Rumah Ku Syurga Ku

Sunday, October 26, 2008

Sultanah Asma old girls re-union (SPM 1984)


Re-union...Ex SAS
13 org ja..tapi riuh-rendah...
Lepak kat Al Marjan...Restoren Arab kat 4th Floor, KLCC
The best moment ever....
Shima, Suriana, Aziah, Liza Sharif, Najwa, Cik Za, Noraida, Kak Yah, Suzanna, Kak Da dan Alina Masni...

Asam Pedas Ikan Keli Dan Ikan Keli goreng

Tghhari dah makan nasi kenduri...
So malam ni makan asam pedas pulak...
1st time masak asam pedas ikan keli ni...



Pastu ikan keli goreng ....


Licin semuanya....

Kuah Rojak

Resepi ni direct dari Biras....
Kak ton belum try lagi...
Kakton pun tak tau kat mana nak cari taucu manis/pedas tu...
Lepas tu, 1 tin otak udang tu camne...
ish2!!!!!
Kena try and error la nampaknya...

Kuah rojak

Bahan2:

1. 1 kilo taucu manis
2. 4 sudu taucu pedas
3. 5 senduk gula
4. 1 tin otak udang
5. sedikit belacan
6. 1 botol kicap pekat
7. RM2 bijan
8. Sedikit asam jawa
9. 4 sudu tepung jagung

Cara2nya:

1. Campur semua di atas dan masak (kecuali bijan)
2. Goreng bijan (tanpa minyak)
3. Setelah mendidih taruh bijan
4. Kemudian tepung jagung (4 sudu dicampur air) untuk pekatkan

Saturday, October 25, 2008

Roti Jala, Kari Ayam

Semalam punya kari ayam ada lagi...
So hari ni petang menunya roti jala...
Tak kisah la tak cantik sangat jala tu asalkan jadi jala...
heheh
Jala koyak pun boleh makan kan????


Thursday, October 23, 2008

Pisang Goreng dan Rojak Buah...

menu petang tadi.....
Pisang Abu Goreng


Dah pegi pasar pagi tadi, beli la nenas, mangga dan sengkuang untuk buat rojak ni...
Kuah dah ada...SIL kasi...Dia buat sendri tau...
erm...sedap....


Kari Ayam, Ayam Goreng...

Malam tadi buat mee goreng je...
Dah tak tau nak masak apa sebenarnya...
So hari ni, pagi2 dah pergi pasar...
beli ayam...
Nampak ikan keli organik...beli 1 kg rm6...
Simpan je, tak tahu lagi nak masak apa dan bila...
Pastu beli sayur2 sikit, dan ulam kacang botor...
Pastu beli pisang Abu...plan nak buat pisang goreng petang ni...insyaallah

Dah siap menu untuk hari ni...
1. Kari Ayam + kentang + tomato + daun ketumbar (ditabur)
2. Ayam goreng + daun kari + bawang besar potong bulat + halia hiris nipis + cili merah potong + daun ketumbar (ditabur)
3. Sambal belacan
4. ulam kacang botor

Kelam kabut gak la sebab Imran dan Icad nak sekolah, so kena makan cepat...
Alhamdulillah sempat gak Imran makan tapi...Irsyad tak nak makan, dah kenyang bfast 1 keping roti boom, dan 1 keping roti canai (beli kat pasar tadi)

Wednesday, October 22, 2008

Sambal terung + ikan bilis

Dah byk hari tak masuk entry...
hari ni masak sambal terung ngan ikan bilis...
simple je...
layan je la...


Saturday, October 18, 2008

Cheese Cake

Jadi gak cheese cake Kak Ton...
Hari ni ada byk pen house...so tak yah masak...
Ada la masa nak buat American Cheese Cake ni...
Yg pentingnya dipotong pakai loyang cutter....
Thank you so much to Bee sebab bagi Loyang bercutter tu pada kak ton...
Thank to Lily and Yani for the tips untuk pakai loyang ni untuk mendapatkan cheese cake yg cantik berpotong...



Kek yg dah masak dan ditetak loyang cutter...
Pastu di sejukkan dlm peti ais.


Adunan cheese cake yg belum dibakar...


Resepi American Cheese cake

Untuk Base

1. Hancurkan 30 hingga 40 keping biskut marie.
***Ikut ketebalan base yg dikehendaki...
2. gaulkan dengan butter hingga jadi seperti adunan biskut...
***Kak ton pakai 250g butter untuk 40 keping biskut marie
3. Tekan2kan biskut yg dicampur butter tadi kedalam acuan hingga padat.
4. Bekukan selama 30 minit atau 1 jam...

Bahan2 A
1. 450g cream cheese
2. 100g gula castor (Kalau base dah manis, boleh kurangkan sedikit gula)
3. 2 1/2 biji kuning telur
4. 200ml whipping cream(unsweetened)
5. 60g tepung gandum
6. 20g tepung jagung
7. 1 sudu kecil lemon paste
8. 1 sudu teh esen vanila

Bahan2 B
1. 2 1/2 biji telur putih
2. 40g gula castor

Cara2 (B)
1. Putar putih telur hingga kembang
2. Masukkan gula castor
3. Putar lagi sampai gebu dan ringan (merinque)
4. Ketepikan

Cara2 (A)
1. Putar cream cheese, esen vanila dan lemon aste hingga lembut (tak berketul)
***Keluarkan cream cheese pada suhu bilik (dalam lebihkurang 1 jam)
***jangan putar terlalu lama, creamcheese akan jadi cair)
2. masukkan kuning telor, putar lagi.
3. Masukkan whipping cream, putar lagi.
4. masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau sebati cara kaup balik.

Cara2 (A+B)
1. Campurkan B kedalam A.
2. Kacau cara kaup balik (perlahan2)
3. Untuk membuat lorekan atas kek tu...Ambil 2 sudu dari adunan dan campurkan dengan 1 sudu teh choc emulco. Kacau sebati dlm mangkuk lain.
4. Masukkan adunan yg dicampur choc emulco kedalam piping beg. Gunting sedikit hujung piping beg untuk mendapatkan garis yg halus.
5. Tuang adunan cheese cake dalam acuan yg dah diletakkan Base tadi...
6. Lorekkan adunan dgn piping beg tadi diatas adunan kek. Untuk mendapatkan corak batik tu...gunakan lidi dan lorekkan mengikut creativity.
7. Bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit atau sehingga masak (ikut oven masing2) menggunakan kaedah ban marie. Jangan lupa panaskan oven dulu macam biasa...
8. Jika ingin memotong menggunakan loyang cutter. Keluarkan kek dari oven dan biarkan dalam 30 minit, baru la diletakkan loyang cutter. Jika tidak potongan akan jadi comot.
9. Bila kek dah betul2 sejuk, baru lah masukkan kek ke dlm peti sejuk (bersama cutter).
10. Setelah kek betul2 sejuk (selepas 1-2 jam, lebih lama pun tak ape), baru la boleh dikeluarkan cutter.
11. Sedia dihidangkan

Friday, October 17, 2008

Gift dari seseorang

Ada kawan bagi loyang bercutter saiz kecik...
Boleh masuk MW...
Terima kasih banyak2...
Allah je balas budi...
Bila pulak nak pecahkan dara ni...
Tunggu!!!!!


Hari ke 6 puasa 6...

Lupa pulak nak masukkan entry semalam...
berbuka hari terakhir puasa 6
Alhamdulillah...cukup juga puasa 6 tahun ni...

Menu :
kari ikan senangin
Kembong masak taucu
Sambal tumis sotong
Ikan senangin goreng
sambal belacan

Bee dan Kak Ina datang rumah...

Buat Mee/kueyteow kari udang.....


Letak fisgball dan taufu


Buat puding karamel sebagai pencuci mulut...


Makan sambil borak2...
Seronok dapat jumpa member MyR...
Rupa2 nya Bee ni anak kena mengena dengan Mak Su Kak Ton...
Mak su ni kiranya 2 sepupu la dgn Ayah Bee ni...
Mak Su ni isteri Pak Su Kak ton (adik bongsu arwah abah)
kisahnya....


Wednesday, October 15, 2008

Gift husband dapat untuk hari Raya

Sebenarnya dah dapat sebelum raya, tapi Abang Megat lupa bawa balik...
Semalam baru dia bawa balik...

Kotak Mengkuang



Ada 4 bungkusan dalam kotak tu...



Ni ha..benda2 nye
Tapi tak tau la apa rasanya..belum rasa lagi...
Insyaallah, mlm nanti lepas berbuka, boleh la rasa...

