Rumah Ku Syurga Ku

Sunday, March 22, 2009

Roti canai dan kuah dal...

petang tadi menguli roti canai...
sambil2 ditolong oleh En Hubby...
So menu dinner malam ni....
Roti canai dengan kuah dal...
Lepas tu mlm ni, buat kuah dal...
Kak ton dan En hubby sama2 menebarkan roti canai ni...
Tak pandai tebar, sudahnya..tarik2 je le...
Ada yg koyak, lubang....hahahah
lucu gak...
Walaupun kurang menjadi tebaran dan lapisan roti canai yg kami buat...
Tapi anak2 makan sorang 2 biji gak...
Puas hati sebab makan dari hasil tangan sendiri yg dah tentu kebersihannya...

Inilah diantara roti canai yg tercantik....yg kami buat malam ni...



Resepi dapat dari Myresipi la..mana lagi kan???
Copy and paste je ni...
resepi dari joayee...

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
1. 550 gm tepung gandum
2. *250 gm air
3. *1 egg-50gm
4. *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
5. *1 tsp garam-6gm
6. *1 tsp butter/margerin-15gm
7. 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara
1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
3. uli hingga jadi doh
4. rehatkan doh selama 10min
5. uli lagi selama 5min
**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
*tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
*Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

resepi kuah dal pulak....
dari s_shamen...Myresipi...
copy and paste gak ni...

Bahan-bahan ( 6 orang )
1. 1 cawan kacang dal
2. 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
3. 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
4. 2 biji kentang dibelah
5. sedikit serbuk kunyit
6. **1 inci halia diracik
7. **2 biji bawang putih diracik
8. **3-4 biji bawang kecil dimayang
9. **sedikit daun kari
10. **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
11. **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
12. 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
13. minyak untuk menumis
14. garam & gula sesedap rasa

***kakton tambahkan daging cincang sebagai menambah perisa...Kalau nak tambah ayam atau udang pun ok gak...

Cara-cara
1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
2. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
3. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
4. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

Saturday, March 21, 2009

asam pedas ikan sembilang...

menu lunch hari Sabtu...
asam pedas ikan sembilang...

Roti Marble coklat

ptg tadi buat roti marble coklat...
tergoda tengok ramai geng2 forum MyResipi dok buat roti marble coklat ni...
Memang lembut dan cantik je corak dia...
amik resepi kat My resepi la...





Tapi anak2 tak gemar...rasa coklat tu macam pahit2 sikit dan roti tu rasa tawar je...
may be next time kalau buat, kena tambah gula kut...

Thursday, March 19, 2009

ketam goreng, sup ketam dan ikan masin...

semalam pergi pasar..nak beli ayam buat nasi ayam tu...nampak pulak ketam besar2...
lama dah tak makan ketam ni...
Beli la 5 ekor...

Badan ketam goreng je...


Sepit dia buat sup...


Pastu goreng ikan masin tenggiri


makan dgn sambal belacan dan sup sawi yg masak untuk lunch tadi...

Nasi ayam....tauhu telur sos tiram

Ni menu semalam....
nasi ayam..
tapi lupa laks nak amik gambar nasi..heheh

ni ayam...


tauhu telur sos tiram


kicap, cili dan timun+daun bawang...
Salad tak de la pulak...2 kedai pi cari tak de jugak...
cincai je le....tak de salad pun takpe...



Dan sup.....

cheezy wedges...

Buat untuk breakfast hari Selasa...



Resepi dari My resepi...resepi puan Tulip yg nun jauh di Pakistan...
Lama sungguh tak dengar cite dari dia...senyap je...Makyung sorang tu...
Ntah2 dia dah bersalin kut..
Harap2 Tulip dan family sihat...

Ni resepi spesel untuk aymy di kuwait...
bahan2
1. 2 biji kentang saiz besar...
2. 5 sudu besar tepung gandum
3. sedikit garam
4. sedikit serbuk lada hitam
5. sedikti serbuk lada putih
6. sedikit gula
7. sedikit serbuk kunyit
8. air secukupnya

cara2
1. Kupas kentang, potong wedges/baji
2. Rebus kentang selama 10 minit atau hingga kentang 1/2 masak. Toskan.
3. Campurkan semua bahan2 dgn air. Bancuhan biar pekat seperti bancuhan tepung goreng pisang.
4. Celup kentang dlm tepung seperti membuat goreng pisang dan goreng dalam minyak panas hingga kekuningan
5. Goreng hingga habis
6. Untuk menjadikan cheezy wedges...kakton potong kecil2 slices cheese dan letakkan je atas wedges yg masih panas tu...so cheese tu akan mencair dan melekat pada wedges tu...
7. Cuba la...sedap dimakan panas2 bila2 masa...

Tuesday, March 17, 2009

award dari inahar dan ceqna...

award ni mula2 inahar bagi tapi tak leh masuk blog dia pakai IE...
ermmm takleh la nak amik award tu kan....
Pastu ceqna pulak bagi award ni...

Terima kasih kawan2 kerana sudi memberikan award ni pada saya...