Rumah Ku Syurga Ku

Thursday, May 27, 2010

Ex-SAS(Sultanah Asma School) Gathering .

Fariza, Liza, Nina, Kak Zana dan Rafi datang rumah tghhari tadi for lunch...
sebenarnya semua kawan2 ni dah pernah datang rumah Kak Ton, cuma Nina ja yang first time datang.
Nina ni dok houstan, US.  So kebetulan dia balik bercuti...dan memang kami dah lama tak jumpa...dan kawan2 lain pun mmg nak jumpa Nina...Kak ton jadi la tuan rumah untuk gathering ni
Memang happening abis..makan2 gelak2...cerita balik zaman2 sekolah dulu...

So Kak Ton pun bertungkus lumus masak sorang2 dari pagi...
Menu untuk tetamu2 hari ni ialah

1. Nasi Tomato
2. Ayam Masak Merah
3. Daging masak kicap
4. Dalca 
5. Acar timun



Ayam masak merah




daging masak kicap






Acar timun + tomato

photograper Kak Ton ni ntah kenapa amik gambar tak abis hari ni...maybe sebab all the guest are ladies..so dia malu2 sikit...tu la pasal gambar nasi tomato ngan dalca tak de....


kari ikan bawal emas


semalam masal kari ikan bawal emas, ikan goreng dan sambak belacan
sedap tau ikan bawal emas masak kari ni...

Wednesday, May 19, 2010

nasi minyak, kurma daging dan acar timun


Menu Lunch hari ni...cum menu dinner kut...
1. nasi minyak simple sebab pakai minyak masak je...tak de minyak sapi...
2. kurma daging dengan kentang
3. acar : hirisan timun + hirisan tomato + hirisan bwg besar + hirisan cili padi + sedikit belacan + sedikit gula + sedikit garam dan 2 sudu besar sos cili

Beberapa elemen baru di taman rumah...

Pokok 3 bulan...



Pokok halia bara





Letak battuan warna putih...
asalnya tanam rumput kat sini...tapi disebabkan kawasan ini agak teduh, so rumput tidak subur...
so, untuk menutup bahagian yg rumput jarang dan nampak tanah ini...Kak Ton letakkan batu warna putih.
Untuk menampakkan sedikit kelainan, Kak Ton taburkan sedikit batau berwarna hitam diatas batuan putih ...



Beginilah rupanya 'laluan masuk' kepintu utama rumah Kak Ton...1/2 rumput, 1/2 batuan...

asam pedas ikan tenggiri


menu dinner malam tadi...
asam pedas ikan tenggiri campur terung
amik gambar ni asam pedas dalam periuk lagi...imran le ni...
makan ngan ikan tenggiri goreng dan sambal belacan...

maska lemak pucuk ubi dan ikan pari bakar


Menu lunch hari Ahad nie...
Masak lemak pucuk ubi dengan petai...campur ikan bilis...



Ikan pari bakar cicah air asam



Painting


Just to share, new painting on the wall...
Dah lama sebenarnya mencari painting yang sesuai untuk diletakkan kat dinding ni...
Beli kat Jauhari Gallery kat Shah Alam...dekat belakang Tesco Shah Alam...





Bought this painting also...Nama-nama ALLAH...




Friday, May 14, 2010

Bread butter pudding


Petang semalam...puas selak buku resepi cari idea apa nak masak utk minum petang...
nampak la resepi bread butter pudding ni...amik kat my resipi la....
first time buat ni...
sebenarnya En Hubby dan anak2 kurang gemar puding2 ni...tapi tekak tukang masak rasa nak makan pulak...bahan2 pun ada kat rumah....ermmm jadilah Bread Butter Pudding....buat 1/2 adunan je...

Sorry la tak dapat nak bagi link resepi kat MyResipi...Kak Ton pun tak ingat dah sapa nama tuan punya resepi tu...minta halal ye...
ni kton salin semula resepi tu...Kak ton buat 1/2 adunan je...

Bahan2 :
1. 5 keping roti 
2. 250ml susu segar
3. 150ml whip cream (kton tak de whip cream...so kton ganti ngan susu segar)
4. 2 biji telor
5. 50g gula castor
6. 15g gula castor (untuk tabur diatas puding...supaya jadi karamel...)
7. sedikit kismis dan/atau nenas cube kalau suka...


Cara2
1. MIxerkan telur, susu, whip cream dan gula (50g)
2. Sapu butter pada roti dan potong kecil2...dlm 1/2 inci cube
3. Susun roti dalam loyang pembakar
4. taburkan2 kismis/cube nenas 
5. tuang bancuhan telor, susu dan gula tadi.
6. Tabur gula untuk jadi karame diatas adunan
7. Bakar dgn kaedah water bath...iaitu dgn meletakkan sedikit air dlm loyang yg lebih besar dan letakkan loyang lebih kecil, berisi adunan didalam loyang yg berisi air tersebut.
8. bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit...atau sehingga gula jadi karamel...
Kadang2 oven kita ni tak sama peelnya...
9. potong dan hidangkan bila dah sejuk....



Kuih vadei...


Buat Vadei untuk minum petang hari Rabu... resepi dah ada sblm ni...
 Ni Kak ton copy, paste dan edit sikit...

resepi kuih vade
bahan2
1. 2 cawan kacang dal, direndam semalaman supaya lembut
2. 1 biji bawang besar
3. 3 biji cili kering dihiris halus (kalau nak pedas, leh tambah)
4. 3 tangka daun kari dihiris
5. sedikit jintan manis/putih
6. garam secukup rasa
7. 3 sudu tepung gandum

cara2
1. Blend kacang dal tanpa air. Jangan risau kalau ada yg tak hancur...memang sepatutnya camtu pun...
2. Blend bawang besar, cili kering dan jintan. Kalau tak nak blend, boleh potong2 je bwg dan cili...Kak ton blend sebab anak2 tak makan kalau ada nampak bawang dan cili tu..habis dikorek dan buang...
3. gaul sebati semua bahan, tepung dan garam.
4. bentuk2 kan bulat leper dan goreng dalam minyak panas (kasi tenggelam dlm minyak tu).
*** kak ton bentukkan dan goreng terus...Bila agak2 dah masak sikit, baru terbalikkan...
jika tak, kuih akan berderai...Dan mesti deep fried supaya tak berderai...

Wednesday, May 12, 2010

BBQ Nite at Jalan Elektron U16/87...8 May 2010

Last Saturday, kami jiran-jiran sejalan telah mengadakan jamuan secara pot luck untuk jiran2 di Jalan Elektron U16/87,  Walaupun tak semua yang dapat join tapi alhamdulillah...ramai yang join...
Tujuan majlis makan2 ni ialah untuk mengenali jiran2 baru..maklum... Kami baru saja berpindah ke Denai Alam ini...Paling awal pindah pun pada bulan August 2009...Most of us dapat kunci rumah pada August 2009.
Antara photo2 yang Kak Ton hendak kongsi bersama...untuk kenangan....



petang..dalam pukul 6.30..kaum lelaki mula setup kan BBQ set...maklum bukan senang gak nak start bara api tu kan...




Abang Megat...dok bakar apa ntah...




Antara jiran2 yang last balik..Fit, Roha, Kak Fiza, Lina dan anak2.masa ni dah lewat ni...ramai yang dah balik...




Ini lah antara hidangan pot luck kami malam tu...meriah sungguh dengan makanan...siap bungkus bawa balik...




Kek Choc Indulgence dan blue berry yang dibeli sempena Hari Ibu....Surprised dari kaum bapa untuk semua ibu-ibu...Terima kasih...



My edible garden...

Saje je nak kongsi gambar2 tanaman kat edible garden kak ton...


pokok limau kasturi...


Pokok kunyit...


pokok duan kari...mesti ada ni...



pokok daun kesum dan pokok limau purut



pokok serai




pokok lengkuas



pokok halia



Pokok daun pandan


ALhamdulillah...setakat ni semua pokok2 tu telah dapat digunakan daunnya...senang la sikit...kalau sesak2...ambil je kat belakang rumah...Sebenarnya teringin gak nak tanam pokok sayur tapi dah tak de tempat la...dah penuh...tupun pokok2 tu belum besar lagi..nanti kalau dah besar...sure padat lagi...





Nasi lemak


Lama dah masak ni...hari Khamis lepas kut...
Dah ketandusan idea nak masak apa...dah kehabisan stok makanan basah kat fridge...ermmm nasi lemak je le...