Rumah Ku Syurga Ku

Tuesday, October 13, 2009

Anak2 dah makin sembuh...ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah..berkat doa semua...
anak2 Kak Ton dah beransur sembuh...

Imran
semalam petang dalm pukul 3 pm cikgu telefon suruh Kak Ton ambik dia kat sekolah...
Dia dah siap jawab soalan exam sejarah...
sepatutnya exam abis pukul 3.25pm
tapi dia dah siapkan lebih cepat dan cikgu benarkan dia balik...
Tak tahulah macamana dia jawab soalan exam tu..
harap2...keputusan exam dia ok dan dapat score walaupun buat exam dlm demam.
Balik dari sekolah semalam dia terus tidur, lemah sangat sebab tak lalu makan...
Hari ni exam Kemahiran hidup... 1 paper je...
Harap2 dia ok jugak walau masih belum sihat betul lagi ...
so Imran dah merdeka dan dah habiskan exam PMR...Alhamdulillah
Apa2 pun kena tunggu la result keluar nanti macammana kan???

Irsyad 
Hari ni dah ada selera nak makan...
Alhamdulillah.  Chicken pox dia pun nampak macam dah kering...
Harap2 tak berjangkit pada yg lain....AMIN!!!!!

Nadiah
Masih lemah lagi tu...
Tadi bawa pergi klinik, doktor bagi Antibiotik...
harap2 esok dia fresh dan ready untuk ke sekolah semula...
Isnin dan Selasa, dia cuti sebab exam PMR...
esok sepatutnya dia dah kena pergi sekolah...

Iqbal
masih panas lagi badan dia...
lepas makan ubat, dia ok...bila dah dekat 6 jam, means dah sampai masa untuk makan ubat lagi, badan dia dah mula suam2 semula...

semoga semua anak2 segera sembuh...

 

2 comments:

Watierman said...

Salam Ton...habiskan semua ubat2 tu...moga anak2 Ton cepat sembuh...Syukurlah Imran dah selesai buat exam PMR..moga dia berjaya dengan cemerlang hendaknya>>>Amin!

KAK TON said...

Thanks watie. Harapnya camtu la.