Rumah Ku Syurga Ku

Saturday, January 30, 2010

sambal tumis ikan tongkol

semalam, hari Jumaat.., masak sambal tumis ikan tongkol ni...
layan je le ye...

Pengat Pisang

Pengat pisang abu untuk minum petang hari Rabu lepas...

Friday, January 29, 2010

udang masam manis, sup bayam+cendawan+fishball dan ikan temenung goreng

Mula2 sekali kakton nak minta maaf pada adik2, kakak2 dan kawan2 yg mengunjungi blog kakton tp dok tengok gambar kek coklat tu je sejak 3 weeks ago..sorry sangat2.

Bukan kakton tak teringin nak update, mmg rindu sangat nak update blog ni tapi...
untuk pengetahuan semua pc kakton dah rosak sejak kat rumah lama lagi...so cadang tu nak beli baru...jadi tau2 je la kalau nak beli baru...kena la tunggu dulu kan...
mahal beb!!! kalau takat ratus2 boleh la beli camtu je... ni tahap ribu2 ni kena la tunggu ehsan abg megat kusayang.... (ayat memujuk ni..hehehe kut2 boleh dapat pc cepat sikit)

So untuk kesekian kalinya dan untuk pertama kalinya ditahun 2010 ini kakton post gambar masakan harian kakton ni...

ikan temenung goreng

sup bayam campur fishball dan cendawan tiram

udang harimau masak masam manis


nak cerita sikit pasal udang harimau ni...
ada sorang jiran kakton kat rumah baru ni...
punya la baik hati, dia bagi udang harimau kat kakton...
dia kata dia pegi memancing udang...dapat banyak...

So kakton pun masak la udang masam manis ni...
dan kakton bagi la sikit kat diaorg rasa...
pastu jiran kakton ni (the wife la) minta resepi udang masam manis ni...
Kakton ni masak main campak2 je...

so untuk Fit...ini la resepi nya..lebih2 kurang je erk...

bahan2
1. 1 kg udang ( tak kisah la udang apa pun kan...tiger ke, kertas ke...ikan pun boleh)
2. 3 ulas bwg putih dicincang halus
3. 2 biji bwg besar saiz sederhana( klu bwg saiz besar, 1 pun dah cukup) dipotong dadu
4. 1/2 btg timun saiz sederhana di potong dadu
5. 1/2 inci halia di blend/tumbuk
6. 1/2 lada benggala atau capsicum dipotong dadu warna apa pun tak pe...klu nak campur2 pun boleh...lagi meriah
7. 5 sudu besar sos tomato
8. 2 sudu besar sos cili
9. 1 sudu besar sos tiram
10. 1 sudu besar sos ikan
11. 5 sudu minyak masak
12. 1 sudu makan tepung jagung dibancuh dgn secawan air

* campurkan semua jenis sos dan gaul sebati.

cara2
1. panaskan minyak dan goreng udang yg telah digaul dgn garam hingga masak
2. padam api, angkat dan toskan...susun dlm pinggan..
3. dengan menggunakan minyak bekas goreng udang tadi, tumis bwg putih, bwg merah dn halia
4. agak2 bawang layu sikit, masukkan sos2 tadi...biarkan mendidih
5. masukkan 2 cawan air...ikut selera..kalau nak kuah byk, lebihkan air sikit
7. masukkan sedikit garam (jgn byk secukup rasa je sebab udang dah gaul dgn garam dan ada sos tiram)
8. perasakn dengan sedikit gula, dlm 1@2 sudu teh
9. biar kuah mendidih, masukkan capsicum dan timun,
10. didihkan kejap...
11. tuang bancuhan tepung jagung, kacau...
12. bila dah mendidih, cepat2 tutup api, kalau tak, kuah akan jadi terlalu pekat.
13. akhir sekali tuangkan sos keatas udang yg telah digoreng tadi...
14. hiaslah mengikut citarasa...

*kakton tak letak nenas sebab anak2 tak suka..so bagi yg suka nenas bolehla letak bersama2 dgn sayur lain.



Thursday, January 7, 2010

Kek Choc moist

Dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak buat kek...
sejak sebelum pindah ke shah alam...
so semalam merajinkan diri buat kek choc moist ni...
Kiranya ni first time la buat kek kat rumah baru..heheh

Dengan bahan2 yg bawa dari rumah lama...sib baik jadi...
Cuma ganache dia kurang memuaskan....tak de whip cream...pakai susu pekat je...

Jadi la....asal rasa kek tetap sama kan????

Monday, January 4, 2010

Alhamdulillah selamat perpindah ke Denai Alam...

Alhamdulillah...
Pada 21 hb Disember 2009, kami sekeluarga telah perpindah ke kediaman baru di Denai Alam Shah Alam

Dan hari ini bermula hari persekolahan anak2 Kak Ton di sekolah baru.
Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong.

Alhamdulillah, rasanya we all dah mengemas/unpack barang about 80%.
Ada lagi sikit2, barang2 yg didalam kotak....barang yg tak selalu digunakan...

Jarak sekolah dgn rumah agak jauh...lebih kurang 10 minit memandu dengan kelajuan 80-90km/j.
dan toll sebanyak rm1.40.

Kat sini kakton letakkan beberapa gambar rumah baru...
Sekadar nak berkongsi...

Dapur ...

Living dan dining...

My small garden

Kolam ikan

dari depan rumah...