Rumah Ku Syurga Ku

Friday, January 30, 2009

Boiled fruits cake lagi

Hari ni buat lagi sekali boiled fruit cake...resepi Lily...
Kebetulan MIL ada kat sini dan dia suka fruit cake ni...tu yg buat lagi tu...
Tapi hr tu bakar...kali ni kukus pulak...

Rasanya memang lagi best kalau kukus...kek tu moist je....
Ini je la yg tinggal last piece...


Masa ni tengah panas, belum potong...


Oleh kerana ramai member blogger nak resepi boiled fruit cake ni...
Kak ton nak minta Izin Lily...nak letak resepi kat sini erk....
Thanks Lily...

Boiled fruit cake
Bahan2
1. 500g mix fruits
2. 125ml air
3. 1 cawan brown sugar
4. 125g butter
5. 1/2 sudu teh soda bikarbonat
6. 125ml jus grape/apple/oren
7. 1 biji telur
8. 1 cawan tepung gandum
9. 1 cawan self raising flour

Cara2
1. Campurkan mix fruits, air, gula, fruit juice dan soda bikarbonat, masak hingga mendidih. Sejukkan. Kalau boleh biar semalaman...
2. Pukul telor hingga kembang.
3. Campurkan telur kedalam mix fruits yg telah disejukkan, kacau guna senduk.
4. Masukkan tepung dan kacau sebati menggunakan senduk je...
5. Masukkan adunan kedalam acuan yg telah digris/lapik kertas minyak...
6. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 1 1/2 jam atau kukus selama 2 jam

**jika kukus : tutup acuan dengan aluminium foil supaya air tak menitis keatas kek...

Sekan, selamat mencuba

2.

4 comments:

Anonymous said...

Kak Ton, nampak kek ni mewah betul. teringin nak mencuba. harap dpt kongsi bersama resipi. tq kak da

Anonymous said...

Kak Ton, thanks oh ya dlm mekarmewangi ada resipi kek buah guna susu pekat saya dah cuba jadi n sedap. Tq Kak Da

Anonymous said...

kak,fruit jus tu yg dlm botol yg kena bancuh atau air kotak?

KAK TON said...

mana2 pun boleh kak Da...
Kalau bancuh, guna 2 sudu besar je tau...