Rumah Ku Syurga Ku

Saturday, September 13, 2008

13th Ramadan 1429

Insyaallah, kejap lagi nak bertolak ke batu gajah...rumah MIL
Beg semua dah siap...
Tengah tunggu, last load baju tu siap dibasuh dan dikeringkan...
Kena la basuh baju siap2 sebelum balik kg..
Kalau tak, balik dari kg nanti, baju kotor akan bertambah2...
nasib baik ada dryer, boleh keringkan siap2...tak payah tinggalkan kat ampaian.
Dulu, sebelum ada dryer, kena ampai dan tinggal kan camtu je le...
Kalau balik 2 hari, boleh la tinggalkan kat ampaian...
Kalau balik lama2 tak boleh la...karang takut tinggal ampaian je...
mana la tahu, kut2 ada yg berkenan ke baju2 tu...
heheh
Apa2 pun 2 hari tak leh merempit ni...harap2 tak la byk sangat gerabak nak kena kejar kat Myr forum tu...
Semoga kitaorang selamat dalam perjalanan nanti...pergi dan balik...amin

*********************************************************************

Masa dekat nak sampai rumah MIL, suruh hb tepon tanya samada MIL dah siapkan ke benda2 untuk masak berbuka nanti...
MIL kata tak de beli ape2 pun lagi...
So singgah la pasar...
Hb request nak makan
sambal tumis udang ngan petai, terubuk goreng dan gulai tempoyak.
So beli la udang, ikan terubuk dab ikan senangin,
pastu beli ayam 1 ekor nak buat ayam goreng berempah...
Dan beli tauhu dan bahan2 untuk buat tauhu poket
(Nak introduce Iza punya tauhu poket)
MIL pesan suruh beli pisang abu, dia nak masak pengat pisang.
Kena masak byk sebab ada 2 SIL & family pun nak berbuka kat rumah MIL.
Sorang dari Kajang dan sorang memang tinggal kat Batu Gajah gak (rumah lain la, bukan rumah MIL). So, campur semua 17 orang termasuk iqbal...
Nasib baik MIL ada maid, so dia la yg cuci semua ikan, udang dan ayam...

MENU BERBUKA

1. Gulai tempoyak ikan senangin (SIL1 masak)
2. Sambal tumis udang + petai (SIL1 masak)
3. Ikan terubuk goreng (kak ton masak)
4. Kari kambing (SIL2 yg bawakan)
5. Ayam goreng berempah (kak ton masak)
6. Ikan pekasam goreng (SIL2 yg bawakan)
7. Tauhu poket (Kak Ton masak)
8. Tempe goreng (Maid yg masak)
9. Pengat pisang (MIL masak)
10. Kuih kaswi (SIL1 masak)
11. Air teh o dan grape

Tapi langsung tak ingat nak amik gambar...padahal kamera ada bawa...

Kuih dan pengat tu makan lepas terawih.
Mlm tadi pergi solat terawih kat mesjid.
1st time terawih kat masjid tahun ni, sebelum ni buat kat umah sorang2 je...
Tak de org nak jaga iqbal ni...
Tp malam tadi tinggalkan dia dgn Nadia...
Anak sedara pun ada dgn maid lagi...boleh le tengokkan dia...
Lagipun dia tdo... dan bangun selepas kak ton dah balik dari mesjid...
Ok la...Kalau tak sure dia mengamuk bila cari ibu dia tak jumpa...

No comments: