Rumah Ku Syurga Ku

Tuesday, November 4, 2008

Karipap Pusing

Petang tadi buat karipap pusing...
Ni yang dah siap digoreng



Intinya...
Daging + kentang



Resepi....

Karipap pusing (dapat 64 biji karipap saiz comel)

Bahan2 A (adunan putih)
1. 3 cawan tepung gandum
2. 1 cawan air
3. 2 sudu besar minyak masak
4. 1 sudu kecil garam
cara2
1. Bancuh garam dgn 1 cawan air tadi
2. Tuangkan minyak kedalam tepung, gaul.
3. Masukan air bancuham garan tadi sedikit2 kedalam tepung.
4. Uli hingga tidak melekat.
5. Rehatkan adunan tadi selama 30-45 minit.
6. Bahagikan doh kepada 16 bebola.

Bahan2 B (adunan kuning)
1. 2 cawan tepung gandum
2. 3 sudu makan(penuh) marjerin
cara2
1.Gaul tepung dengan marjerin hingga menjadi doh.
2. Bahagikan doh kepada 16 bebola

cara2 membuat karipap pusing



1. Ambil sebiji bebola putih, ratakan dan letak bebola kuning diatasnya


2. kemudian, balutkan bebola kuning dengan bebola putih



3. Tutup kemas bebola yg sudah disatukan tadi.


4. Canaikan doh, dan gulungkan rapat2.


5. Ini la rupa doh yg telah digulung


6. Kemudian canai lagi sekali doh yg di gulung tadi...dan gulungkan sekali lagi...


7. Doh yg siap di gulung dah sedia untuk dipotong.


8. potong doh kepada 4 bahagian, seperti ini.


10. canai setiap potongan...dan letakkan inti...


11. Tutup kemas dan kelim.
12. Boleh lah digoreng terus dengan menggunakan api sederhana panas.
13. Jika hendak difrozenkan, susun dalam tray tetapi jangan bertindih dan frozenkan semalaman.
14. Bila karipap sudah betul2 beku, barulah boleh disusun secara bertindan didalam bekas kedap udara. Ini ialah supaya karipap tidak melekat antara satu sama lain.
15. Sebaik-baiknya, defrostkan karipap sekurang-kurangnya 1 jam sebelum menggoreng. Ini ialah supaya karipap tidak terlalu rapuh.

1 comment:

nabella said...

ton..adunan ni bole dapat berapa biji ya..nak try wat..