Rumah Ku Syurga Ku

Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Friday, July 15, 2011

sagu gula melaka


semalam kak ton masak sagu gula melaka sebagai pencuci mulut.
rendam sagu dlm 1/2 jam.
didihkan 5 cawan air.
toskan sagu, dan rebus sagu sampai nampak jernih warna dia.
kacau sentiasa...
basuh sagu utk hilangkan kanji dia.
tapis....
letakkan dlm cawan dessert atau acuan kecil2 dan sejukkan dalam peti sejuk.
makan dengan air  gula melaka dan santan.




Sunday, April 4, 2010

Kunjungan teman MyResipi ke rumah...Sina dan Zie


Sabtu lepas, 3 April 2010...
Sina dan Zie Myr datang bertandang kerumah Kak Ton...
Sina datang dengan kakak, anak dara dia dan anak sedara (anak kakak). Abang Ken dia tak dapat ikut, keje...
Zie pulak datang berdua je ngan En Hubby dia...

















Masak Nasi Ayam je....























Ngan cheese tart yg telah di buat pasa Hari Jumaat
resepi tart shell nya ada kat my resepi...Resepi tart Shell
dan resepi utk filling nya Kak Ton pakai adunan american cheese cake...Marble American Cheese Cake
















Kak Ton cuma dapat 24 tart shell je...so, oleh kerana adunan Cheese masih ada lagi...Kak Ton pun buat la  Marble American Cheese cake menggunakan quaker oats sebagai base...
Untuk resepi oats based tu, kakton cuma gaulkan oats dgn butter yg sudah dilembutkan...tapi sorry le ye, tak de pulak sukatan2 tertentu...kakton cuma gaulkan oats tu dgn butter hingga adunan melekat dan boleh dipastekan pada base loyang cheese cake...
Ini la rupanya...nipis je sbb cuma guna lebihan adunan american cheese cake utk filling cheese tart...
















Business woman kita, Pn Zie pulak bawa alat2 solek dan perfumes untuk dijual...
errmmmm...tau je le klu org pompuan dapat belek makeup!!!! hehehe faham2 je le...tak makan pun tak pe... masa kami dok belek membeek ni...Abg Megat ngan Helmy dok makan nasi dah...bersama anak2 lelaki... so yg pompuan...2nd round...

















Abang Megat dan Helmi kebosanan dok tunggu..bila la diaorg ni nak habis belek makeup...perut dah kenyang, mata pun dah ngantuk ni...kalau dapat bantal....sedap ni!!!!























Tiba masa Sina nak balik dah...sambil tu sempat Sina pesan "Zie... nanti tolong Kak Ton basuh pinggan, Kak Sina nak kena balik dah,  nak antar Tina balik asrama...tak leh lama2 ni, jauh lagi perjalanan ke Kerteh...."
















Bye-Bye Sina!!!! Drive carefully!!!!! We all nak sambung belek makeup lagi ni...dan nak sambung gossip2 panas...hehehe
ermmmm macammana zie sama tinggi ngan Kak Ton nie???? rasanya Zie tinggi sikit dari Kak Ton???
takkan Kak Ton makin tinggi kut? atau Zie yg makin rendah???






















Last sekali Kak Ton ucapka terima kasih pada Sina & Family dan Zie &En hubby, sebab sudi berkunjung kerumah Kak Ton...Kak ton minta maaf kalau ada layanan yg tak memuaskan...Bila nak datang lagi...

Saturday, January 30, 2010

Pengat Pisang

Pengat pisang abu untuk minum petang hari Rabu lepas...

Thursday, May 28, 2009

pengat ubi keledek...

Petang semalam punya menu ni...
Ubi keledek baki buat keledek goreng 2 hari lepas ada lagi...
teringin pulak nak makan pengat...
Buat sikit je...
Pastu buat keledek goreng makan ngan sambal kicap lagi...



Sedap gak...sesekali makan pengat keledek ni...

Thursday, May 7, 2009

Home made Cendol

Dah lama dok teringin nak try buat cendol sendiri...
akhirnya merajinkan diri di petang khamis...
jemput minum...



Buat secawan tepung beras + 1/2 cawan tepung ubi
tapi dapat banyak...



Resepi cendol
Dapat dari Majalah keluarga Mei 2009
bahan2
1. 1 cawan tepung beras
2. 1/2 cawan tepung ubi
3. 1/2 sudu teh kapur makan, dibancuh dengan sedikit air...
4. 4 1/2 cawan air perahan daun pandan
5. sedikit pandan paste atau pewarna hijau untuk bagi up sikit warna hijau cendol tu...
Cara2
1. campur semua bahan, kacau sebati...
2. Masak bancuhan tadi atas api sederhana hingga menjadi kental, tutup api.
3. Tuang adunan dalam acuan cendol yg diletak diatas bekas berisi air sejuk dan tekan2 supaya menjadi butir2 cendol...
4. Sejukkan cendol bersama air tadi didalam peti sejuk.
5. Bila nak hidang, campurkan santan dan air gula merah...Jika suka boleh letak air batu kisar...
petua:
***adunan hendaklah cepat2 di tekan dalam acuan semasa masih panas
Ini ialah kerana bila dah sejuk, adunan akan menjadi pekat dan susah untuk keluar melalui lubang acuan tersebut...
*** kak ton tak de acuan cendol, tapi kakton pakai periuk kukus yg lubang kecil2

Monday, April 20, 2009

agar-agar buah pic cocktail...

Hari Jumaat...buat agar2 letak buah pic ni...
Makan ngan susu cair yg dimasak bersama sedikit gula dan tepung custard...

Thursday, April 2, 2009

homemade ice cream

homemade Ice Cream...
Dah lama teringin nak buat ice cream ni...
Tapi macam tak berapa nak confident je...
Akhirnya semalm merajinkan diri...
Buat homemade ice cream...

Buat 2 perasa sekali....
kacang merah dan coklat...
memang sedap dan puas hati...



Resepi dapat kat Myr...

Tengok kat resepi basic icecream...
pastu pandai2 diolah sendiri tambah perisa...
Senang bangat nak buat ice cream ni sebenarnya...

Resepi ice cream kacang merah
bahan2
1. 2 cawan susu segar (kak ton pakai susu penuh cream dutch lady)
2. 2 cawan coffeemate serbuk
3. 3 sudu besar paste kacang merah (kalau pakai kacang merah dlm tin yg sebiji-sebiji tu lagi sedap kut...)
4. Gula sesedap rasa...1-2 sudu besar dah cukup...

*** Oleh kerana paste kacnag merah dah memang manis, tak perlu letak gula dah.

untuk ice cream coklat
bahan2
1. 2 cawan susu perasa coklat (kak ton pakai susu penuh cream dutch lady)
2. 2 cawan coffeemate serbuk
3. 1 sudu besar choc emulco...cuma nak bagi up sikit kale coklat ice cream tu
4. Gula sesedap rasa...1-2 sudu besar dah cukup...

*** Oleh kerana susu coklat tu dah memang manis, tak perlu letak gula pun dah ok.

Cara2 membuat ice cream...
1. putar susu dan coffeemate selama 7-8 minit pada kelajuan 2 je...
2. masukkan didalam bekas bertutup, bekukan didalam freezer selama 2-3 jam atau 3/4 beku
3. putarkan lagi sekali selama 1-2 minit je pada kelajuan 1 je...
4. bekukan semula selama 8 jam atau semalaman...
5. bolehla dimakan bersama taburan choc rice/roasted almond/kacang tanah atau ape2 je le...


***semasa putaran kedua, bolehlah dimasukkan perasa tambahan yg dikehendaki...
kacang merah/jagung/milo/oreo dll mengikut selera anda...
***ice cream ini rasa seperti ice cream yg dibeli di kedai tu...Tapi awas, ia sangat cepat mencair...
jadi perlu cepat2 makan selepas di scoopkan...