Rumah Ku Syurga Ku

Showing posts with label Menu berbuka. Show all posts
Showing posts with label Menu berbuka. Show all posts

Friday, October 17, 2008

Hari ke 6 puasa 6...

Lupa pulak nak masukkan entry semalam...
berbuka hari terakhir puasa 6
Alhamdulillah...cukup juga puasa 6 tahun ni...

Menu :
kari ikan senangin
Kembong masak taucu
Sambal tumis sotong
Ikan senangin goreng
sambal belacan

Thursday, October 9, 2008

30th Ramadan 1429

Hari ni busy sediakan menu untuk Hari Raya...
Tak de extra menu untuk hari raya ni...
ketupat ngan nasi himpit makan dgn kuah kacang, ayam masak tomato dan sambal daging

Kakak yg masak untuk berbuka semua sebab kakton dari pagi dok buat ketupat palas...
menu :
1. ayam masak kicap
2. sambal tumis udang
3. sayur tumis air kubis
kuih tak de..makan ketupat je...

Ni le keadaan mak...sejak 2 minggu lepas...


Makan pun sambil mata terpejam...
Macam tak seronok nak raya...
Buat ala kadar je...

29th Ramadan 1429

Berbuka kat rumah mak
Sebenarnya...kakak yang tinggal dengan mak...
Rumah ni Kakton buat atas tanah mak, untuk mak duduk...
Tapi disebabkan mak dah tua dan uzur, kakak yg duduk kat situ...
Barang2 dlm rumah tu semua kakak punya...
Kakton dgn kakak yg masak...Mak dah uzur, tak boleh bangun...

1. kari ikan kembong
2. ikan kembong goreng
3. sambal belacan
4. taugeh goreng
5. murtabak (beli dari bazar ramadan)
6. cucur udang (beli dari bazar ramadan)
7. tepung pelita (beli dari bazar ramadan)
8. mihun goreng (mak cik bagi)
9. Karipap (mak cik bagi)

28th Ramadan 1429

berbuka kat rumah kakak
Tapi tak snap gambar la...
1. sup tulang
2. ayam golek (beli dari pasar ramadan)
3. puding karamel
4. buah melaka

Saturday, September 27, 2008

27th Ramadan 1429

menu hari ni...
nasi padprik daging...
dengan cekodok pisang...


26th Ramadan 1429

Buat buah melaka...
1st time buat buah melaka bulan pose tahun ini...
Terlupa nak letak pandan paste dalm tepung...
So gaul je pandan paste tu dengan kelapa...
jadi la macam ni...



Nasi Ayam....
Permintaan anak2...



Friday, September 26, 2008

25th Ramadan 1429

Hari ni..masak
1. masak lemak ketam...
2. sambal tumis udang
3. sayur campur (cauli flower+carrot+buncis+capsicum+udang)
4. ikan kembung goreng

Nak snap gambar, battery dah charge penuh...
Tapi...lense camera tu macam sangkut..tak nak keluar...
so, tak leh on la...
huhuhu.....
Rosak pulak ke...
Adus!!!!dah dekat nak raya nih....
kamera tak de camne???
Iqbal la ni suka sangat main camera...
Sejak ada blog sendiri ni...rasa macam tak lengkap la pulak kalau sehari tak de camera...
sedihnya....

Thursday, September 25, 2008

24th Ramadan 1429

Hari ni...

Abg Megat buka puasa dengan client kat Carcosa Seri Negara
Apa nak masak ni?????????????
Pikir punya pikir punya pikir punya pikir....
Dapat idea nak beli KFC bungkus je...
Pas tu macam malas je nak keluar...
Nak-nak pulak kol 6 time orang balik keja...banyak keta...
nanti nak cari parking lagi....
Toing!!!!!
Dapat idea..tepon 1 300 88 2525
order
1 Large super supreme pizza
2 large spaghetti bolognese
6 ketul kepak ayam madu panggang

pukul 6.45pm
Pizzaman datang hantar...
bayar rm71.20

Dah siap hidang..amik la camera nak snap gamba...
alamak battery kong la pulak...
So tak de gambar le nampaknya...

Untuk sahur, buat nasi goreng belacan lagi...paatu goreng telur dadar...

Wednesday, September 24, 2008

22th Ramadan 1429

Buat nasi beriyani ayam
pakai rempah beriyani beli kat K4...
Ok la jugak..tapi tak sesedap rempah beriyani shan dari pakistan tu...
Nape la tak de org nak jual rempah tu kat sini... kena pegi spore baru ada...



pastu buat cekodok pisang tapi tak snap gambar...

23nd Ramadan 1429

Buat tauhu poket lagi...
berkenan sungguh kakton makan benda ni...
timakasih to Che Iza...for sharing this recipe kat My Resipi



Lauk pulak...
daging rendang dinding dan sup sayur + daging



Sunday, September 21, 2008

21st Ramadan 1429

hari ni berbuka, goreng cucuq badak yg difrozekan...


lauk pulak...
masak asam pedas ikan pari, tauge goreng sempoi dan ketam goreng...

20th Ramadan 1429

Alhamdulillah, dah 20 hari kita berpuasa...
Rasa macam cepat sangat pulak... dah 20 ramadan...
Insyaallah tinggal 10 hari lagi nak puasa...
Sedih pulak rasanya, tak lama lagi ramadan akan meninggalkan kita...

Berbuka hari ni....

Masak sup tumis lala, tauge goreng sempoi...



ikan siakap masak kicap ...


Dan cucuq kodok pisang...


Friday, September 19, 2008

19th Ramadan 1429

Berbuka hari ni..buat masak lemak buah munggai/kacang kelo (panggilan org selatan) + ikan bilis...
1st time masak buah munggai/kacang kelo ni...



Tepon kakak minta resepi tadi...
bahan2 :
1. 5/6 biji buah munggai
2. 2 sudu teh ketumbar
3. 1 1/2 sudu teh jintan manis
4. 5 ulas bawang merah
5. 5 biji cili kering...(atau pes lada kering, ikut nak pedas ke tak)
6. 2 genggam ikan bilis (kalau nak letak udang basah pun boleh..lagi sedap)
7. 100 ml santan pekat...
8. 500 ml air (Ikut le setakat mana nak kepekatan kuah tu)

cara2
1. kikis kulit buah munggai, potong pendek2 dan bersih kan seperti dlm gambar...

Ni buah munggai


Ni rupe selepas dikikis


Ni rupe selepas dipotong...


2. Ketumbar, jintan manis dan cili kering direndam 10 minit dgn air panas untuk lembutkan...
3. Blend ketumbar, jintan manis, bawang merah dan cili kering dan sedikit ikan bilis...
4. Masukkan semua bahan blend, buah munggai, ikan bilis dan santan...
5. Masak atas api sederhana hingga buah munggai masak.
6. Perasakan dgn garam secukup rasa.
7. Sedia untuk dihidangkan...
*** kalau suka boleh letak kacang dal dalam 2 genggam. Kacang Dal juga perlu di rendam dgn air panas untuk lembutkan. Jadi tak perlu masak terlalu lama untuk empukkan kacang dal itu...

Ayam pedas...

popia basah dan putu piring..
kuih tunjuk...
heheh

18th Ramadan 1429

Berbuka hari ni masak kari udang + kentang + kacang buncis + tomato



Pastu buat sambal belacan



Ikan rebus ngan asam, pastu goreng...



Buat cucoq ikan bilis + tauge + kucai...


Thursday, September 18, 2008

17th Ramadan 1429

Buat cucur badak lagi...
Inti dah ada...ubi pun dah ada...



Untuk berbuka, menu nasi putih, lauknya simple je...
ikan bawal maska taucu, rendang kerang (kerang rebus balance semalam)
Resepi rendang ni, dari Ana Myr. Tapi tak nampak kerangnya...sedap...