Yg color tu macam candy;yg bungkus dlm plastik tu dodol;kurma;Biskut London almond tp almond kat luar...;

Monday, October 13, 2008

wallpaper

Baru pasang wall paper petang tadi...
Sebenarnya nak pasang sebelum raya..
Tapi tak sempat...lambat sangat pergi kedai..so schedule wallpaper installer tu dah full...
Bila dah siap pasang..rasa macam serabut la pulak...
Ish!!!! Nak buat camne....

Sebelum

Selepas
Sebenarnya corak wallpaper kat dining tu camni...dari dekat...


Untuk Living , letak warna putih, ada bunga2 putih gak...
Tak nampak sangat....

Sebelum

Selepas

Kek Coklat

Sebenarnya dah lama buat kek ni...
Hari Isnin minggu lepas... 8/10...
Jiran2 datang beraya...
Guna resepi Nor Myresipi tapi tak kukus...Bakar kat MW je...
Untuk hiasan
siram dgn coklat (cairkan dgn whip cream)
Tabur coklat rice...
Tabur almond flakes yg telah dipanggang (balace guna untuk buat cornflakes madu)
tgh2 letak cerry yg dah potong...(balance pakai buat biskut bunga cina...)
Letak gula bentuk love tu...(balance buat biskut strawberry heart)

Sebab ada lagi lebihan coklat cair tu...
lorek2kan je atas almond tu...
last sekali...tabur gak sikit colouring sugar... (balance uat biskut green lace...)


Saturday, October 11, 2008

gambar2 Zie dan Ana datang beraya...

Ana, Zie..terima kasih kerana sudi datang rumah kakton...
Walaupun bersusah payah...tanya arah jalan...
Ana sampai pukul 5 ptg...
Zie sampai pukul 7 malam...
Sporting betul Husband Ana, tunggu juga sampai Zie datang sebab Ana nak jumpa Zie...
Terima kasih Wahid...



popia simpul, kacang botak dan biskut2 yg masih ada...



Buah2an dan kek (kek beli je sebab tak sempat nak buat)


Ayam goreng...


Spaghetti bolognese...


Nasi beriyani daging...


dan acar timun...lupa nak amik gambar da....
harap2 Zie dan Ana tak serik nak datang lagi umah kak ton...

Thursday, October 9, 2008

Gambar2 Raya...

Kakton ngan Abang Megat


Imran, Irsyad dan Iqbal...


Nadiah...dekat rumah Mak Tam (adik arwah abah)


Sedih...Salam dengan Mak...

Sebelah MIL..di IPOH...
Beraya dirumah kakak ipar...



Ketupat Palas

Ini kak ton tunjuk cara2 nak buat ketupat palas...

resepi ketupat palas...
bahan2
1. 1 kg beras pulut
2. 1 biji kelapa diambil santan
3. 2 helai daun pandan (untuk bagi wangi je)

Cara2
1. Masak beras pulut dengan santan.
2. Santan hendaklah sekadar menutup beras sahaja...
3. Masukkan daun pandan yg disimpul...
4. Masak pulut atas api sederhana...sehinggga santan kering (pulut 1/4 masak je). Hendak lah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak.
5. Bolehlah dibalut menggunakan daun palas...

Mula2 bentukkan daun palas macam kun, pastu masukkan beras pulut 1/4 masak tadi...
Tekan2 supaya padat...



Balut seperti cara2 dibawah







Simpul hujung daun supaya tka masuk air bila direbus nanti...


Ketupat yg sudah siap di simpul...
Potong lebihan daun sebelum merebus...


Rebus selama 2@3 jam...

Juadah Hari Raya 1 Syawal 1429

Tak sempat nak snap gambar...
1. ketupat palas (kakton masak)
2. nasi himpit (kakton masak)
3. sambal daging (kakak masak)
4. ayam tomato (kakton masak)
5. Kuah kacang (kakton masak)
Tak de mood nak masak makanan lain bila tengok keadaan mak yg uzur...

30th Ramadan 1429

Hari ni busy sediakan menu untuk Hari Raya...
Tak de extra menu untuk hari raya ni...
ketupat ngan nasi himpit makan dgn kuah kacang, ayam masak tomato dan sambal daging

Kakak yg masak untuk berbuka semua sebab kakton dari pagi dok buat ketupat palas...
menu :
1. ayam masak kicap
2. sambal tumis udang
3. sayur tumis air kubis
kuih tak de..makan ketupat je...

Ni le keadaan mak...sejak 2 minggu lepas...


Makan pun sambil mata terpejam...
Macam tak seronok nak raya...
Buat ala kadar je...