Rumah Ku Syurga Ku

Showing posts with label Hari Raya 1429 Preparation. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya 1429 Preparation. Show all posts

Thursday, October 9, 2008

Ketupat Palas

Ini kak ton tunjuk cara2 nak buat ketupat palas...

resepi ketupat palas...
bahan2
1. 1 kg beras pulut
2. 1 biji kelapa diambil santan
3. 2 helai daun pandan (untuk bagi wangi je)

Cara2
1. Masak beras pulut dengan santan.
2. Santan hendaklah sekadar menutup beras sahaja...
3. Masukkan daun pandan yg disimpul...
4. Masak pulut atas api sederhana...sehinggga santan kering (pulut 1/4 masak je). Hendak lah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak.
5. Bolehlah dibalut menggunakan daun palas...

Mula2 bentukkan daun palas macam kun, pastu masukkan beras pulut 1/4 masak tadi...
Tekan2 supaya padat...



Balut seperti cara2 dibawah







Simpul hujung daun supaya tka masuk air bila direbus nanti...


Ketupat yg sudah siap di simpul...
Potong lebihan daun sebelum merebus...


Rebus selama 2@3 jam...

Saturday, September 27, 2008

Balik Kampung

Insyaallah... kejap lagi nak bertolak ke Kedah...
Semoga Allah memelihara kami dan semua umat Islam sepanjang perjalanan balik kampung ni...
Beg semua dah siap..tunggu nak load dlm kereta je...
Harap2 tak ada yang tertinggal...
Subhanallazi sakhrorolana haza wama kunna lahu muqrinin
Wainnaila rabbina lamun qolibuuun...
AMIIIIIIIN!!!!!!

Bunga....

Tadi pergi hantar kucing kat veteriner centre...
Pastu pegi Ampang point... beli telekung untuk kakak.
Dia pesan nak yg japanese cotton..
nasib baik ada, itu pun last piece...
Lalu kat Cute living, teringat pula nak beli bunga rose putih
Ada pulak sebagaimana di hajati...
rm33.90 sejambak...
Beli 2 jambak...1 putih, 1 pink...

Cantik tak????


Friday, September 26, 2008

cornflakes madu

Dah beli camera baru...
heheh...
Ni gambar cornflakes madu yg dah di sealed.


Buat cornflakes madu...
sorry le takde gambar...
imagine je le ye...

resepi cornflakes madu

bahan2
1. 50g mentega
2. 2 sudu besar gula pasir
3. 2 sudu besar madu
4. 200g conflakes
5. 30g almond flakes

cara2
1. Cairkan mentega dalam kuali (api sederhana)
2. Masukkan gula dan madu. Kacau sekejap...jangan sampai hangus ye...
3. Masukkan cornflakes (kecikkan sikit api masa ni...). Kacau rata.
4. Masukkan almond flakes..kacau rata lagi...
5. Tutup api.
6. Scoopkan adunan tadi kedalam paper cup. Kena cepat2, kalau tak nanti adunan akan jadi keras. Kalau dah terkeras, masak lagi sekejap. Jangan sampai hangus.
7. Hiaskan dengan taburan colouring rice.
8. Susun cornflakes yg telah diletakkan dlm papercup diatas baking tray.
9. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 5-7 minit...
10. Sejukkan dan dan susun dalam bekas kedap udara...

Wednesday, September 24, 2008

putu kacang

Buat putu kacang...
teringin nak makan..
beli takut tak sedap...
pakai tepung kacang hijau brand alagapas...
kat plastik tu tulis, kacang tu dah di buang kulit, panggang dan blend...
ok gak la rasa dia...
Tapi tak macam yg kita buat sendiri la...
dulu2 selalu tolong mak...
panggang kacang, buang kulit...
blend dan ayak jadi tepung...


Resepi putu kacang
bahan2
500g tepung kacang hijau
500g gula di mesin halus
sedikit air untuk lembabkan tepung supaya senang di terap
cara2
1. gaul tepung dan gula.
2. percikkan sedikit air hingga tepung dapt di tera. Jgn terlapau lembab, nanti putu akan jadi liat.
3. perap adunan dlm 1/2 jam
4. Tekan dlm acuan putu kacang. Ketuk sedikit tp perlahan je, untuk keluarkan putu kacang.
5. Bila dah siap, jemur sekejap atau panaskan oven pada 100 darjah selama 10 minit. offkan oven. masukkan putu kacang kedalm oven dan tutup pintu oven. Biarkan hingga oven sejuk..dlm 1/2 jam.
6. susun dlm bekas kedap udara.

Sunday, September 21, 2008

Curtain & Cushion cover & table runner raya...

Hari ni projek pasang rod langsir baru dan seterusnya pasang langsir serta sarung kusyen baru...
jom layan.......

sebelum...

selepas...
table runner...dari dekat...
sama corak dengan sarung kusyen dan table runner untuk coffee table...


Sebelum
selepas.....

Nampak macam dull je la pulak... sebab tak de kale terang...
tak pe le...nyaman sikit mata nak tengok...heheh

Saturday, September 20, 2008

Kacang salut tepung

Kacang salut tepung atau kacang botak (resepi iza)
Tapi kak ton tak letak serbuk kari...
Budak2 tak nak rasa kari...
Serbuk cili pulak tinggal sikit je...
So kurang pedas la...
Kacang ada 1 kg lagi, insyaallah, next version, nak buat pedas pulak...

Add Image

Friday, September 19, 2008

Choc cips cookies version coklat

Malam tadi lepas terawih, buat choc cips version coklat pulak...
Substitute tepung gandum dengan serbuk koko...
pukul 12tghmalam baru siap...



Resepi sama macam choc cips cookies biasa tu...

Choc cips cookies versi coklat
Bahan2
1. 1 1/2 cawan tepung rose/gandum pun boleh
2. 1/2 cawan serbok koko
3. 1 cawan mentega
4. 1 cawan gula kastor
5. 1 cawan gula perang
6. 2 1/2 cawan oats yg telah di blend
7. 1 1/2 cawan chopped nuts (kak ton pakai almond nibs + walnut yg dicincang; panggang/sangai kejap...)
8. 350g choc cips (kes tak cukup choc cips coklat, kakton campur dengan white choc cips)
9. 2 biji telur
10. 1 sudu teh soda bikarbonat
11. 1 sudu teh baking powder
12. 1 sudu teh esen vanila
13. 1 sudu teh choc emulco, nak bagi up colour coklat tu sikit...

***Oleh kerana kak ton pakai white choc cips, kak ton kurangkan gula castor jadi 3/4 cawan je dan gula perang pun jadi 3/4 cawan... White choc cips kan ke manis, so takut manis sangat pulak... bila dah siap dan makan, rasanya memang jest nice!!!!

Cara2
1. Pukul butter dan gula kastor dan perang hingga gebu, masukkan esen vanila dan choc emulco
2. Masuk kan telur 1 by 1; pukul lagi
3. gaul dgn spatula/tangan; tepung, nuts dan choc cips
4. Scoopkan dgn sudu atau pakai tangan je kedlm loyang pembakar yg telah digris...jarakkan sikit, takut nanti kembang dan melekat...
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit... (bergantung pada saiz cookies dan oven masing2).
6. Kalau kurang masak, tambahkan masa...kena try and error la...
7. Selamat mencuba

Tuesday, September 16, 2008

Biskut bunga cina

hari ni, 23hb Sept... buat lagi sekali biskut bunga cina...
2 1/2 adunan...
mula2 tekan pakai tombol tu...
dah sakit tapak tangan...
tekan dengan jadi pulak, tak pakai tombol dah...
sakit jari pulak...
jenuh gak la nak siapkan...
Tapi alhamdulillah..siap gak la...
Buat untuk adik sekali, dia minta tolong buat...
Dia minta 100 pieces tapi buatkan dlm 60 pieces je...


Akhirnya jadi jugak buat biskut bunga Cina resepi Nor kat Myr
Terima kasih byk untuk nor...
saya letak color kuning sikit, sebab tak nak putih sangat...
Sedap melt dalam mulut...
Tapi bab nak tekan tu yg payah sikit...
walaupun rasanya dah lembut adunan tu...
Sepatutnya kena tekan dgn thumb..
Tapi klu pakai thumb, tak keluar la tepung tu...tak kuat la...
So kak ton tekan pakai palm...
jadi ada macam kesam lebam la kat palm tu...
Tapi disebabkan anak2 suka... buat juga le...
Nasib baik buat 1 adunan je...
Nanti esok2 buat lagi...

Saturday, September 13, 2008

Choc cips cookies

Buat Choc cips, start lepas zohor...
Stop untuk masak lauk berbuka pukul 5.30pm.
Lepas terawih, sambung balik... Sekarang dah siap dah...10.30 malam



Ni resepi dapat dari kawan..katanya resepi famous amos..
tak tau la betul ke tidak...
Tapi kak ton dah modified sikit...

Choc cips cookies

Bahan2
1. 2 cawan tepung rose/gandum pun boleh
2. 1 cawan mentega
3. 1 cawan gula kastor
4. 1 cawan gula perang
5. 2 1/2 cawan oats yg telah di blend
6. 1 1/2 cawan chopped nuts (kak ton pakai almond nibs + walnut yg dicincang; panggang/sangai kejap...)
7. 350g choc cips
8. 2 biji telur
9. 1 sudu teh soda bikarbonat
10. 1 sudu teh baking powder
11. 1 sudu teh esen vanila

Cara2
1. Pukul butter dan gula kastor dan perang hingga gebu, masukkan esen vanila
2. Masuk kan telur 1 by 1; pukul lagi
3. gaul dgn spatula/tangan; tepung, nuts dan choc cips
4. Scoopkan dgn sudu atau pakai tangan je kedlm loyang pembakar yg telah digris...jarakkan sikit, takut nanti kembang dan melekat...
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit... (bergantung pada saiz cookies dan oven masing2).
6. Kalau kurang masak, tambahkan masa...kena try and error la...
7. Selamat mencuba

Friday, September 12, 2008

Almond sweeties

tadaaaaa!!!!
ni gambar almond sweeties versi bulat2 kena tukar nama jadi almond ball la pulak kut????



25th Ramadan 1429

Buat almond sweeties lagi.. versi bulat2 pulak... Tapi tak de gambar le... Kalau camera dah ok nanti, boleh amik gambar semula...


Ni la almond sweeties...
Resepi amik dari Bloq maklang...
Macam london almond tapi kat dalam dia tak de almond sebiji
Cuma letak serbuk almond dalam adunan tepung dia...
Anak2 kak ton ni pelik sikit...kalau makan london almond, depa pakat dok buang almond tu...
Tapi kalau makan coklat van houten/cadbury yg ada berbagai jenis kacang tu, ok pulak...



Ini rupe cookies ni sebelum dicelup cooking chocolate dan dilorek ngan white chocolate



Disertakan resepi yg diambik dari dapur maklang...

Biskut Almond Sweeties
Bahan 250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm tepung jagung ]

Hiasan
paper cup
coklat putih
coklat cooking

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku.
9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati.
11. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Wednesday, September 10, 2008

Baju ibu dan ayah...

Abang Megat kata tak nak tempah baju melayu, nak pakai baju last year je...Tapi masa pi beli baju Melayu Imran Kat Wisma yakin hari tu, dia berkenan pulak nak beli baju melayu putih, tanpa seluar, pakai ngan kain pelikat je...Jadi last week kakton pun pi la cari baju putih nak matchkan dgn hb...Kain batik tu, dah lama org kasi, tengok2 match pulak ngan kain pelikat hb...kebetulan. Tapi kain batik panjang...tak tau camna nak pakai...Klu sempat nak suruh kakak jahitkan je, kat umah mak nanti..insyaallah



Ni handbag ngan kasut...Bukan beli khas untuk raya pun, dah pakai dah...Handbag beli kat robinson, masa shoppping raya hari tu...sebab nak matchkan dgn sandal putih tu....sandal tu dah lama beli kat Jakarta...Insyaallah, akan dipakai dihari raya sebab nak sedondon ngan baju raya...


Friday, September 5, 2008

Testing buat cookies Green Lace dan Strawberry Heart cookies

Hari ni nak buka puasa kat DePalma hotel sempena besday abang ke 14...
Dah besar anak ibu... Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna untuk agama, bangsa dan negara... Amin...

Oleh kerana tak payah masak, so try buat cookies resepi dari blog maklang...
Buat satu adunan je... Ni la hasilnya...
Belum tahu lagi rasa macammana...

Strawberry Heart cookies


Resepi cedok dari dapur mak lang ni...

Strawberry Heart Cookies

Ingredients:
130 gm. Butter
70 gm. sugar
1/2 beaten egg
1 tsp. strawberry paste
a drop of pink colouring
50 gm. almond nibs or flakes - toasted (jgn letak byk nanti susah nak terap, kurangkan skit pun tak per)
180 gm. plain flour
40 gm. cornflour

Method:
(1) Cream butter and sugar till creamy.
(2) Add in beaten egg and mix till well mixed.
(3) Add in strawberry paste and pink colouring.
(4) Add in almond nibs, plain flour and corn flour and mix till a dough is formed. Rest for 20 mins. in the fridge.
(5) Roll our dough between 2 sheets of plastic. Cut out with a heart shaped cookie cutter then use a small heart shaped cookie cutter to cut out the center part.
(6) Place onto baking tray and bake at 160C for about 15 - 20 mins. or until golden brown. Leave onto wire rack to cool before storing into containers.
Nota maklang : kalau lembik, tambahkan tepung jagung jer...

**** anak2 kurang gemar sebab rasa strawberry tu...
Jadi kalau rasa2 tak suka rasa strawberry, mungkin boleh letak perasa lain kut...

Green Lace



Juga dari blog mak lang

Green Lace

Bhn A
120 gram butter
20 gram shortening
80 gram gula kastor
1 sudu the perasa pandan

Bhn B
140 gram tepung gandum
30 gram tepung arrowroot (tepung sagu)
¼ sudu teh baking powder
¼ sudu teh garam
30 gram serbuk biskut marie (putih)
20 gram serbuk hazelnut/gajus (mklang guna hazelnut)

Cara
1. sebatikan semua bahan A
2. masukkan bahan B dan adun sehingga menjadi dough yg lembut
3. canai, terap dan bakar
4. keluarkan dari oven dan hiaskan

*** cookies ni kak ton recommend...kalau nak buat...sedap...

Monday, September 1, 2008

baju raya...

Sessi try baju raya..
tahun ni tak ada color theme...
Icad nak warna biru...
Iqbal, kakak Nadia yg pilihkan...
Imran, nak kale purple-pink...







Sunday, August 31, 2008

Shopping untuk raya makeover...

Sabtu dan Ahad...keluar shopping

Tujuan utama nak beli curtains, cushion cover, vase dan bunga untuk letak on the floor kat living dan untuk atas meja makan...
Sambil2 tu... biasa la kan ada benda2 lain yg terbeli...

Ini Tray, plan untuk jadi tempat letak sudu beli kat romantika...
harga dia rm15



Lepas tu pegi K&K Home Deco...
Jumpa pulak bekas ni, beli lagi satu...rm17.90





Jug ni jumpa kat Romantika gak..rm 29 satu.
Memang cari jug putih, nak matchkan dgn set pinggan.mangkuk putih yg baru beli kat kedai seramik...





Ini curtains dan cushion cover, beli kat UFO, Ampang point...
Yang dlm plastik tu, curtains, 1 piece 169.90...beli 2 pieces.
Yg satu lagi tu, cushion cover.
Table runner pun beli gak, sama ngan cushion cover tu...



Vase dan ranting putih tu baru beli...
Vase yg lama tu pecah...Chinese man yg datang betulkan TV plasmatu, terlanggar, pecah...
Jadi kena la beli baru (alasan... kehkehkeh)
Jadi, tambah je ranting putih tu nak padankan dgn vase putih...
vase tu rm69 dan ranting putih tu sepaket rm12 so beli dua paket...



Ini pulak, kes abg megat berkenan ke vase tu...beli kat romantika gak...rm19 kut...
Jadi pindahkan la bunga dari vase lama ke vase baru...


Atas meja makan...
plan awal nak beli bunga...
Tapi tengok kat romantika tadi, ada vase display, dia letak buah2 plastik...
Cantik gak... tukar fikiran... beli je buah2 palsu, masuk dlm vase
vase ni rege dia rm35...