Rumah Ku Syurga Ku

Thursday, February 26, 2009

Muffin coklat

Pagi tadi pergi jenjalan rumah Hana kat Jepun tu...
Ermmmmm....nampak muffin coklat dia ....macam sedap...
dia kata dia amik resepi kat blog diana...dan diana pulak amik kat mana2 ntah...
So kton copy je resepi muffin tu dari blog Hana...

Resepi tu bukan untuk muffin coklat...
Tapi yg Hana buat tu muffin coklat...


So disebabkan kton nak muffin coklat, kton ubah sikit, tambahkan cocoa powder, substitute ngan tepung gandum.

resepi muffin coklat

bahan2
1. 1 1/2 cawan tepung gandum
2. 1/2 cawan serbuk koko
3. 3 sudu teh baking powder
4. 1/2 sudu teh garam halus
5. 3/4 cawan gula (next time kena letak 1/2 cawan je...manis sangat la...)
6. 1 biji telur
7. 1 cawan susu segar
8. 1/4 cawan minyak sayuran (kakton pakai minyak cap pisau)
9. Sedikit choc cips..untuk databurkan diatas muffin...kton pakai marble choc cips...

cara2
1. Panaskan oven 170 Celcius selama 10 minit
2. campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Gaul sebati. Buat lubang ditengah2
3. dalam bekas lain, pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak..gaul sebati.
4. Tuangkan bancuhan 3 tadi kedalam tepung, sedikit demi sedikit...dan gaul sebati dengan mengunakan garfu sahaja...
5. masukkan kedalam cawan muffin dan taburkan choc cips.
6. bakar pada suhu 170 celcius selama 25 minit.

**kakton bakar guna microwave oven. sesuaikan suhu mengikut kelaziman oven anda.
**selamat mencuba

No comments: