Rumah Ku Syurga Ku

Tuesday, August 18, 2009

karipap gulung...

Petang ni...buat karipap gulung..
Tak tau la nama sebenarnya apa...

Sebenarnya dapat idea buat karipap ni sebab malas nak menguli, mencanai dan mengelim karipap.

Adik-beradik samosa gak kut...
tapi samosa buat bentuk 3 segi...

Cara2 dia mudah ja...
1. bancuh tepung gamdum + sedikit garam + 1 biji telur
(adunan tepung mestilah cair macam adunan kulit ketayap atau roti jala...)

2. Ambil sesenduk adunan dan tuang atas frying pan yg telah disapu sedikit minyak
( tak boleh banyak sangat minyak tu)
lepas tu gelek-gelekkan frying pan tu supaya adunan tepung rata dan nipis...
(hehehe..tak tau camna nak explain... rasanya sapa2 boleh imagine kut)

3. Letak sekejap atas dapur (api kecik).
4. Bila adunan dah masak, angkat dan letak atas pinggan/dulang.
5. Letak sedikit inti dan gulung seperti menggulung ketayap.
6. Buatlah hingga abis adunan tepung tu.
7. Akhir sekali goreng dengan api perlahan seperti menggoreng karipap...


2 comments:

adriea said...

nampak menarik.. tapi detail bahan2 tade ek... :D guna tepung ape.. bape banyak kuantiti bahan..

KAK TON said...

sorry la adriea...nanti kakton edit letak bahan2 erk