Rumah Ku Syurga Ku

Monday, August 30, 2010

menu berbuka 18 Ramadan

18 Ramadan bersamaan 28hb Ogos, kami sekeluarga mendapat jemputan berbuka puasa di rumah salah seorang anak saudara sebelah Abang Megat.
Majlis ni juga adalah sempena housewarming...rumah baru...dekat Bukit Tunku...
So we all sampai ke Bukit Tunku dalam pukul 7pm...
Sembang2 kejap...then berbuka puasa dengan kuih, kurma dan minuman.
Lepas berbuka tu, we all solat berjemaah beramai2.
Then makan....
Lepas makan. sembang jap, masuk Isyak, kami solat berjemaah Isyak, terawih dan witir
Iman yg mengimankan kami solat tu dijemput khas oleh tuan rumah...
Dan Tuan rumah memang ada ruang khas di basement parking untuk dijadikan surau...
Ruang parking tu kalau masa2 lain, digunakan untuk parking kereta tuan rumah...Tapi bila ada majlis, ruang itu diubah suai, pasang carpet, dijadikan surau...agak besar juga, boleh memuatkan dalam 300 jemaah...Bilik air dan tempat mengambil wuduk juga disediakan diruang solat tu...lebih kurang macam tempat solat kat shopping complex la kan...ops..panjang pulak cerita pasla surau...
Lepas solat kami pun tour la rumah baru tu.... besar dan cantik...rasanya lebih tepat kalau Kak Ton katakan it is a mansion...kecik sikit dari istana...Alhamdulillah...rezeki diaorg...dan diaorg pun mmg tak sombong dan selalu buat majlis2 kat rumah tu...ajak anak2 yatim..sedara mara...semoga Allah memurahkan lagi rezeki mereka untuk bersedekah...

so menu berbuka kami ialah ;
1. bermacam kuih muih
2. air...sirap, kopi O dan teh tarik...pepsi, orange...
3. masak lemak daging salai
4. masak lemak udang
5. sambal tumis ikan bilis
6. ayam masak kicap.
7. sayur campur
8. ikan masin
9. ulam2 dan sambal belacan
10. sate
11. buah2an

menu lepas terawih atau moreh pulak ialah roti canai...teh tarik...

Dalam pukul 11, malam, kami bertolak balik rumah...Terima Kasih untuk tuan rumah kerana menyediakan makanan yg sedap2...semoga dimurahkan reseki

No comments: