Rumah Ku Syurga Ku

Saturday, September 12, 2009

Biskut Mazola

Biskut ni kegemaran Mr Hubby.
Resepi dia senang je...
Dapat dari makcik kat kampung...
Mak Cik kata kalau nak wat biskut ni...
tepung gandum mesti sama banyak ngan kacang tanah.
(kalau kacang tanah 1 kati, tepung pun 1 kati)
manakala sukatan gula pula ialah separuh dari sukatan kacang atau tepung tadi.
(kalau 1 kati tepung/kacang tanah, maknanya 1/2 kati gula)



Resepi biskut Mazola (dlm 1 balang saiz sederhana)

bahan2
1. 200g kacang tanah yg di panggang tanpa minyak dan dikisar halus
2. 200g tepung gandum yg diayak dan di panggang sebentar
3. 100g gula pasir yg dikisar halus
4. Minyak jagung secukupnya (kton pakai minyak kacang cap pisau je)
5. kuning telur untuk disapu diatas biskut
6. butter untuk disapu pada loyang pembakar agar biskut tidak melekat

Cara2
1. Panaskan minyak atas api sederhana
2. Sementara itu, gaul rata kacang tanah, tepung  dan gula
3. Bila minyak telah betul2 panas, tuangkan perlahan kedalam campuran tadi sedikit demi sedikit.
4. Gaul rata adunan menggunakan spatula. Hati2 minyak panas!!!!
5. Masukkan minyak panas dan gaul rata lagi sehingga adunan menjadi doh.
6. Bentukkan bulat2 dan susun didalam loyang pembakar
7. Sapukan kuning telur keatas biskut dan bakar pada suhu 180 celcius selama 20 minit atau sehingga kuning telur menjadi sedikit coklat. 

No comments: