Rumah Ku Syurga Ku

Saturday, October 18, 2008

Cheese Cake

Jadi gak cheese cake Kak Ton...
Hari ni ada byk pen house...so tak yah masak...
Ada la masa nak buat American Cheese Cake ni...
Yg pentingnya dipotong pakai loyang cutter....
Thank you so much to Bee sebab bagi Loyang bercutter tu pada kak ton...
Thank to Lily and Yani for the tips untuk pakai loyang ni untuk mendapatkan cheese cake yg cantik berpotong...



Kek yg dah masak dan ditetak loyang cutter...
Pastu di sejukkan dlm peti ais.


Adunan cheese cake yg belum dibakar...


Resepi American Cheese cake

Untuk Base

1. Hancurkan 30 hingga 40 keping biskut marie.
***Ikut ketebalan base yg dikehendaki...
2. gaulkan dengan butter hingga jadi seperti adunan biskut...
***Kak ton pakai 250g butter untuk 40 keping biskut marie
3. Tekan2kan biskut yg dicampur butter tadi kedalam acuan hingga padat.
4. Bekukan selama 30 minit atau 1 jam...

Bahan2 A
1. 450g cream cheese
2. 100g gula castor (Kalau base dah manis, boleh kurangkan sedikit gula)
3. 2 1/2 biji kuning telur
4. 200ml whipping cream(unsweetened)
5. 60g tepung gandum
6. 20g tepung jagung
7. 1 sudu kecil lemon paste
8. 1 sudu teh esen vanila

Bahan2 B
1. 2 1/2 biji telur putih
2. 40g gula castor

Cara2 (B)
1. Putar putih telur hingga kembang
2. Masukkan gula castor
3. Putar lagi sampai gebu dan ringan (merinque)
4. Ketepikan

Cara2 (A)
1. Putar cream cheese, esen vanila dan lemon aste hingga lembut (tak berketul)
***Keluarkan cream cheese pada suhu bilik (dalam lebihkurang 1 jam)
***jangan putar terlalu lama, creamcheese akan jadi cair)
2. masukkan kuning telor, putar lagi.
3. Masukkan whipping cream, putar lagi.
4. masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau sebati cara kaup balik.

Cara2 (A+B)
1. Campurkan B kedalam A.
2. Kacau cara kaup balik (perlahan2)
3. Untuk membuat lorekan atas kek tu...Ambil 2 sudu dari adunan dan campurkan dengan 1 sudu teh choc emulco. Kacau sebati dlm mangkuk lain.
4. Masukkan adunan yg dicampur choc emulco kedalam piping beg. Gunting sedikit hujung piping beg untuk mendapatkan garis yg halus.
5. Tuang adunan cheese cake dalam acuan yg dah diletakkan Base tadi...
6. Lorekkan adunan dgn piping beg tadi diatas adunan kek. Untuk mendapatkan corak batik tu...gunakan lidi dan lorekkan mengikut creativity.
7. Bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit atau sehingga masak (ikut oven masing2) menggunakan kaedah ban marie. Jangan lupa panaskan oven dulu macam biasa...
8. Jika ingin memotong menggunakan loyang cutter. Keluarkan kek dari oven dan biarkan dalam 30 minit, baru la diletakkan loyang cutter. Jika tidak potongan akan jadi comot.
9. Bila kek dah betul2 sejuk, baru lah masukkan kek ke dlm peti sejuk (bersama cutter).
10. Setelah kek betul2 sejuk (selepas 1-2 jam, lebih lama pun tak ape), baru la boleh dikeluarkan cutter.
11. Sedia dihidangkan

No comments: