Rumah Ku Syurga Ku

Tuesday, March 24, 2009

HomeMade Sardin

Semalam pergi jalan2 kat rumah Mat Gebu...
ada resepi homemade sardin...
So pagi tadi, pergi kedai, nampak ada ikan sardin...
ermmm
Nak try la buat homemade sardin...
Anak2 suka sangat makan sardin, tapi ada org kata tak elok makan selalu..
sebab makanan dlm tin kan ke ada letak bahan pengawet...
Dan ada gak org cerita, kebersihan tak terjamin...
wallahuallam...
itu la pasal, bila tengok mat kata rasa homemade sardin tu sama macam sardin dalam tin...
terus rasa nak try....
Dan kebetulan vitamin R melanda...
Apa lagi, tghhari tadi start la projek homemade sardin tu...
beli 1 kg ikan sardin...selepas dibuang kepala dan dicuci...
jadi 700g lebih...13 ekor ikan...
resepi Che Mat Gebu pun memang untuk 700g ikan...

tada!!!!!
ini la hasilnya....
masak kicap sardin....
yg siap untuk dimakan...
menu dinner malam ni...
masak lemak cili padi ikan senangin dan masak kicap sardin ni la...
rasanya exactly sama dengan sardin dalm tin...
so kepada sesiapa yg ada pressure cooker...dan suka makan sardin...
cuba la resepi homemade sardin ni...
memang puas hari sangat...
Dan tak la susah pun nak membuatnya...
bahan2 pun senang je...




Ini pula...untuk disimpan...
dah masuk dalam fridge dah...



resepi dari blog Mat gebu...
kton copy and paste je kat sini erk...
tima kasih banyak2 pada mat kerana sudi kongsi resepi....

BAHAN-BAHANNYA :
1. 700 g ikan tuna/sardin
2. 1/2 cawan tomato puree
3. 1/2 cawan minyak masak
4. 25 g bawang putih (5 ulas)
5. 80 g bawang merah (8 ulas)
6. 20 g halia (2 inci)
7. Garam dan gula secukup rasa
8. 2 1/2 cawan air

**Kisar halus bwg putih, bwg merah dan halia

CARA MEMBUATNYA :
1. Bersihkan ikan, buang kepala
2. Perap ikan dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit.
3. Cuci bersih dan toskan.
4. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
5. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
6. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

1 comment:

rapheydhillo said...

k.ton,
dah jumpa resepi homemade sardin ni. Tp saya takde pressure cooker. Masak pki periuk biasa boleh tak??