Rumah Ku Syurga Ku

Friday, September 19, 2008

19th Ramadan 1429

Berbuka hari ni..buat masak lemak buah munggai/kacang kelo (panggilan org selatan) + ikan bilis...
1st time masak buah munggai/kacang kelo ni...



Tepon kakak minta resepi tadi...
bahan2 :
1. 5/6 biji buah munggai
2. 2 sudu teh ketumbar
3. 1 1/2 sudu teh jintan manis
4. 5 ulas bawang merah
5. 5 biji cili kering...(atau pes lada kering, ikut nak pedas ke tak)
6. 2 genggam ikan bilis (kalau nak letak udang basah pun boleh..lagi sedap)
7. 100 ml santan pekat...
8. 500 ml air (Ikut le setakat mana nak kepekatan kuah tu)

cara2
1. kikis kulit buah munggai, potong pendek2 dan bersih kan seperti dlm gambar...

Ni buah munggai


Ni rupe selepas dikikis


Ni rupe selepas dipotong...


2. Ketumbar, jintan manis dan cili kering direndam 10 minit dgn air panas untuk lembutkan...
3. Blend ketumbar, jintan manis, bawang merah dan cili kering dan sedikit ikan bilis...
4. Masukkan semua bahan blend, buah munggai, ikan bilis dan santan...
5. Masak atas api sederhana hingga buah munggai masak.
6. Perasakan dgn garam secukup rasa.
7. Sedia untuk dihidangkan...
*** kalau suka boleh letak kacang dal dalam 2 genggam. Kacang Dal juga perlu di rendam dgn air panas untuk lembutkan. Jadi tak perlu masak terlalu lama untuk empukkan kacang dal itu...

Ayam pedas...

popia basah dan putu piring..
kuih tunjuk...
heheh

No comments: