Rumah Ku Syurga Ku

Tuesday, September 28, 2010

sekitar majlis rumah terbuka Hari Raya pada 25sept 2010 cum House Warming...

Tanggal 25 september 2010 Kami mengadakan rumah terbuka cum house warming...
Kepada sesiapa yg tak 'ter' Jemput tu...Maaf le ye...
Jemputan agak ramai, hampir 400 orang...alhamdulillah...
Walau penat melayan tetamu dan tak hanya sempat menjamah beberapa sudu nasi goreng sebelum tetamu mula datang...sejak pukul 2.00 lagi walaupun jamuan bermula dari pukul 3 ptg...
Dan tetamu terakhir pulang lebih kurang jam 12.30tghmalam.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA SEDARA-MARA, KAWAN2 DAN JIRAN2 YANG SUDI HADIR...WALAUPUN ADA YG TERSALAH JALAN DAN TERSESAT BERJAM-JAM LAMANYA...

Antara menu yg dihidangkan ialah :
1. nasi goreng cina
2. lemang dan rendang daging
3. soto ayam dgn nasi impit/mihun
4. kuey teow goreng panas2
5. BBQ ayam/sausage/kambing
6. kambing golek panggang
7. ABC
8. Fruitlet dan tapai
9. air oren dan teh tarik

Kak ton hanya buat
1. kek coklat
2. kek marble
3. cookies....

Ini adalah beberapa gambar yg ingin kton kongsikan...layan jer le...

choc cake

kambing panggang


BBQ ayam


kawan2 My Resipi...kak ina, lily, zie dan Izah...terima kasih sudi datang rumah kakton...



Monday, September 6, 2010

menu berbuka 27 Ramadan

Hari ni masak nasi lemak untuk berbuka...
Maklum dah nak balik kampung, Insyaallah Rabu ni..so stok makanan basah dalam freezer pun dah tinggal sebungkus ikan kembong dan 1/2 kg daging...

Oleh kerana bulan puasa ni, lum pernah berbuka dengan nasi lemak, cuma ada sekali bersahur ngan nasi lemak, awal2 pose hari tu...
Maka Kak Ton pun masa nasi lemak hari ni...bersama hidangan sampingan..



daging bakar


Sambal tumis Dan ikan bilis goreng yg diasingkan...


telur rebus


timun


pastu goreg cucur udang....tepung dan kuah baki jumaat lepas...


menu berbuka 26 Ramadan

Bersamaan 5 September 2010...
Hari ni hari lahir Imran...ke 16 tahun...Dah Besar anak bujang ibu...
HAPPY BIRTHDAY... SEMOGA MEMBESAR JADI ANAK YANG SOLEH....BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT....AMINNNNNNNNN

Sempena hari Lahir Imran, kami berbuka di DePalma Hotel, Shah Alam...
Krnapa Kak Ton pilih hotel ni???
1. Insyaallah telah disahkan Halal oleh Jakim
2. Ada solat berjemaah Maghrib
3. Ada solat berjemaah Isyak dna Terawih...

Makanan...memang so-so je..semua ada...nasi beriyani, nasi putih, lauk2 kampung, masakan kelamtan, kuih muih, kuih-muih...semua ada...
Selesai terawih, dalam pukul 9.45pm...baru we all balik rumah....

menu berbuka 25 Ramadan

Hari Sabtu....masak nasi ayam...Request dari Irsyad ni...
Hari ni sama gak macam beberapa hari yang lepas.,,,Iman tak de mood nak ambil picture...Kak Ton pulak dah malas nak paksa dia...

menu berbuka 24 Ramadan

Hari ni buat mee goreng je...
dengan cucur udang...cicah kuah kacang
Imran dah datang mood malas dia...malas lak nak amik gambar...
Even gambar masakan semalam pun, Kton ambik pakai hphone je...
Kak Ton ni klu ptg2 sibuk siapkan  hidangan...mana ada masa nak amik gambar pun...
lagipun menu biasa je kan...mee goreng...mmmm

Thursday, September 2, 2010

menu berbuka 23 Ramadan


Masak opor ikan tapi modified sikit...
dalam dok cari idea apa nak masak utk berbuka...sambil chatting ngan kawan lama...dia kata dai nak masak opor ikan hari ni...
pastu tayan dia camne resepi...

1. Panaskan sedikit minyak (2 sudu makan), tumis cili merah (ikut kepedasan yg nak), bwg merah(6 ulas) dan sedikit belacan(1/2 sudu kecik je) yg di blend bersama
2. bila dah naik bau, masukkan serai yg diketuk
3. pastu masukkan santan, kunyit, garam, gula dan asam keping
4. last sekali masukkan ikan..ayam pun boleh...

so, disebabkan kat rumah ni kalau buat masak lemak, tak dak sapa nak makan ikan dlm kuah lemak tu...jadi kak ton dapat idea, goreng dulu ikan garing2...ketepikan...
pastu, kuah lemak tu, masak smapai pekat...yakni sampai pecah minyak...
Pastu kak ton ni pandai2 sendiri tambah terung dan daun kunyit...dan cili padi beberapa biji...kalau nak pedas, makan je cili padi tu...hehehehe
bila kuah dah sejuk sikit, baru tuang atas ikan, seelok-eloknya bila nak makan baru tuang kuah tu...so ikan tu masih rangup dan sedap....
Alhamdulillah, semua suka....





dan sayur camput ni...
simple je hidangan hari ni...




menu berbuka 22 Ramadan


daging masak pedas...resepi ntah ape2...selalu kak ton maska daging dendeng..
rasa macam dah jemu pulak, so try masak resepi ntah apa2 ni ..
sedap!!!
kton blend bwg besar, cili kering,  bwg putih, halia, lengkuas, serai...
tumis sampai cili masak betul...
masukkan gula, garam, asam keping...
masukkan daging yg telah direbus bersama air rebusan daging tersebut...
masak sampai pekat dan masukkan 2 helai daun limau purut.



Sup sayur campur...guna air rebusan daging...
tumis bwg putih, merah dan halia yg di hiris halus
masukkan sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
masukkan air rebusan daging...dan garam
bila mendidih masukkan sayuran... agak2 sayur dah masak, tutup api...dlm 3 minit je jgn lama



telur goreng dadar



roti john...anak sedara dtg berbuka kat rumah. dia la yg belikan roti john ni...


Wednesday, September 1, 2010

Alvin dalam Kenangan

Jam 7.30pagi, 31 August 2010 bersamaan 21 Ramadan 1431H...kucing kesayangan kami sekeluarga, Alvin telah pergi menigggalkan kami semua buat selamanya...Sudah tentu kami semua akan merindui kemanjaan Alvin...
Setelah 20 hari tak selera makan, dah bagi ubat, dah warded 4 hari kat klinik, makan pun bersuap palai schryinge...Dr pun tak tahu exactly apa penyakit Alvin...akhirnya Alvin pergi dengan tenangnya dihadapan kami pada pagi 21 Ramadan yang damai....
Alvin telah selamat disemadikan di tanah kosong sebelah rumah corner lot kosong di jalan elektron U16/87...
Semoga Alvin berbahagia disyurga...Maafkan kami ALvin, kalau ada kekurangan kami selama kami memelihara Alvin...Kami sayang Alvin...


menu berbuka 21 Ramadan

Selamat Hari Merdeka !!!!
Hari ni dapat kebenaran dari hubby, tak payah masak...
Yahoo!!!! best gak kan sesekali tak payah masak...

Anak2 nak makan nasi beriyani...
so dalam pukul 5.30 Kak ton dgn abg megat pergi la beli nasi beriyani JM kat TTDI...

1. 6 nasi beriyani
2. 3 beriyani kambing
3. 1 beriyani daging
4. 2 ayam goreng berempah

rege rm83.40
Mahal kan????
nak buat camne..sesekali anak2 nka makan...ok la...

menu berbuka 20 Ramadan


Kari ikan senangin


sotong tomyam



ikan senandin goreng


sambal belacan dan sambal tempoyak





goreng pisang