Rumah Ku Syurga Ku

Showing posts with label Special Occasion. Show all posts
Showing posts with label Special Occasion. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

BBQ Nite at Jalan Elektron U16/87...8 May 2010

Last Saturday, kami jiran-jiran sejalan telah mengadakan jamuan secara pot luck untuk jiran2 di Jalan Elektron U16/87,  Walaupun tak semua yang dapat join tapi alhamdulillah...ramai yang join...
Tujuan majlis makan2 ni ialah untuk mengenali jiran2 baru..maklum... Kami baru saja berpindah ke Denai Alam ini...Paling awal pindah pun pada bulan August 2009...Most of us dapat kunci rumah pada August 2009.
Antara photo2 yang Kak Ton hendak kongsi bersama...untuk kenangan....



petang..dalam pukul 6.30..kaum lelaki mula setup kan BBQ set...maklum bukan senang gak nak start bara api tu kan...




Abang Megat...dok bakar apa ntah...




Antara jiran2 yang last balik..Fit, Roha, Kak Fiza, Lina dan anak2.masa ni dah lewat ni...ramai yang dah balik...




Ini lah antara hidangan pot luck kami malam tu...meriah sungguh dengan makanan...siap bungkus bawa balik...




Kek Choc Indulgence dan blue berry yang dibeli sempena Hari Ibu....Surprised dari kaum bapa untuk semua ibu-ibu...Terima kasih...



Thursday, April 15, 2010

My Birthday...15th April 1967

ALHAMDULILLAH
Hari ni genap umur Kak Ton 43 tahun.
Syukur teramat syukur ke hadrat Ilahi diatas segala nikmat yang diberikan...
Kesempatan yang Allah beri...untuk menikmati hidup sampai hari ini...ALHAMDULILLAH
Semoga Allah panjangkan usia dalam keadaan sihat dan iman...untuk terus beribadat kepadaNYA...INSYAALLAH
AMIN AMIN YARABBALALAMIN...

Terima kasih pada mak yg melahirkan dan membesarkan anak mak ni...ALHAMDULILLAH.
AlFatihah Kepada arwah abah..yg berkorban tenaga mencari rezeki untuk membesarkan anak abah ni...
Semoga Allah ampun segala dosa Abah dan semoga Abah berbahagia disana...Terima kasih Abah...

Terima kasih juga kepada suami tercinta...abang megat teman dikala susah dan senang...semoga kasih sayang kita kekal keakhir hayat...

Terima kasih juga untuk anak2 Ibu; abang, adik, icad dan ibai...kerana menerima Ibu seadanya...kalian adalah segalanya untuk Ibu...


Kepada kawan2 dan adik beradik...anak2 sedara & sedara-mara semua....yang memberikan ucapan selamat hari lahir...tak kira melalui blog, facebook, phone call, sms...terima kasih atas ingatan...




Last friday... 16 Apr 2010, sempena besday Kak Ton, kami sekeluarga pergi makan2 kat Muara ikan bakar dekat port kelang...dah dekat 10 tahun rasanya tak pegi...



Mula2 pilih ikan, udang, ketam...pastu pilih menu apa nak masak dgn semua2 tu...



Sedapnya udang goreng tepung...masih macam dulu...
Menu kami malam tu...
1. nasi lemak special
2. udang goreng tepung
3. ketam Muara (sup ketam)
4. ikan bawal masak 3 rasa
5. ikan pari bakar

ALhamdulillah...kenyang sesangat dan sedap!!!!



romantik sikit...hehehe minum air kelapa muda...kongsi dgn abg megat...




Entah secara kebetulaan agaknya...Kak ton, Abg Megat dan Iqbal pakai baju warna merah malam tu...

Monday, September 7, 2009

Birthday Imran ke 15 tahun....5 September 2009

Malam 16 Ramadan 1430H, we all solat terawih berjemaah kat rumah je ramai2...
Kebetulan, anak sedara yg dok Puchong (anak kakak no 2 yg dok sungai petani) datang berbuka kat rumah...
Azhar ni bujang lagi...ermmm umur baru 23 tahun ...dia dok keje kat Mercedes services center kat PJ.

So lepas terawih, sempat lagi la ke Secret Recipe Pandan Indah...dalam pukul 10mlm
Secret recipe operating hours ialah 11 am to 11 pm.
Dalam dok kenyang sebab dan belasah nasi ayam masa berbuka tadi...
Anak2 boleh jugak order makanan berat...selain daripada kek...

1. Imran makan tomyam noodles
2. Nadia dan Irsyad makan chicken lasagna
3. 2 slices of choc indulgence cake...sharing

Ini la anak bujang Kak Ton, Megat Mohd Imran

It looks like we are the last customer kat Secret Recipe Pandan Indah malam tu...heheh

Sunday, June 7, 2009

Ulangtahun perkahwinan ke 16

Rabu 3 hb Jun 2009 merupakan hari ulangtahun perkahwinan Kak Ton dan Abg Megat yg ke 16.
Semoga Allah Memberkati perkahwinan kami dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat..AMIN...
Tak ada sambutan apa pun.
Cuma kami berdua keluar berdua ke KLCC.
Shopping kat mark and spencer...pilih hadiah untuk diri sendiri...heheh
sekadar nak buat kenangan...Kak Ton beli blouse dan baju tidur, Abg Megat beli  jeans 2 helai
Lepas shopping, kami dinner kat Naili's Corner, Ampang.
Balik rumah sekitar jam 12tghmalam.

Sebelum keluar kami orderkan Pizza delivery untuk anak2 kat rumah...
Bagitau anak2, sesekali ibu dan ayah nak keluar berdua...
Diaorg tak kisah, asalkan diaorg ada makanan...

Ermmm dapat kad pulak dari kak intan...
tq kak intan atas ingatan...



Terimakasih juga pada rakan2 blogger dan rakan2 forum myresipi yg memberikan ucapan selamat ulangtahun pada kakton...