Rumah Ku Syurga Ku

Sunday, March 22, 2009

Roti canai dan kuah dal...

petang tadi menguli roti canai...
sambil2 ditolong oleh En Hubby...
So menu dinner malam ni....
Roti canai dengan kuah dal...
Lepas tu mlm ni, buat kuah dal...
Kak ton dan En hubby sama2 menebarkan roti canai ni...
Tak pandai tebar, sudahnya..tarik2 je le...
Ada yg koyak, lubang....hahahah
lucu gak...
Walaupun kurang menjadi tebaran dan lapisan roti canai yg kami buat...
Tapi anak2 makan sorang 2 biji gak...
Puas hati sebab makan dari hasil tangan sendiri yg dah tentu kebersihannya...

Inilah diantara roti canai yg tercantik....yg kami buat malam ni...



Resepi dapat dari Myresipi la..mana lagi kan???
Copy and paste je ni...
resepi dari joayee...

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
1. 550 gm tepung gandum
2. *250 gm air
3. *1 egg-50gm
4. *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
5. *1 tsp garam-6gm
6. *1 tsp butter/margerin-15gm
7. 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara
1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
3. uli hingga jadi doh
4. rehatkan doh selama 10min
5. uli lagi selama 5min
**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
*tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
*Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

resepi kuah dal pulak....
dari s_shamen...Myresipi...
copy and paste gak ni...

Bahan-bahan ( 6 orang )
1. 1 cawan kacang dal
2. 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
3. 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
4. 2 biji kentang dibelah
5. sedikit serbuk kunyit
6. **1 inci halia diracik
7. **2 biji bawang putih diracik
8. **3-4 biji bawang kecil dimayang
9. **sedikit daun kari
10. **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
11. **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
12. 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
13. minyak untuk menumis
14. garam & gula sesedap rasa

***kakton tambahkan daging cincang sebagai menambah perisa...Kalau nak tambah ayam atau udang pun ok gak...

Cara-cara
1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
2. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
3. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
4. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

1 comment:

Balqis House said...

MINTA CUBA RESEPI YA...TERIMA KASIH