Rumah Ku Syurga Ku

Tuesday, March 24, 2009

cucur udang

menu untuk minum petang tadi...
cucur udang...kuah kacang...



resepi cucur udang...sorry, tak de ukurannya tepat...
main agak2 je...
bahan2
1. 1/2kg tepung gandum
2. 1 biji telor
3. 1 susu besar mentega @minyak masak
4. udang, tauge, kucai, daun bawang
5. sedikit garam dan gula secukup rasa
6. air untuk membancuh secukupnya
7. 1 cawan air panas
cara2
1. gaul tepung dengan mentega, garam, gula dan telor
2. masukkan air panas...kacau
3. masukkan air sedikit2 dan kacau rata. Agak2 adunan dah just nice untuk jadi cucur udang...
4. sudukan adunan dan goreng dlm minyak yg panas...

kuah kacang pulak...
Resepi agak2 gak ni...
bahan2
1. 2 cawan kacang tanah yg telah di goreng tanpa minyak dan dikisar.
2. 2 sudu besar gula merah/gula melaka
3. 1/2 sudu besar gula pasir
4. sedikit garam
5. sedikit air asam jawa
6. 1 sudu besar cili mesin...kalau nak pedas, tambah la lagi...

cara2
1. bancuh kacang tanah dengan air (lebih kurang 3 cawan air)
2. didihkan kacang tanah tadi dgn api perlahan bersama cili mesin, gula merah, gula pasir, garam dan air asam jawa. Biar mereneh selama 15@20 minit.
3. kalau agak2 pekat sangat, tambahkan air panas.

**perlu dikacau selalu..supaya tak hangit...
**Kuah akan jadi lebih pekat bila dah sejuk...
jadi, kalau pekat sangat, cuma tambahkan air panas semasa nak menghidang. Tak perlu lagi dimasak.

No comments: