Rumah Ku Syurga Ku

Monday, October 24, 2011

kari ikan jenahak dan sambal tumis sotong



hari ni masak kari ikan jenahak san sambal tumis sotong untuk lunch...
resepi rasanya dah ada sebelum2 ni...malas pulak nak menaip hari ni...ermmm  aci tgok gambar je le ye...kalau nakm resepi bolehcari under tajuk seafood dan ikan...

Thursday, October 20, 2011

asam pedas

asam pedas ikan temenung atau pelaling

Hidangan tghhari hari ni, simple je...

resepi
bahan2(untuk 6 orang)
1. 6 ekor ikan temenung dibasuh dan direndam sekejap dgn limau nipis/asam jawa/lemon/limau kasturi...untuk hilangkan hanyir.
2. 2 btg bunga kantan, dibelah 2
3. segenggam daun kesum
4. 3 senduk cili kisar (15 bj cili kering, yg telah dikisar bersama 1 labu bwg merah, 1/2 inci halia, sedikit belacan dan 3 ulas bwg putih)
5. timun dipotong
6. tomato dibelah 2@4
7. 2 sudu teh pes asam jawa adabi
8. garam dan gula secukup rasa

cara2
1. panaskan minyak
2. tumis cili kisar dan serai
3. masak hinggal naik baudan cili betul2 masak
4. masukkan 4 cawan air dan asam jawa, didihkan
5. masukkan timun, bunga kantan dan daun kesum
6. perasakan dengan garam dan gula
7. agak2 timun dah masak, masukkan ikan dan tomato, didihkan dlm 3 minit, tutup api..
8. dah siap untuk dihidangkan

masak lemak jantung pisang + rebung + petai dan ikan maska taucu

masak lemak jantung pisang+rebung+petai

what's for lunch today...
Stok dlm fridge dah kosong...so tadi g le beli serba sikit barang kat kedai runcit 'the moon and the star' atau dalam bahasa melayunya bulan dan bintang...hehehe. Itulah satu2nya kedai runcit kat bukit subang yg jual barangan basah mcm ikan, sayur dll.
Sebenarnya dah byk hari dok nak buat masak lemak jantung pisang ni...rebung pulak ada kawan bagi...mak dia bawa dari aloq setaq..thanks cikna...tadi kak ton beli petai...
maka jadi la masak lemak ni...

resepi
bahan2 (untuk 6 org makan)

1. 1/2 jantung pisang yg direbus dan dihiris
2. sedikit rebung dihiris
3. sedikit petai, isi sahaja
4. 2 senduk cili kisar ( dah dicampur bwg besar dan bwg putih)
5. 1 kotak santan (200ml)
6. 1 asam keping
7. garam secukup rasa
8. 1 sudu teh kunyit serbuk

cara2
1. satukan cili dan santan dgn 1 cawan air. Didihkan dgn api kecik
2. masukkanasam keping,  jantung pisang, petai dan rebung
3. masak dgn api perlahan supaya tak pecah minyak
4. perasakan dgn garam
5. dah siap. senangkan...



ikan masak taucu
resepi
bahan2 ( untuk 6 org makan)
1. 6 ekor ikan kembung atau apa2 ikan yg telah digoreng
2. 1 biji timun dipotong memanjang
3. 1 biji tomato dibelah 4
4. 1 btg serai diketuk
5. 1 labu bwg besar dipotong bulat
6. 1/2 inci halia dihiris
7. 2 sudu besar taucu cap bilal (jgn beli yg masin)
8. 1 sudu teh pes asam jawa adabi
9. 1 sudu makan kicap manis
10. 1 biji cili merah dipotong ( kalau suka pedas, boleh letak cili padi sebiji2)

cara2
1. panaskan 2 sudu minyak masak
2. masaukkan bwg besar dan halia.
3. kacau sekejap, agak2 bwg dah layu, masukkan taucu, asam jawa dan 2 cawan air(kalau nak kuah lebih, tambah air je), didihkan.
4. masukkan timun dan serai
5. agak2 timun dah masak, masukkan cili potong, cili padi, tomato dan ikan goreng.
6. masukkan kicap, kacau rata dan tutup api.
7. dah siap untuk dihidangkan.
* sedap dimakan bersama nasi panas2 dan sambal belacan.

Wednesday, October 19, 2011

lopes




Jom bekfest lopes...huhuhu
Sebenarnya buat lopes ni untuk minum petang, petang semalam.
So, pagi ni ada balance lagi...jadi bekfes la pulak.

resepi kuih lopes
Bahan(untuk 10 orang kut)
500g beras pulut 6 helai daun pandan
1 sudu besar air kapur
daun pisang yg dilayukan secukupnya ( 6  keping daun pisang yg dipotong @ 12 inci panjang)
tali rafia untuk mengikat (setiap satu dalam 6 inci panjang)
garam
kelapa parut dari 1/2 biji kelapa

cara2
1. rendam beras pulut dgn air kapur dan 1/4 sudu teh garam selama lebih kurang 4 jam
2. blend daun pandan dengan 1 cawan air dan tapiskan
3. toskan beras pulut.
4. masukkan beras pulut, 1/2 sudu teh garam, air pandan dan air (sukatan air sekadar separas dgn beras sahaja)
5. kacau rata dan sentiasa sehingga air kering, tutup api.
6. letak lebih kurang 2 senduk pulut tadi ats daun pisang dan bungkus. bergantung kepada lebar daun pisang jugak, so pandai2 la adjust. yg penting balutan mesti kemas supaya tidak masuk air bila direbus nanti.
7. rebus bungkusan lopes selama 1 jam dgn paras air melitupi semua bungkusan lopes.
8. toskan, dan sejukkan.
9. setelah sejuk, bolehlah dipotong dan digaulkan dengan kelapa parut yg telah di gaul dgn sedikit garam.
10. hidangkan dengan sirap gula merah.

Ini la rupanya kuih lopes yg telah dibungkus

.
















Sirap gula merah
1. 250g gula merah
2. 1/2 cawan air

cara2
1. campurkan gula merah dan air.
2. masak hingga gula merah larut.
3. tapiskan dan sejukkan pada suhu bilik.

Tuesday, October 18, 2011

udang goreng kunyit dan ikan terubuk masak tempoyak


Hidangan untuk makan malam malam tadi, 17hb October 2011.

Udang goreng kunyit
resepi udang goreng kunyit
bahan2 (untuk 6 org)
1. 500g udang dibersihkan, dai gaul dgn 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh kunyit serbuk
2. sedikit sayuran ( capsicum, bunga kubis, cili potong @ apa2 je yg suka)
3. bawang besar dipotong bulat
4. sedikit minyak masak

cara2.
1. panaskan minyak
2. tumikan bwg besar hingga agak layu sedikit
3. masukkan udang, kacau sebentar.
4. masukkan semua sayur2an dan kacau rata dlm 3 minit
5. dah siap

ikan terubuk masak tempoyak

Seperti biasa la, tempoyak request by En hubby.

resepi gulai tempoyak
Bahan2(4 org makan)
1. 2 potong ikan terubuk (ikan apa2 pun boleh)
2. 3 sudu besar tempoyak
3. 2 biji cili merah
4. 1/2 inci knyit hidup
5. sebatang serai diketuk
6. timun ladang @ timun biasa @ tauge soya. potong dulu la timun tu ye...
7. garam secukup rasa

cara2
1. tumbuk cili merah dan kunyit
2. gaulkan bahan tumbuk dengan tempoyak dgn 3 cawan air
3. didihkan campuran tempoyak dan cili.
4. masukkan serai
5. dah mendidih, masukkan timun.
6. agak2 timun dah hampir masak, masukkan ikan
7. jika tempoyak tak cukup masam, tambahkan asam keping.
8. perasakan dgn garam.
9. siap utk dihidangkan


Tuesday, October 11, 2011

spaghetti meat ball


for lunch today...spaghetti meat ball
dah lama rasanya tak masak spaghetti ni...
memang plan nak masak ni masa pergi giant last weekend...jadi smeua bahan2 dah siap dibeli...

Spaghetti meat ball
bahan2(untuk 6 orang)
1. 1 paket spaghetti direbus dan ditoskan.
2. 250g daging cincang
3. 8 ketul meat ball
4. 1 labu bwg besar dipotong dadu
5. 3 ulas bawang putih dicincang
6. 1 tin cendawan butang dihiris nipis
7. 2 tin(400ml) sos prego kimball perasa tradisional
8. 800 ml air

cara2
1. panaskan 2 sudu minyak
2. tumiskan bwg putih, bwg besar, kacau hingga kekuningan
3. masukkan 400ml air
4. masukkan daging cincang dan meatball, masak dgn api perlahan hingga daging empuk
5. masukkan sos prego dan cendawan.
6. perasakan dgn garam.
7. renehkan dgn api perlahan.
8. masukkan 2 sudu teh oregano (optional je...utk menambahkan aroma sos spaghetti)
9. siap untuk dihidangkan


daging goreng kunyit


semalam, Nadia last day PMR...Dia nak makan nugget je for lunch. So kak ton goreng nugget dan fries, g hantar kat sekolah. Imran tak sekolah sebab PMR. Irsyad cuti sebab sukan hari Ahad before. So, kakton bawa diaorg makan kat restoren asam pedas, bukit jelutong. So malamnya, for dinner, masak simple je le...daging goreng kunyit....

Daging goreng kunyit

Bahan2
500g daging batang pinang dihiris nipis2 dan digaul dgn 1 sudu teh serbuk kunyit dan 1 sudu teh garam
1/2 biji capsicum dipotong2
1 labu bawang besar dipotong bulat2
1 biji cili merah dihiris
1/2 inci halia dihiris halus (lebih sedap jika guna halia muda)
1 pokok daun bawang dipotong2 1/2 inci
3 sudu besar minyak masak

cara2
1. panaskan minyak. gorengkan kentang hingga masak/kekuningan, angkat, toskan dan ketepikan
2. dgn minyak bekas goreng kentang tadi, kecikkan api sedikit, masakkan daging hingga empuk.
3. bila dah empuk, masukkan halia, capsicum, cili dan bawang besar.
4. Agak2 dlm 1 minit, tutup api, dan masukan kentang yg dah dimasak tadi bersama daun bawang....kacau rata.
5. siap untuk dihidangkan

Monday, October 10, 2011

tempoyak masak


huhuhu...semalam tghhari makan mee, so mlm perut nak mkn nasi la pulak...so lepas maghrib, kton masak la tempoyak masak ni, lagipun dah lama En Hubby dan Imran dok request ni...Pastu makan dgn ikan temenung goreng, salad dan timun...nasi panas2...kak ton, En hubby ngan Imran je yg makan ni...yg lain2 tu tak reti mkn tempoyak...
Resepi dah letak rasanya sebelum2 ni...tempoyak masak

mee tomato sup


Semalam, hari Ahad, kakton masak mee tomato sup ni...dah lama sungguh tak masa mee ni...
Mee tomato sup ni tak pedas sebab hanya menggunakan tomato sup dlm tin...lebih kurang mcm mee udang gak kut...

Mee tomato soup

Bahan2 (untuk 6 orang makan)
2 bungkus mee kuning, dicelur sekejap

kuah tomato soup
2 tin(400ml) tomato soup jenama apa pun boleh asal halal..so 2 tin jadi 800ml la...
300 g udang (boleh juga gantikan udang dengan ayam)
1 paket fish ball
1 paket fish cake
6 ketul tauhu kecil(yg selalu guna utk mee kari)
6 ulas bwg merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit serbuk lada hitam
1 batang serai dititik
*tumbuk bwg merah, bwg putih dan halia
*potong fish cake dan tauhu

cara2masak kuah
1. panaskan 3 sudu besar minyak masak dlm periuk
2. tumis bahan tumbuk hingga kekuningan
3. masukkan tomato soup, serai dan 1000ml air, didihkan...
4. masukkan bahan garam, gula dan serbuk lada hitam secukup rasa
5. masukkan udang, fishball, fish cake dan tauhu.
6 biar mendidih sekejap, tutup api...dah siap utk dihidangkan

Untuk menghidang

1. daun bawang/sup dihiris
2. cili merah dihiris
3. tauge dicelur sekejap
4. telur rebus dislicekan
5. bawang goreng

Sunday, October 9, 2011

Nasi Ayam Goreng


Ni menu hari Rabu, 5 hb Oktober 2011...
Masak untuk dinner gak ni...Nadia minta belikan KFC utk dia punya lunch...so semua  org pun makan KFC la...Oh! ya! terlupa pulak nak bgtau, Nadia exam pagi dan ptg, jadi dia kena lunch kat sekolah...semalam dia kata makanan tak  cukup kat kantin, so hari ni, kton bawakan makanan kat dia la...
Nasi goreng ayam ni dah try dah before...tapi sebab dah lama tka update blog kan..keh keh keh...
Mula2 try resepi ni sebab terliur tgok rabiatun tayang kat facebook...so...cuba la...then anak2 dan en hubby suka pulak. so this is the third time buat la.
ni link blog rabiatun...rabiatun sweet touch
So, resepi ada kat sana la ye...hehehe

ikan masak kicap.


Lauk masak kicap pun nak letak dlm blog??? tak pe le kan, untuk reference pada sapa2 yg baru nak belajar masak...
Kak ton msak ni hari Selasa 4 hb Oktober 2011. En Hubby cuti lagi hari ni. En hubby pagi2 dah keluar hantar anak2 ke sekolah, Nadia dan Irsyad. lepas tu dia terus pegi ke Glenmarie nak servis kereta. Jadi, lepas kton hantar sibongsu tu ke tadika, kton pergi ambik en hubby kat Mazda service centre...pastu, we all pickup anak2 kat sekolah dan bawa diaorg pergi lunch kat restoren...so kton tak masak la for lunch hari ni. So for dinner, jadi la masak kicap ni...masak simple2... en hubby dan anak2 mmg peberet la maska kicap...apa2 masak kicap la..hehehe
Resepi ikan masak kicap ni kton main campak ikut sesedap rasa ja...

Ikan masak kicap
Bahan2 ( untuk 6 org makan)

Untuk Ikan goreng
500g ikan (ikan apa pun ok, kali ni kton guna ikan kacang...)
2 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh garam
cara2
gaulkan ikan dengan kunyit dan garam
goreng hingga garing

untuk kuah kicap
1 labu bawang besar dipotong bulat
1/2 inci halia dimayang
1 ulas bawang putih di mayang
1 biji cili merah di hiris
(option kalau nak pedas, boleh letak 5 biji cili padi, terpulang la nak hiris ke tak)
1 btg serai diketuk
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap mee(option jer...kalau ada)
1 sudu besar sos tiram
sedikit sayur2 kalau suka, seperti karot atau capsicum atau cauli flower atau kacang panjang

cara2
panaskan 2 sudu besar minyak mnasak dlm kuali
tumis bawang putih.
masukkan kicap2 dan sos tiram
masak hingga berbuih...ini untuk bagi kicap tu betul2 masak
agak2 dlm 5 minit, masukkan 1 cawan air. kalau nak kuah byk, tambah air lagi...
bila dah mendidih, masukkan bawang besar, serai, halia dan cili potong.
masak sekejap, dlm 2@3 minit. kemudian masukkan sayur2...
siap untuk dihidangkan....



daging merah ala thai



Hari Isnin 3 hb Oktober 2011, Hari ni En hubby cuti sebab Nadia nak exam PMR esoknya, 4hb Oktober...Jadi kton amik kesempatan hubby cuti ni, ajak dia pegi medical checkup dengan gynae kat DEMC...so balik dari spital, tapau je lauk umtuk lunch... Jadi malamnya, nak amsak apa for dinner ni???? Ermmm...stok bahan masakan dalam fridge pun dah kekurangan sebab tak pegi pasar on the previous Sunday... kepenatan...Ops!!! lupa pulak nak bgtau, anak sedara sebelah En Hubby, Puteri Yohanis, telah melangsungkan perkahwinan pada hari sabtu, 1 Oktober 2011...majlis akad nikahnya pulak dibuat pada 29hb September...so, we all ni busy gak la dok pergi umah BIL, tolong2 apa yg patut...walaupun sebenarnya, menyibuk je yg lebih kut...muhahaha...bukan apa nak meramaikan...kalau tak sunyi pulak rumah org nak kenduri tu...kalau sunyi, tak terasa la pulak kenduri kan...
So, berbalik pada apa nak masak pasa hari isnin lepas for dinner...kerosek2 peti ais, ada la bahan2 utk buat daging masak merah ni...resepinya...jap nak cari link...daging merah ala thai... resepi jeezy... minta izin copy resepi yer... 

Daging Merah Ala Thai

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)

2 ulas bawang putih diketuk

1 labu bawang besar dipotong bulat

1 sudu besar cili giling

Sedikit sos tiram

Sedikit sos ikan (thailand mari)

Sedikit sos tomato

Sedikit minyak untuk menumis

Garam dan gula secukup rasa

Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara 1.Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya. 2.Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan. 3.Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling. 4.Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato. 5.Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula. 6.Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato. 7.Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.
 
Alhamdulillah, sedap...Suami dan anak2 cakap sedap...Insyaallah lain kali boleh try lagi...Terima kasih ye tuan punya resepi...

Saturday, July 30, 2011

Selamat Menyambut Ramadan AlMubarak...1432H.

Kak ton mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan AlMubarak kepada semua kawan2, adik2, kakak2...Semoga kita semua sihat sejahtera dapat menjalani ibadah ramadan ini dengan lancar..dan penuh keimanan.
kak Ton juga ingin memohon maaf zahir dan batin andia ada salah dan silap pada semua...

Friday, July 15, 2011

sagu gula melaka


semalam kak ton masak sagu gula melaka sebagai pencuci mulut.
rendam sagu dlm 1/2 jam.
didihkan 5 cawan air.
toskan sagu, dan rebus sagu sampai nampak jernih warna dia.
kacau sentiasa...
basuh sagu utk hilangkan kanji dia.
tapis....
letakkan dlm cawan dessert atau acuan kecil2 dan sejukkan dalam peti sejuk.
makan dengan air  gula melaka dan santan.




Friday, July 8, 2011

kuih lopes...

Alhamdulillah. tiba2 hari ni terasa nak update blog yg dah bersawang ni...
Petang tadi, dalam redup hujan tghhari...tiba2 teringin nak makan kuih lopes...Kakton pi g selongkar buku resepi...ada resepi kuih lopes, tapi version kukus dalam loyang...Tapi hari ni teringin nak buat version bungkus ngan daun pisang macam mak buat dulu2...
so, misi mencari diteruskan ke mana lagi...my http://www.myresipi.com/ la...
ada a few resepi...tapi tak menepati kehendak kton, ada yg masak pakai microwave, ada yg jenis bungkus 3 segi...kakton nak yg macam mak buat, bungkus bentuk silinder, ikat hujung2 dan rebus...
setelah compare a few resepi, campur, tolak, bahagi dan darab..hehehe
Ini la resepi yg kakton guna...
















bahan2 untuk pulut(dapat 2 biji lopes saiz sederhana)
1. 1 cawan beras pulut direndam dengan 1 sudu makan air kapur selama 1 jam
2. 1 cawan air
3. 6 helai daun pandan
4. secubit garam

 bahan2 untuk air gula
1. masak 1 cawan gula merah atau gula kabung dengan sedikit air hingga larut

*Daun pisang yg telah dilayukan atas api secukupnya...
*tali untuk mengikat.
*1 cawan kelapa parut digaul dengan secubit garam.


cara2
1. blend daun pandan dengan 1 cawan air, tapis dan ambil airnya(lebihkurang 1 cawan)
2. tos dan basuhkan beras yg direndam tadi.
3. campurkan perahan air daun pandan, garam dan beras. boleh juga ditambah pewarna hijau atau pandan paste jika mahu warna lopes lebih menyerlah...masak atas api sederhana dan kacau sentiasa hingga kering air. padamkan api. pulut akan menjadi 1/2 masak.
4. sendukkan pulut tadi keatas daun pisang dan bungkus jadi bentuk silinder. balutan mesti padat supaya lopes tidak berderai semasa dipotong. ikat kemas pada kedua2 hujung.
5. diingatkan, perlu bungkus betul2, daun pisang perlu agak lebar supaya pulut tidak terkeluar semasa proses merebus nanti.
6. rebus bungkusan pulut tadi dalam air yg cukup untuk tenggelamkan bungkusan kuih lopes ini, selama 1/2 jam.
7. sejukkan, buka balutan daun pisang dan potong pulut lopes dengan benang...
8. salutkan potongan lopes dengan kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam
9. makan bersama air gula tadi.