Tuesday, September 16, 2008

16th Ramadan 1429

Menu hari ini...
Mula2 plan nak buat kari udang...
Tapi hb kata dia tak berbuka kat rumah...
Tengok dlm fridge ada telur ikan terubuk...
Buat masak lemak cili padi telur ikan terubuk la...


Pastu rebus kerang...


Cicah dengan air asam
Buat koktel agar2 merah...
makan dengan slices peach...



Monday, September 15, 2008

15th Ramadan 1429

Hari ni berbuka masak tomyam udang, pakai paste dapat dari org Jawa yang dok kat Bangkok...thanks Ika
Kailan ikan masin, sambal belacan...



Dan sweet sour ikan bawal... Plan nak amik gambar bila dah tuang sos..
Ssos tu tuang bila dah azan sebab nak ikan tu garing...
Tapi, lepas tuang sos, terus ngap...Dah tinggal separuh, baru teringat nak amik gambar...
Ini je yg tinggal...jadi le...
Tapi lepas amik gambar... takde ape yg tinggal dah...



Ada tauhu 3 keping dlm fridge...Takut rosak pulak tauhu tu kalau lama lagi disimpan
buat la lagi tauhu poket...
Tak jemu2 kak ton dgn Hb makan tauhu poket ni.
Budak2 tak nak makan dah... Dah jemu agaknya.



Sunday, September 14, 2008

14th Ramadan 1429

Dah Balik rumah dah...Sampai dalam pukul 3 tadi... Penat dan malas nak masak hari ni... Dah cakap kat hb, kejap lagi nak pi pasar ramadan, beli nasi kerabu... Harap2 kakak yg selalu menjual kat pasar malam tu ada meniaga kat pasar ramadan.

Pegi bazar ramadan... dlm hujan gerimis lagi...
Beli nasi kerabu..tapi asingkan ulam2/sambal dan lain2 tu...
Sebab takut basi pulak nanti bila dah campur.
lagipun anak2 bukan nak ulam byk2 dlm nasi...



Beli gulai ikan tongkol 2 ketul dan pajeri nenas 1 ketul
Pastu ikan kembung goreng salut tepung...5 ekor



Alamak, blur la pulak gambar ni...
ulam, solok lada, kelapa goreng, sambal nasi kerabu dan sambal belacan + budu



Kuih2 pulak beli murtabak, roti john, tepung pelita dan lopes.

1 lagi, beli air kelapa..tapi tak amik gambar...

Phuh!!! banyak betul hidangan hari ini... penuh meja...
alhamdulillah.

Kos untuk berbuka pose hari ini :
nasi kerabu dan lauk2 : rm 24.00
roti john : rm3.50
kuih : rm3.00
murtabah : rm10.00
air kelapa : rm5.00 (2 biji)
jumlah rm45.50.

Friday, September 12, 2008

12th Ramadan1429

Menu berbuka hari ini
kurma daging
ayam goreng berempah
buncis goreng + tauhu
sambal belacan...
Kuih tak ade sebab dok busy buat choc cips...



Ptg tadi van pos malaysia datang ...
hantar ramekin yg order kat online shop My resipi...
Bestnya... cantik sangat...dah lama ku tunggu...
Ntah kat mana sangkut...
Thanks you very much to Yani...
Bila la nak rasmikan ni...
Esok nak balik rumah MIL, kat Batu gajah, kalau tak boleh rasmikan dah...nak buat puding karamel...
Tak pe..sabar2...
Takkan lari gunung dikejar...Insyaallah




11th Ramadan 1429

Masak simple je hair ni sebab busy buat almond sweetie
Sup tumis bayam + babycorn + coliflower + fishball
Ikan terubuk goreng cicah ngan sambal kicap
Sambal tumis udang
Kuih tak buat hari ni, makan biskut almond tu je...
heheh


Sahur pagi tadi masak sardin kicap...
terliur pulak bila tengok lauk sardin ni pagi2 ni...