Rumah Ku Syurga Ku

Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

lopes




Jom bekfest lopes...huhuhu
Sebenarnya buat lopes ni untuk minum petang, petang semalam.
So, pagi ni ada balance lagi...jadi bekfes la pulak.

resepi kuih lopes
Bahan(untuk 10 orang kut)
500g beras pulut 6 helai daun pandan
1 sudu besar air kapur
daun pisang yg dilayukan secukupnya ( 6  keping daun pisang yg dipotong @ 12 inci panjang)
tali rafia untuk mengikat (setiap satu dalam 6 inci panjang)
garam
kelapa parut dari 1/2 biji kelapa

cara2
1. rendam beras pulut dgn air kapur dan 1/4 sudu teh garam selama lebih kurang 4 jam
2. blend daun pandan dengan 1 cawan air dan tapiskan
3. toskan beras pulut.
4. masukkan beras pulut, 1/2 sudu teh garam, air pandan dan air (sukatan air sekadar separas dgn beras sahaja)
5. kacau rata dan sentiasa sehingga air kering, tutup api.
6. letak lebih kurang 2 senduk pulut tadi ats daun pisang dan bungkus. bergantung kepada lebar daun pisang jugak, so pandai2 la adjust. yg penting balutan mesti kemas supaya tidak masuk air bila direbus nanti.
7. rebus bungkusan lopes selama 1 jam dgn paras air melitupi semua bungkusan lopes.
8. toskan, dan sejukkan.
9. setelah sejuk, bolehlah dipotong dan digaulkan dengan kelapa parut yg telah di gaul dgn sedikit garam.
10. hidangkan dengan sirap gula merah.

Ini la rupanya kuih lopes yg telah dibungkus

.
















Sirap gula merah
1. 250g gula merah
2. 1/2 cawan air

cara2
1. campurkan gula merah dan air.
2. masak hingga gula merah larut.
3. tapiskan dan sejukkan pada suhu bilik.

Friday, July 8, 2011

kuih lopes...

Alhamdulillah. tiba2 hari ni terasa nak update blog yg dah bersawang ni...
Petang tadi, dalam redup hujan tghhari...tiba2 teringin nak makan kuih lopes...Kakton pi g selongkar buku resepi...ada resepi kuih lopes, tapi version kukus dalam loyang...Tapi hari ni teringin nak buat version bungkus ngan daun pisang macam mak buat dulu2...
so, misi mencari diteruskan ke mana lagi...my http://www.myresipi.com/ la...
ada a few resepi...tapi tak menepati kehendak kton, ada yg masak pakai microwave, ada yg jenis bungkus 3 segi...kakton nak yg macam mak buat, bungkus bentuk silinder, ikat hujung2 dan rebus...
setelah compare a few resepi, campur, tolak, bahagi dan darab..hehehe
Ini la resepi yg kakton guna...
















bahan2 untuk pulut(dapat 2 biji lopes saiz sederhana)
1. 1 cawan beras pulut direndam dengan 1 sudu makan air kapur selama 1 jam
2. 1 cawan air
3. 6 helai daun pandan
4. secubit garam

 bahan2 untuk air gula
1. masak 1 cawan gula merah atau gula kabung dengan sedikit air hingga larut

*Daun pisang yg telah dilayukan atas api secukupnya...
*tali untuk mengikat.
*1 cawan kelapa parut digaul dengan secubit garam.


cara2
1. blend daun pandan dengan 1 cawan air, tapis dan ambil airnya(lebihkurang 1 cawan)
2. tos dan basuhkan beras yg direndam tadi.
3. campurkan perahan air daun pandan, garam dan beras. boleh juga ditambah pewarna hijau atau pandan paste jika mahu warna lopes lebih menyerlah...masak atas api sederhana dan kacau sentiasa hingga kering air. padamkan api. pulut akan menjadi 1/2 masak.
4. sendukkan pulut tadi keatas daun pisang dan bungkus jadi bentuk silinder. balutan mesti padat supaya lopes tidak berderai semasa dipotong. ikat kemas pada kedua2 hujung.
5. diingatkan, perlu bungkus betul2, daun pisang perlu agak lebar supaya pulut tidak terkeluar semasa proses merebus nanti.
6. rebus bungkusan pulut tadi dalam air yg cukup untuk tenggelamkan bungkusan kuih lopes ini, selama 1/2 jam.
7. sejukkan, buka balutan daun pisang dan potong pulut lopes dengan benang...
8. salutkan potongan lopes dengan kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam
9. makan bersama air gula tadi.

Friday, May 14, 2010

Bread butter pudding


Petang semalam...puas selak buku resepi cari idea apa nak masak utk minum petang...
nampak la resepi bread butter pudding ni...amik kat my resipi la....
first time buat ni...
sebenarnya En Hubby dan anak2 kurang gemar puding2 ni...tapi tekak tukang masak rasa nak makan pulak...bahan2 pun ada kat rumah....ermmm jadilah Bread Butter Pudding....buat 1/2 adunan je...

Sorry la tak dapat nak bagi link resepi kat MyResipi...Kak Ton pun tak ingat dah sapa nama tuan punya resepi tu...minta halal ye...
ni kton salin semula resepi tu...Kak ton buat 1/2 adunan je...

Bahan2 :
1. 5 keping roti 
2. 250ml susu segar
3. 150ml whip cream (kton tak de whip cream...so kton ganti ngan susu segar)
4. 2 biji telor
5. 50g gula castor
6. 15g gula castor (untuk tabur diatas puding...supaya jadi karamel...)
7. sedikit kismis dan/atau nenas cube kalau suka...


Cara2
1. MIxerkan telur, susu, whip cream dan gula (50g)
2. Sapu butter pada roti dan potong kecil2...dlm 1/2 inci cube
3. Susun roti dalam loyang pembakar
4. taburkan2 kismis/cube nenas 
5. tuang bancuhan telor, susu dan gula tadi.
6. Tabur gula untuk jadi karame diatas adunan
7. Bakar dgn kaedah water bath...iaitu dgn meletakkan sedikit air dlm loyang yg lebih besar dan letakkan loyang lebih kecil, berisi adunan didalam loyang yg berisi air tersebut.
8. bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit...atau sehingga gula jadi karamel...
Kadang2 oven kita ni tak sama peelnya...
9. potong dan hidangkan bila dah sejuk....



Kuih vadei...


Buat Vadei untuk minum petang hari Rabu... resepi dah ada sblm ni...
 Ni Kak ton copy, paste dan edit sikit...

resepi kuih vade
bahan2
1. 2 cawan kacang dal, direndam semalaman supaya lembut
2. 1 biji bawang besar
3. 3 biji cili kering dihiris halus (kalau nak pedas, leh tambah)
4. 3 tangka daun kari dihiris
5. sedikit jintan manis/putih
6. garam secukup rasa
7. 3 sudu tepung gandum

cara2
1. Blend kacang dal tanpa air. Jangan risau kalau ada yg tak hancur...memang sepatutnya camtu pun...
2. Blend bawang besar, cili kering dan jintan. Kalau tak nak blend, boleh potong2 je bwg dan cili...Kak ton blend sebab anak2 tak makan kalau ada nampak bawang dan cili tu..habis dikorek dan buang...
3. gaul sebati semua bahan, tepung dan garam.
4. bentuk2 kan bulat leper dan goreng dalam minyak panas (kasi tenggelam dlm minyak tu).
*** kak ton bentukkan dan goreng terus...Bila agak2 dah masak sikit, baru terbalikkan...
jika tak, kuih akan berderai...Dan mesti deep fried supaya tak berderai...

Thursday, April 22, 2010

roti jala kuah durian


Juadah minum petang hari Selasa lepas...roti Jala ngan kuah durian...
Ada cerita disebalik roti jala ni.
cerita 1 : botol mayonis 3 lubang yg Izah Myr bagi pada Kak Ton...Kak ton gunakan untuk menjala roti jala ni...
cerita 2 : mula2 buat kuah durian makan dengan roti gardenia ja...pastu roti habis, kuah durian ada lagi...Kak Ton pun teringat botol mayo yg belum dirasmikan tu...apa lagi, jadila roti jala pulak...

Thursday, October 22, 2009

apam coklat

Dah lama tak masak2 kuih-muih untuk minum petang...
semalam datang pulak mood rajin sikit...
jadila apam coklat ni....
resepi dah letak sebelum ni....

Wednesday, August 26, 2009

kuih vadei

hari Khamis 20 ogos, petang 
Buat kuih vadei untuk minum petang
resepi dah letak sebelum ni....

Tuesday, August 18, 2009

karipap gulung...

Petang ni...buat karipap gulung..
Tak tau la nama sebenarnya apa...

Sebenarnya dapat idea buat karipap ni sebab malas nak menguli, mencanai dan mengelim karipap.

Adik-beradik samosa gak kut...
tapi samosa buat bentuk 3 segi...

Cara2 dia mudah ja...
1. bancuh tepung gamdum + sedikit garam + 1 biji telur
(adunan tepung mestilah cair macam adunan kulit ketayap atau roti jala...)

2. Ambil sesenduk adunan dan tuang atas frying pan yg telah disapu sedikit minyak
( tak boleh banyak sangat minyak tu)
lepas tu gelek-gelekkan frying pan tu supaya adunan tepung rata dan nipis...
(hehehe..tak tau camna nak explain... rasanya sapa2 boleh imagine kut)

3. Letak sekejap atas dapur (api kecik).
4. Bila adunan dah masak, angkat dan letak atas pinggan/dulang.
5. Letak sedikit inti dan gulung seperti menggulung ketayap.
6. Buatlah hingga abis adunan tepung tu.
7. Akhir sekali goreng dengan api perlahan seperti menggoreng karipap...


Thursday, July 23, 2009

karipap pusing

Ish!! lama sungguh tak buat karipap pusing ni...
Semalam merajinkan diri buat inti karipap dan mencanai doh untuk buat karipap pusing ni...
Dah banyak hari beli ubi keledek...
kakton prefer inti keledek compared to inti kentang...
and of cause letak daging cincang...

Dapat 32 biji...goreng semua sekali....
Ada balance 3 biji buat bfast pagi tadi...
Hubby dan anak2 memang hantu karipap...

Cara2 nak buat karipap pusing tu ada kat sini

ikan sambal tumis dan cekodok pisang

Lama sungguh la tak buat entry kat blog ni!!!!
hiss!!! Banyak sungguh sawang...
Sat nak sapu sawang dulu...
Tak ada sebab musabab yg jelas kenapa malas bebenor nak buat entry...
Tapi bila masak2 tu amik gak la gambar...

Ni ha Menu Isnin minggu lepas...13 Julai 2009
Sambal tumis ikan temenung ja...
pastu buat sayur apa ntha...dah lupa...hehehe


Petang tu buat cucuq kodok pisang atau jemput2 pisang ni...

Friday, July 10, 2009

cempedak goreng

Ptg tadi masa nak antar nadiah ke sekolah...
ternampak ada org jual cempedak tepi jalan...
lama sungguh tak makan cempedak goreng...
Baru ni nampak...agaknya musim cempedak baru start kut...

Mahal gak la rege di...1kg, rm3...
beli 2 biji, rm13.50...
Alhamdulillah, yg 1 ni dah buka, elok isi dia...
Yg 1 lagi, belum buka, harap2 elok gak la isi dia...
Dah siap goreng pun, jemput makan...


Yg lagi sebiji pun dah buka....
Hari Sabtu Petang buat cempedak goreng lagi...



tepung talam

Dalam dok cari idea nak masak kuih apa Hari Rabu lepas...
nampak pulak resepi tepung talam ni...
teringat pulak lamanya tak buat tepung talam...
so, cari2 la resepi kat My resipi....
so sesaje try resepi ni...
rasa memang dah sedap..tapi tang kepala tu macam nipis sikit...
maybe resepitu kata pakai santan kotak, tapi kton pakai santan perah biasa tu...agaknya cair la kut santan tu...Kakton jarang simpan stok santan kotak tu...
Tapi sentiasa simpan stok kelapa parut...
Bila nak pakai, baru perahkan...
lain kali nak try pakai santan kotak pulak...
so kalau sapa2 nak try..ini resepinya...

Thursday, July 9, 2009

tauhu poket...

Buat tauhu poket ni hari Selasa...
sebenarnya dah beli tauhu sejak ahad lagi...tapi tak terbuat-buat tauhu poket...
resepi che Iza nih..lama tak dengar cerita Che Iza...harap2 dia sihat...
Nak resepi, ni link dia...
memang sedap...tak dapat disangkal lagi..heheh
dah byk kali buat nih!!!

Tuesday, June 30, 2009

Cucuq kembong

Kuih ni orang Kedah panggil cucuq kembong
Orang lain tak tau la panggil apa...

Cucuq ni senang ja bancuhannya...
Tapi sorry la kakton tak ade sukatan untuk bancuhan tepung ni..
main agak2 je...
Insyaallah next time buat, kakton ambik sukatan dia...ok...

bahan2
1. tepung gandum
2. gula
3. air

*** ada gak orang letak soda bikarbonat atau baking powder sikit supaya jadi kembong...
tapi mak Kakton tak letak semua tu...ni resepi dari dia la ni...

Yang penting ialah kepekatan bancuhan tepung cucuq kembong ni mesti  cair sikit dari cucuq ikan bilis/udang...
Kalau terlampau pekat bancuhan tu, cucuq tak jadi kembong...dan kalau terlalu cair pulak...dia akan leper je bentuk dia...
Kakton rasa la...dia kembong sebab gula didalam bancuhan tu...
yang susah sikti nak buat cucuq kembong ni...kita kena jemputkan sebiji, terbalikkan, then baru jemputkan tg seterusnya...
Tak boleh jemputkan sekali gus kemudain baru terbalikkan sebab nanti cucuq ni akan melekat antara satu sama lain...
Dan kena guna tangan supaya dapat cucuq kembong yg bulat2..
kalau pakai sudu, sure macam2 bentuk yg jadi...heheh

cucuq kembong ni sedap dimakan begitu saja atau cicah dengan sambal tumis.
Kalau cicah ngan kari pun sedap..
tak kira la kari ayam ke...ikan ke...ataupun daging...

sardin roll

Minggu lepas buat sardin roll ni...takingat dah hari apa...
tu la pasal malas sangat nak update blog...
Sardin roll ni biasa je...
Yg spesel sikit sebab guna homemade sardin...

mula2 kakton masak sardin yg telah dihancurkan...
letak bawang besar yg di choppedkan dan air asam jawa sikit.
masak sampai kering air...

Roti tu pula, kakton kukus dan gelekkan dengan roller...
kalau tak kukus pun boleh, tapi roti tu jadi kurang padat dan susah sikti nak gulung nanti, senang pecah...

Amik sedikit sardin, letak atas roti yg telah di canaikan tadi dan gulung rapat2.
sapukan sedikit telur sebagai gam dihujung gulungan.
kaktonbuat 2 version...
1. kakton letak sardin bersama 2@3 hiris cili padi dalam gulungan roti tu...
2. Letak inti sardin je...untuk anak2 yg tak makan pedas...

Sardin roll ni sedap dimakan masa panas2...esp bila tergigit cili padi tu..
Perghhhhh!!! berpeluh, boleh meleleh air mata...
pastu minum pulak kopi/teh panas...lagi terangkat!!!!
hehehehe

Wednesday, May 27, 2009

Pajeri Nenas dan karipap sardin

Lunch semalam, masak pajeri nenas....
makan dengan ikan goreng dan sambal belacan...
Kena pulak nasi panas2 dan perut tengah lapar...
kejap je habis nasi sepinggan...
tambah nasi??? Ops!!! tak boleh....
pantang larang tu!!!



Petang nya pulak, buat karipap inti sardin...
Buat karipap biasa je...malas betul nak buat karipap pusing...
Resepi pun, main hentam saja la labu!!!
Gaul tepung dengan sedikit minyak panas....
pastu, tambah air sikit2..uli sampai doh tak melekat...
ermmm...letak garam sikit dalam air tu...
Doh kakton macam terlembik sikit la...
so dia punya kelim tu tak cantik...









Tuesday, May 26, 2009

keledek goreng cicah sambal kicap

Dalam kebuntuan idea nak masak apa untuk minum petang...
Tghhari semalam, masa singgah kedai runcit, nak beli roti...
Nampak ada ubi keledek ...
Datang pulak idea, nak buat keledek goreng, anak2 dan Abg Megat suka keledek goreng ni...
Makan ngan sambal kicap...
laku!!!!

***petua
1. Masukkan segenggam kelapa parut kedalam bancuhan tepung gorengan untuk mendapatkan gorengan yg rangup dan lemak2 sikit...
2. Seperti biasa, bancuhan tepung kena la letak sedikit air kapur sirih tu...dalam 1/4 sudu kecil kapur yg dibancuh dgn air...

Resepi sambal kicap tu Kak Ton main belasah je...
Ingat2 lupa resepi yg pernah Ex-maid Kak Ton buat dolu2...

bahan2
1. 5 biji bili padi (kalau nak pedas, boleh tambah)
2. 3 ulas bawang merah (kton guna bawang besar 1/2 sebab bawang merah dah habis pulak....)
3. 1/2 sudu teh gula
4. 5 sudu kicap pekat manis cap kipas udang

Cara2
1. blend cili padi dan bawang
2. gaulkan dengan gula dan kicap
3. tambah sedikit air (3 sudu)

Saturday, May 23, 2009

Vadei atau Masalodeh

Hidangan minum petang semalam...
Resepi ada kat sini

Thursday, May 14, 2009

cucur udang

Menu untuk tea petang semalam....
cucur udang versi utara...
makan ngan kuah kacang.
Resepi dah ada kat page lain.
kat sini

Thursday, May 7, 2009

Kuih Lopes

Hari ni buat lopes untuk minum petang...
tapi disebabkan takde daun pisang...
Kak ton kukus je dalam remekin...
Kurang padat la nak banding dengan balut daun pisang dan rebus...
Apa2 pun asalkan rasa lopes ok la...
Kiranya hari ni masak 2 in 1

1. Blend daun pandan, separuh untuk cendol, separuh untuk lopes
2. Dari sebiji kelapa parut....amik sikit untuk buat makan ngan lopes
pastu...perah baki kelapa tu untuk dapatkan santan pekat...untuk makan ngan cendol.
Perahan yg ketiga, simpan untuk masak lopes...
3. Air gula pulak...masak sekali untuk makan ngan cendol dan lopes...

Mudah kan...



pulut ditekan2 dlm remekin dan dikukus semula...


Resepi Kuih Lopes ni amik dari My Resipi
tuan punya resepi...Puan Tulip yang nun jauh di Pakistan, baru dapat baby dan tengah sibuk pindah kerumah baru...heheh..TQ for the resipi Tulip....