Alfatihah untuk Arwah adik, semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman.
Kak Ton nak cerita sikit kat sini sebagai kenangan.
Allahyarham adik nama Mohd Sharif. Adik bongsu dari kami 10 beradik. Umur belum masuk 37 tahun, besday bulan Nov. Seorang guru dan aktif sukan.
Arwah rapat sengan semua orang kerana sikap beliau yg sentiasa 'cool' dan suka buat lawak.
Arwah juga disayangi oleh anak2 murid, walaupun arwah merupakan guru disiplin di sekolah.
Arwah mengajar murid tahun 1 kelas pemulihan.
Sebagai Pak Su, arwah juga rapat dengan anak2 saudara. Arwah ni memang baru start ada high blood pressure...Tapi belum lagi on medication...Dan dia juga seorang perokok sejak lepas sekolah menengah lagi.
Arwah meninggalkan seorang isteri, Sanisah, juga seorang guru berumur 33 tahun dan 5 orang anak lelaki...
1st...10 tahun Mohd Syazwan
2nd...8 tahun Mohd Aiman
3rd...5 tahun Mohd Farhan
4th...3 tahun Mohd Izham
5th....1 tahun (esok genap setahun) Mohd Haziq
Sedikit rentetan kematian arwah...
Pagi Selasa 21 April 2009...
Arwah seperti biasa hantar isteri dia ke sekolah...sebab arwah mengajar sebelah petang...Selalunya dia akan hantar anak2 yg sekolah ke sekolah dan tinggalkan 2 org yg belum sekolah tu dirumah mak mertua arwah.
Kebetulan, anak2 semuanya kurang sihat, jadi semua dihantar kerumah nenek.
Sebelum hantar anak, arwah belikan nasi lemak untuk sarapan anak2...
Di rumah mertua, arwah bagitau mertua, dia rasa sakit kepala sangat...dan minta mertua rebuskan air daun mengkudu...
Mertua pun bergegas ambik daun mengkudu dan rebus...
Bila dia kedepan semula, dia nampak arwah dah tecungap-cungap dan berbuih mulut.
Mertua suruh arwah mengucap dan panggil anak2 suruh kipaskan arwah ayah mereka sementara mertua telefon isteri arwah kat sekolah dan bergegas ke madrasah didepan rumah minta tolong.
Kebetulan sebelah rumah mertua tu ada pelajar2 tabliq tinggal.
Kemudian, dengan pertolongan pelajar2 tabliq itu, arwah dibawa ke klinik berhampiran...
Isteri arwah, bergegas ke klinik tersebut dan seterusnya sama2 menaiki ambulan ke hospital taiping. Selesai urusan di Hospital Taiping dan dimasukkan ke ward dalam pulul 11 pagi.
Sepanjang di ward, tekanan darah masih lagi tinggi dan arwah memang mengguna kan bantuan pernafasan sejak dari klinik lagi.
Pada pukul 12tghmalam, Kak ton yang nampak perubahan pada arwah kerana tiba2 nampak kesan lebam pada lengan dan kuku menjadi biru...
Oleh kerana beliau bernafas menggunakan ventilator, keadaan beliau seperti bernafas.
Dlm keadaam kelamkabut itu, kakak kak Ton memeriksa nadi dan didapati nadi sudah tiada dan terus panggilkan nurse.....dan Doktor bertugas yg memang sedang membuat lawatan routine pemeriksaan.
Setelah 3 kali percubaan menghidupkan jantung yang dah berhenti, tetapi gagal, arwah disahkan meninggal dalam pukul 12.15 am, 22 April 2009.
INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN......
Alhamdulillah segala urusan selesai dengan begitu pantas dan tenang...
Pada pukul 2.15 pagi, 22 April 2009, jenazah dibawa menaiki kereta jenazah ke Kampung Tebuk, Terong, Taiping Perak.
Arwah disemadikan dikampung isteri arwah, dimana arwah juga memang telah membeli rumah dan menetap di kawasan perumahan berhanpiran, Taman Trong Indah.
Jenazah dimandi, dikafan dan disolatkan pada pukul 11 pagi.
Upacara pengebumian dalam sekitar kam 12 tghhari.
Segala urusan begitu lancar dan tenang
sebagaimana diberitahu oleh isteri arwah, arwah selalu berkata, kalau dia mati, dia tak nak sakit lama2 dan tak nak susahkan orang lain. Itulah permintaan arwah dengan Allah...
Sebab itu lah agaknya semuanya berjalan begitu pantas dan tenang...terasa bagai mimpi.
Arwah memang dalam keadaan tak sedarkan diri sehingga beliau meninggal.
Menurut Doktor, Blood pressure terlampau tinggi...200+.
Ini menyebabkan salurdarah utama ditengah2 antara otak kanan dan kiri pecah dan berlaku pendarahan. Menurut Dr jika pendarahan di sebelah tepi otak, Dr boleh operate...Tapi kalau ditegah2, memang tak boleh buat apa2..
Pendarahan juga berlaku di abdomen (dlm perut), dimana Dr sedut dan keluarkan darah tersebut ikut hidung.
Menurut Dr juga, kalau arwah recover pun...arwah akan lumpuh seluruh anggota...dan memory lost.
Kami semua redha atas pemergian arwah.Tiada siapa menyangka adik bongsu yg pergi dulu.
Kalau la mak kakton tidak nyanyuk...sudah tentu dia merupakan org yg paling sedih dan terkilan...anak bongsu kesayangan pergi dulu tinggalkan dia...
Sesiapa pun akan mengalirkan air mata bila melihat seorang demi seorang anak2 yang masih kecil itu mencium ayah sebelum kain kafan bahagain muka ditutup.
Dan siapa yg tidak sedih bila anak2 kecil itu duduk sederet disebelah ibu mereka di tepi kubur semasa arwah ayah mereka dikebumikan...
Tetapi anak2 itu seperti kebingungan, tidak tahu apa yg berlaku terutama yg berumur 5, 3 dan 1 tahun itu.
Semasa mereka menziarah arwah ayah mereka di hospital, pada petang Selasa...
Mereka terkejut melihat wayar berselirat di tangan, hidung dan mulut arwah ayah mereka.
Bila jenazah ayah dibawa pulang kerumah, mereka bertanya, "Ayah dah baik ke?" "Ayah dah tak sakit". Ini ialah kerana mereka melihat Arwah ayah mereka seperti tidur dalam tersenyum. Sudah tidak ada wayar/tiub berselirat di badan ayah...itulah pandangan anak kecil yg masih belum tahu soal kematian.
Memang arwah seperti tersenyum. Senyuman itu bukan sahaja kelihatan dimulut tetapi juga dimata.
Semua yang melawat jenazah juga melihat begitu.
Hanya ALLAH yg tahu.
SEMOGA ALLAH AMPUNKAN SEGALA DOSA MOHD SHARIF BIN SARIPAH,
SEMOGA ROH MOHD SHARIF BIN SARIPAH DITEMPATKAN BERSAMA ROH ORANG2 YANG BERIMAN.
INNALILLAHHIWAINNAILAIHIROJIUN
ALFATIHAH