Jom bekfest lopes...huhuhu
Sebenarnya buat lopes ni untuk minum petang, petang semalam.
So, pagi ni ada balance lagi...jadi bekfes la pulak.
resepi kuih lopes
Bahan(untuk 10 orang kut)
500g beras pulut 6 helai daun pandan
1 sudu besar air kapur
daun pisang yg dilayukan secukupnya ( 6 keping daun pisang yg dipotong @ 12 inci panjang)
tali rafia untuk mengikat (setiap satu dalam 6 inci panjang)
garamkelapa parut dari 1/2 biji kelapa
cara2
1. rendam beras pulut dgn air kapur dan 1/4 sudu teh garam selama lebih kurang 4 jam
2. blend daun pandan dengan 1 cawan air dan tapiskan3. toskan beras pulut.
4. masukkan beras pulut, 1/2 sudu teh garam, air pandan dan air (sukatan air sekadar separas dgn beras sahaja)
5. kacau rata dan sentiasa sehingga air kering, tutup api.6. letak lebih kurang 2 senduk pulut tadi ats daun pisang dan bungkus. bergantung kepada lebar daun pisang jugak, so pandai2 la adjust. yg penting balutan mesti kemas supaya tidak masuk air bila direbus nanti.
7. rebus bungkusan lopes selama 1 jam dgn paras air melitupi semua bungkusan lopes.
8. toskan, dan sejukkan.
9. setelah sejuk, bolehlah dipotong dan digaulkan dengan kelapa parut yg telah di gaul dgn sedikit garam.
10. hidangkan dengan sirap gula merah.
Ini la rupanya kuih lopes yg telah dibungkus
Sirap gula merah
1. 250g gula merah
2. 1/2 cawan air
cara2
1. campurkan gula merah dan air.
2. masak hingga gula merah larut.
3. tapiskan dan sejukkan pada suhu bilik.
2 comments:
sedap nya.. iera suka makan kuih lopeh ni.... makan sampai lupa diri..hehehe
Nak try buat lah Ton!!
Post a Comment