Rumah Ku Syurga Ku

Tuesday, January 20, 2009

Daging dendeng

Daging dendeng...peberet semua org dalam umah ni....
Dengan syarat daging mesti lembut...
Daging tu Kak ton rebus dulu pakai pressure cooker...
biar dia mendidih dalam 20 minit...



Bahan2
1. 500g daging batang pinang
2. 3 ulas bawang putih (dicincang/tumbuk/blend tanpa air)
3. 1/2 inci halia(dicincang/tumbuk/blend tanpa air)
4. 2 labu bawang besar saiz sederhana. (dicincang/tumbuk/blend tanpa air)
5. 8 sudu besar cili kisar (jika suka pedas, boleh lebihkan)
5. 6 sudu besar kicap manis
6. gula dan garam secukup rasa
7. cuka makan atau air asam jawa
8. 1 batang serai dititik
9. Minyak untuk menumis dan menggoreng daging
Cara2
1. Rebus daging hingga empuk (air rebusan, jangan dibuang)
2. Bila daging sejuk sedikit, hiris daging nipis2
3. Gaulkan daging dengan 3 sudu kicap atau hingga keseluruhan daging diselaputi kicap. Perap selama 15-20minit.
4. Panaskan minyak, dan goreng sekejap daging yg diperap tadi (5 minit). Jangan sampai terlalu garing, nanti keras. Toskan daging yg telah digoreng itu.
5. Keluarkan sedikit minyak goreng tadi, tinggalkan sebanyak 3 sudu besar.
6. Panaskan minyak semula dan tumis lah bawang putih, diikuti bawang besar hingga kekuningan.
7. Kemudian, masukkan cili kisar. masak hingga cili garing.
8. Masukan serai, air rebusan dan daging yg telah digoreng tadi.
9. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa.
10. Akhir sekali masukkan 3 sudu besar kicap manis.
11. maska hingga kuah agak pekat ala2 sambal tumis gitu...
***masakan ini perlu la rasa lebih manis dan masam dibanding kan dengan sambal tumis biasa.

No comments: