Rumah Ku Syurga Ku

Friday, July 10, 2009

daging dendeng, ayam goreng berempah, bendi goreng dan sambal tempoyak

Menu lunch dan dinner semalam, Khamis 9hb Julai 2009...
bendi goreng...
Dah kehabisan stok sayur...so goreng je le apa yg ada...
kebetulan bendi je yg tinggal....jadi la...
Bendi goreng ni kena letak air asam jawa sikit...supaya kurnag berlendir..
dan pastikan bendi dicuci dahulu sebelum dipotong...untuk kurangkan berlendir tu...


sambal tempoyak

Ayam Goreng Berempah
resepi...
1/2 ekor ayam yg telah dipotong dan dibersihkan.
Bahan2 
1. 5 ulas bwg merah
2. 2 ulas bwg putih
3. 1/2 inci halia
4. 1 btg serai
5. 1/2 inci lengkuas
6. sedikit garam dan kunyit serbuk
Cara2.
1. Kisar bahan2 1 hingga 5  dan perap kan bersama sedikit garam dan kunyit serbuk.
2. Perapkan ayam dalam 30 minit dan goreng dengan minyak yg panas...

***sebenarnya tak ada resepi tertentu untuk ayam goreng berempah ni...
Kalau suka, boleh letak ketumbar sikit...ada yg letak gula sikit...
Ikut selera masing2 la...
dan ikut la apa bahan yg ada dalam peti ais tu kan...heheh



Daging dendeng. Resepi dah ada kat sini

No comments: