Kebetulan MIL ada kat sini dan dia suka fruit cake ni...tu yg buat lagi tu...
Tapi hr tu bakar...kali ni kukus pulak...
Rasanya memang lagi best kalau kukus...kek tu moist je....
Ini je la yg tinggal last piece...

Masa ni tengah panas, belum potong...

Oleh kerana ramai member blogger nak resepi boiled fruit cake ni...
Kak ton nak minta Izin Lily...nak letak resepi kat sini erk....
Thanks Lily...
Boiled fruit cake
Bahan2
1. 500g mix fruits
2. 125ml air
3. 1 cawan brown sugar
4. 125g butter
5. 1/2 sudu teh soda bikarbonat
6. 125ml jus grape/apple/oren
7. 1 biji telur
8. 1 cawan tepung gandum
9. 1 cawan self raising flour
Cara2
1. Campurkan mix fruits, air, gula, fruit juice dan soda bikarbonat, masak hingga mendidih. Sejukkan. Kalau boleh biar semalaman...
2. Pukul telor hingga kembang.
3. Campurkan telur kedalam mix fruits yg telah disejukkan, kacau guna senduk.
4. Masukkan tepung dan kacau sebati menggunakan senduk je...
5. Masukkan adunan kedalam acuan yg telah digris/lapik kertas minyak...
6. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 1 1/2 jam atau kukus selama 2 jam
**jika kukus : tutup acuan dengan aluminium foil supaya air tak menitis keatas kek...
Sekan, selamat mencuba
2.