Rumah Ku Syurga Ku

Friday, September 19, 2008

Choc cips cookies version coklat

Malam tadi lepas terawih, buat choc cips version coklat pulak...
Substitute tepung gandum dengan serbuk koko...
pukul 12tghmalam baru siap...



Resepi sama macam choc cips cookies biasa tu...

Choc cips cookies versi coklat
Bahan2
1. 1 1/2 cawan tepung rose/gandum pun boleh
2. 1/2 cawan serbok koko
3. 1 cawan mentega
4. 1 cawan gula kastor
5. 1 cawan gula perang
6. 2 1/2 cawan oats yg telah di blend
7. 1 1/2 cawan chopped nuts (kak ton pakai almond nibs + walnut yg dicincang; panggang/sangai kejap...)
8. 350g choc cips (kes tak cukup choc cips coklat, kakton campur dengan white choc cips)
9. 2 biji telur
10. 1 sudu teh soda bikarbonat
11. 1 sudu teh baking powder
12. 1 sudu teh esen vanila
13. 1 sudu teh choc emulco, nak bagi up colour coklat tu sikit...

***Oleh kerana kak ton pakai white choc cips, kak ton kurangkan gula castor jadi 3/4 cawan je dan gula perang pun jadi 3/4 cawan... White choc cips kan ke manis, so takut manis sangat pulak... bila dah siap dan makan, rasanya memang jest nice!!!!

Cara2
1. Pukul butter dan gula kastor dan perang hingga gebu, masukkan esen vanila dan choc emulco
2. Masuk kan telur 1 by 1; pukul lagi
3. gaul dgn spatula/tangan; tepung, nuts dan choc cips
4. Scoopkan dgn sudu atau pakai tangan je kedlm loyang pembakar yg telah digris...jarakkan sikit, takut nanti kembang dan melekat...
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit... (bergantung pada saiz cookies dan oven masing2).
6. Kalau kurang masak, tambahkan masa...kena try and error la...
7. Selamat mencuba

No comments: