Rumah Ku Syurga Ku

Tuesday, September 1, 2009

Hidangan 9 Ramadan 1430H dan Shopping Raya

Hari Ahad 9 Ramadan...
Kami sekeluarga berbuka puasa di Quality Hotel, Jalan Raja Laut.
Mesti ada yang tertanya2 kenapa sampai ke Tengah2 KL untuk berbuka kan???

ermmm sebab apa lagi sebab nak shopping baju raya anak2 la...
dan nak ambil baju kurung Kak Ton dan Nadia yg ditempah dari Zieza fashion kat Medan Mara dan Nak ambil baju Melayu Abg Megat dan all the boys dari BAK kat Wisma Yakin.

Nak cerita la sikit macammana we all gilir2 pergi shopping

1st round : 
Lepas check-in kat Quality Hotel dan selepas solat Zohor...Abg Megat, Imran dan Irsyad ke KLCC dgn teksi. Kak Ton, Nadia dan IQbal tinggal di bilik je...

2nd round :
Lepas berbuka dgn minum milo je dan solat berjemaah Maghrib, we all turun makan di Ramadan buffet kat one of the restaurant kat hotel tu.  
Makanan kat situ....macam2 ada...Tapi paling sedap..bagi Kak Ton ialah mee goreng dan kuey teow goreng mamak.  Ada artis yg mnghiburkan kami sambil2 makan tu iaitu Jaafar Onn dan Haiza.
Ada juga cabutan bertuah..dan nasib Kak Ton agak baik, Alhamdulillah...dapat hamper cabutan bertuah tu....dari Santan Harmoni...jenuh la Kak Ton dok masak berlemak je lepas ni...
Tapi tak pe, boleh simpan untuk masak2 lepas2 Raya ni..mana la tau nak buat kuah lodeh ke...hehehe. 
Selesai makan, we all jalan kaki ke Wisma Yakin...nak ambil baju2 Melayu yg ditempah.  Jauh juga tu, kesian gak kat Iqbal, penat jalan...hehehe
Tapi dia langsung tak merungut penat...cuma dia minta air...dahaga agaknya sebab peluh2 jalan...dalam sesak2 org ramai lagi...
Punya la ramai org berniaga dan apatah lagi orang yg membeli belah...
Macam2 ada....sayang betul sebab Kak Ton tak berkesempatan/teringat nak ambil gambar suasana di jalan masjid India itu...
We all sampai balik bilik hotel dalam pukul 11 malam...
Terus solat berjemaah Isyak dah terawih...Alhamdulillah
Selesai Solat...betul2 jam 12 tgh malam...
Dari bilik tu, dapat dengar dan lihat bunga api sempena sambutan kemerdekaan ke 52 tahun
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Selamat menyambut kemerdekaan buat semua ANAK MALAYSIA....dimana sahaja anda berada...
So, malam tu semua tidur dengan begitu nyenyak...sebab kepenatan dan kekenyangan
Pukul 4 pagi, bergilir2 pulak turun bersahur di salah satu restoren kat hotel tu...
Not bad...ada
1. nasi lemak...
2. mee hailam
3. beraneka roti dan cereal...

3rd Round :
Isnin pagi, dalam pulul 10, Kakton ngan abg Megat berdua je ke SOGO...
Nak beli lagi beberapa helai baju2 untuk anak2...
We all dok imagine, sure senang nak shopping ni sebab masih awal, dna sure org tak ramai sangat, senang la nak buat pilihan.
Rupanya2, sudah  ramai yg menunggu pintu SOGO dibuka...
Dan we all adalah org yg ke berappa ratus dah masa masuk SOGO tu...
ermmm
Kebetulan, SOGO last day sales pulak...
So, we all meneruskan misi mencari baju untuk anak2...
Dalam pada itu sempat gak Abg Megat sambar 2 helai kemeja Raya dari British India dan Kak Ton sempat sambar bekas biskut raya Pyrex, 3 biji...hehehe
Dan tak lupa singgah Zieza Fashin kat Medan Mara untuk ambil baju KTon dan Nadiah yg ditempah...
We all balik ke bilik hotel dalam pukul 12.30tghhari dan terus bersiap untuk checkout.
Lepas checkout dan masukkan semua luggage dalam kereta...
Misi seterusnya....

4th Round :
Bawa anak2 pergi Pertama Complex...
Pergi Reject Shop...
Belikan beberapa helai Tshirt dan seluar untuk pakaian harian...
Murah2 baju kat reject shop ni...

Selesai sudah acara membeli belah....
Kembali ke parking hotel dan bertolak balik ke rumah...sekitar jam 2.45pm
Tiba dirumah dalam pukul 3.10pm...
Dalam keletihan...sempat gak masak simple2 untuk berbuka..
menunya...entry seterusnya...


No comments: