...
Sepatutnya dah lama create post ni tapi dok busy memanjang...
Sampai dah naik berhabuk 'rumahku syurgaku ' ni...

Ini dapat beberapa kad ucapan dari kawan2 blogger..
terima kasih tak terhingga atas ingatan kakak2, kawan2 dan adik2 yg sudi bagi kad2 ucapan yg begitu indah ini...
TERIMA KASIH DAUN KELADI...


Yang 1st sekali dapat dari Kak Intan yang dok Wangsa Maju...
Terima kasih Kak intan...


yg ni dari Nor yg dok nun jauh di Terengganu...tq Nor...

Ni kad dari maria yg dok Kota Kinabalu...org Kedah gak ni...tima kasih 


Ni pulak Kad dari Aymy yg dok merantau kat kuwait...thanks Aymy

Kad ni dari Ana Wahid yg dok Johor...terima kasih


Ni kad dari Wawa...yg dok Kuwait....tq...tq...
Dan yg ni dari fatinz yang dok perlis...tq..tq

Ni pulak pi amik kat rumah Hana Jepun...tima kasih Hana


Kad yg comel ni dari Ijah yg dok Bangkok...terima kasih ika...


Kak Ton ni kurang rajin nak create kad2 yg cantik2 tu...
Jadi Kak Ton nak Ucapkan..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA
SELAMAT MELALUI MALAM LAILATUR QADAR
SELAMAT MENJALANKAN SOLAT SUNAT TERAWIH
SELAMAT KHATAM QURAN
DAN AKHIR SEKALI
SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL....
SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DIBERKATI DAN DILINDUNGI OLEH ALLAH



Wednesday, August 26, 2009

daging dendeng dan buncis goreng telur

Hari Jumaat...21 hb Ogos...
Kakton peprgi hantar kain ke tailor kat Medan Mara...
Sebenarnya kain untuk buat baju raya dah hantar lama dah...
tapi boleh tertinggal pulak salah satau kain untuk lining...
Jadi, hari Jumaat tu pergi la hantar kain tu...
Abang Megat ambil cuti take over pergi amik dan antar anak sekolah

Pergi kejap je...keluar dalam kol 10.30pagi
singgah TM brickfields kejap..jumpa kawan2 lama...
tak ramai yg masih kat situ...ramai yg dah transfer...
ex-boss pun tak de, outstation
Dalam kol 11.30 sampai kat parking SOGO...
pergi medan mara...
pastu pergi beli nasi beriani INSAF bungkus...
punya la lama kena tunggu...beratur

Masa kakton beratur tu tak la ramai sangat orang...ada 4 org je kat depan tu...
tapi disebabkan sorang2 bungkus 6, 8, 12...
tu yg lambat tu
Masa kakton start beratur tu dalam pukul 12 tghhari
dapat nasi dalam pukul 12.45 tghhari...
Sebab ingtakan nak bagi anak2 makan, tu yg kakton bersabar beratur gak...

Pastu apa lagi berkejar la kakton balik...takut tak sempat sampai rumah sebelum hubby pergi solat jumaat.
Nak bawa iqbal pergi masjid...takut dia hilang je...kan ke dia tak reti dok diam...

Alhamdulillah, jalan ok je...sebab nak keluar dari KL kan...
Jalan nak masuk KL, memang la jammed...

Dalam 10 min nak sampai rumah, abg Megat call kata dia kena pergi masjid sebab dah nak masuk waktu Solat Jumaat.
So, Kakton suruh dia tinggalkan je Irsyad dan Iqbal kat rumah...sebab Kak Ton dah dekat dah nak sampai...
So tengahhari tu we all lunch dengan nasi beriyani INSAF

Dalam pukul 3.30 kakton ngan abg megat pergi hantar keta Naza ke workshop.
Nak cat mana2 yg calar tu...
Dah lama nak cat tapi sebabkan nak pakai keta, tunggu la cuti sekolah...
so, kebetulan dengan cuti sekolah 1 minggu dari 22hb ogos sampai 31hb Ogos ni...elok la hantar kete tu ke workshop...Insyaallah kete akan siap berbaju baru untuk raya, next Friday...28hb ogos...

Baju baru untuk keta Nazaria sempena Puasa, Merdeka dan Raya.
Tapi baju tu warna sama je macam sebelum ni...

Lepas antar keta we all jalan2 kejap kat CarreFour..beli barang2 dapur...
Nak kena keep Stock...untuk bulan puasa
lagipun sementara kete ada 1 je ni...untuk 1 minggu, dengan bulan puasa lagi...
susah gak kalau ada apa yg tak cukup bila nak masak untuk berbuka...
tup-tap-tup-tap...
Pukul 5.30 baru balik rumah.
letih la....

Oleh kerana lunch dah lewat....lepas solat jumaat dalam kol 2.30pm.
Dan badan pun letih....minum petang hari Jumaat, minum air teh o je ngan biskut..hehehe

Jadi malam tu, semua still kenyang lagi...sebab lunch lewat kan...
Apa2 pun kakton tetap kena masak sebab nak buat lauk bersahur sekali kan...
Jadi kak ton pun masak lewat sikit...lepas maghrib...

Masak rendang dendeng 

dan buncis goreng telur je...


Abang Megat, Imran dan Irsyad makan malam lepas balik terawih dari surau....dalam pukul 10.30pm
Nadia, masa balik sekolah dah makan nasi beriyani INSAF tu...so dia dah kenyang
Kak Ton, tak larat nak makan apa2 lagi...lepas kemas2, solat isyak, terawih kat rumah sorang2, terus tidur...
hehehe

kuih vadei

hari Khamis 20 ogos, petang 
Buat kuih vadei untuk minum petang
resepi dah letak sebelum ni....

sambal tumis udang

 Ni pulak menu hari Khamis...20 hb Ogos

Sambal tumis udang...
Lauk lain dah tak ingat dah...
Rasa2nya makan ngan kari semalam dan ikan goreng...
hehehe tu la padah nya kalau dah lama sangat tak update blog kan...
sampai dah berhabuk...

keropok mee

Tak sure la apa namanya
rupa dia macam mee sanggul
bila nak masak, goreng je macam keropok...

Cikgu tuition anak2, cikgu Amy bagi ni...
Dia ni org Terengganu.
Terima kasih Cikgu...hehehehe
Cikgu kata kat Terengganu, memang famous menda ni...

sedap...
nak sedapkan lagi, kakton buat sambal kicap...sebagai pencicah...

kari ikan kurau dan ikan kukus goreng

dah lama tak update blog ni...
ni menu hari Rabu 19hb ogos...
Menu sebelum blan pose ni...

kari ikan kurau
 

ikan kukus asam goreng

Tuesday, August 18, 2009

karipap gulung...

Petang ni...buat karipap gulung..
Tak tau la nama sebenarnya apa...

Sebenarnya dapat idea buat karipap ni sebab malas nak menguli, mencanai dan mengelim karipap.

Adik-beradik samosa gak kut...
tapi samosa buat bentuk 3 segi...

Cara2 dia mudah ja...
1. bancuh tepung gamdum + sedikit garam + 1 biji telur
(adunan tepung mestilah cair macam adunan kulit ketayap atau roti jala...)

2. Ambil sesenduk adunan dan tuang atas frying pan yg telah disapu sedikit minyak
( tak boleh banyak sangat minyak tu)
lepas tu gelek-gelekkan frying pan tu supaya adunan tepung rata dan nipis...
(hehehe..tak tau camna nak explain... rasanya sapa2 boleh imagine kut)

3. Letak sekejap atas dapur (api kecik).
4. Bila adunan dah masak, angkat dan letak atas pinggan/dulang.
5. Letak sedikit inti dan gulung seperti menggulung ketayap.
6. Buatlah hingga abis adunan tepung tu.
7. Akhir sekali goreng dengan api perlahan seperti menggoreng karipap...


Friday, August 14, 2009

gulai tempoyak ikan jenahak dan masak kicap ikan jenahak

Semalam, Khamis....
Tanya En hubby, nak masak apa hari ni...
Dia kata lama tak makan gulai tempoyak...
so...Ni la menu malam tadi...

gulai tempoyak ikan jenahak + timun

Dan masak kicap ikan jenahak...


gulai udang dan sambal tumis ikan bilis

Ni menu hari Rabu lepas ni...
Sebenarnya hari tu pagi dah masak nasi goreng.
Jadi, cadangnya lunch nak bungkus lauk je dari gerai untuk Imran dan Irsyad.
Pastu petang nanti masak untuk dinner je...

Tapi dalam dok jalan2 pi blog kengkawan...
nampak pulak wati yg dok penang tu masak gulai udang...
terliur la pulak...
apa lagi, terus keluarkan udang....
kebetulan kacang buncis, tomato ada dlm fridge.
lepas antar nadiah dan iqbal pi sekolah dan ambil irsyad...
balik tu singgah kedai beli kelapa (stok kelapa dah abis)
Sampai rumah terus bersilat kat dapur.

pukul 2.15...
Lunch is ready!!!!!

Gulai udang + buncis + kentang + tomato

Dan sambal tumis ikan bilis..kegemaran hubby dan anak2
Iqbal pun suka ni...
walau pedas tapi dia nak jugak makan...
dia kata "Iqbal strong...Iqbal tahan.."
Tapi dalam strong tu, sambil makan sambil minum air...
hehehe

Monday, August 10, 2009

nasi lemak...

Hari Khamis...
masak nasi lemak untuk berbuka puasa.
Puasa sunat sempena Nisfu Syaaban.
Oleh kerana bahan2 mentah dlm peti ais dah kekurangan...
dok fikir2 nak masak apa...lastly, decided to cook nasi lemak...
also requested by Imran...sebab dia pun puasa...ikut la selera dia...

nasi lemak dan sambal tumis udang

asam rebus ikan senangin dan bawal sambal tumis

Punya la lama tak update blog ni..
naik berhabuk dah.
Hari apa ntah minggu lepas masak asam rebus ikan senangin ni....


Resepi biasa je dan guna je apa yang ada...
bunga kantan pun tak de...
sayur, ada tomato je...

Ni pulak sambal tumis ikan bawal...
tak tahu nak masak apa dah...tanya anak2, diaorg biasa la...sambal tumis...
layan je le...

Monday, August 3, 2009

Gulai Ayam ala minang dan ayam masak kicap

Jumaat malam, masak lauk ni...
gulai ayam ala minang


Dan buat ayam masak kicap


Makan ngan sambal belacan dan ulam timun je...