Rumah Ku Syurga Ku

Friday, August 28, 2009

Hidangan 6 Ramadan 1430H

Kejap je dah 6 hari pose...
Hari ni masak masakan thailand pulak...

1. tomyam seafood
Pakai tomyam paste Knorr je...
pastu Kakton tambah
1. 500g sotong + udang
2. cendawan tiram
3. 2 btg serai
4. 2 helai daun limau purut
5. 1 biji bawang besar di potong bulat/dadu..terserah citarasa masing2
6. 1 biji tomato di potong 4
7. sedikti hirisan daun ketumbar
8. sedikit air perahan limau nipis diletak saemasa menghidang

*** kalau nak pedas tambah cili padi
kton tak letak pun, sebab takut terlalu pedas, tak elok makan puasa2 ni, nanti perut meragam

2. Ikan siakap 3 rasa
resepi...rasanya dah ada byk kat My resipi...

3. kerabu mangga campur epal
mangga ni dapat dari pokok kat rumah jiran sebelah rumah ni je..
Dah lama dia dok pelawa suruh amik...
so semalam suruh la Imran ambik 1 biji...dia pi ambik 2 biji pulak
ermmm....ada lagi sebiji tu...

Kebetulan ada epal hijau yg dibeli untuk buat jus...


Resepi kerabu mangga + epal ni macam biasa je...

1. 1 biji mangga & 1 biji epal hijau  yg diracik halus
2. kacang tanah yg di sangai dan di blend
3. udang kering juga disangai dan di blend
4. gula dan garam secukup rasa
5. sedikit sos ikan (1 sudu teh je..jgn byk nanti masin...)
6. sedikit perahan limau nipis, dlm 1 sudu teh (boleh gantikan dgn cuka epal)
7. sedikit cili padi dan cili merah yg dipotong halus2.., ikut nak pedas macammana
8. 1/2 biji bawang besar yg rihiris halus2
9. Sedikit daun ketumbar yg dihiris halus2 (jika suka)

**Lagi 10/15 minit nak berbuka, baru la di gaul semua bahan2 diatas...
Jangan gaul awal2, nanti kerabu akan jadi berair...

4. Ice blended epal


hehehe nak buat jus epal tapi dah jadi ice blended la pulak...
sebabnya...nak bagi sejuk tanpa ais batu...
so potong2 epal tu masuk dlm freezer...

So masa nak blend epal tu dah jadi mcm ice batu...
maka jadi la iceblended epal
minum je le...

2 comments:

blogresipi said...

Lengkap mcm kat kedai siam pulak nie.. sedapnye!

KAK TON said...

hehehe..blogresepi...