Rumah Ku Syurga Ku

Wednesday, September 2, 2009

Hidangan 11 Ramadan 1430H

Hari ke 11 berpuasa...
Hari pertama anak2 bersekolah  masa bulan puasa tahun ni selepas 1 minggu bercuti...
Dan bermula la semula tugas Kak Ton mengambil dan menghantar mereka pergi dan balik sekolah.

Balik je dari sekolah, lepas solat Zohor, Imran dan Irsyad tidur...
Pukul 6 ptg, baru kejutkan diaorg bangun untuk mandi dan bersolat Asar...
ermmm letih sungguh...

Tanya diaorg, nak makan apa untuk berbuka...
Diaorg cakap...ape2 je le ibu...
aduh!!! nak fikir apa nak masak ni bukan kerja mudah sebenarnya...

so ini la hidangan berbuka hari ni

1. Kangkung goreng belacan


2. Kari Ikan Jenahak putih...
Jenahak jenis kecil...kalau jenahak biasa tu dia ada kaler pink2 sikit... Yg ini putih semua...


2. Udang Supreme 
Resepi AnaWahid tapi tak ikut 100%...Guna bahan2 apa yg ada je...


And of cause ada sambal belacan dan ikan goreng sebagai pelengkap hidangan...
Selamat menjamu selera..Jangan lupa baca doa...amin

2 comments:

geraugebang said...

salam kenal dari kak gerau. ni lauk ngam ni.

KAK TON said...

salam kenal kak gerau...lauk ngam>>mesti org utara gak ni kut??? tkasih sudi singgah...