Rumah Ku Syurga Ku

Thursday, April 2, 2009

homemade ice cream

homemade Ice Cream...
Dah lama teringin nak buat ice cream ni...
Tapi macam tak berapa nak confident je...
Akhirnya semalm merajinkan diri...
Buat homemade ice cream...

Buat 2 perasa sekali....
kacang merah dan coklat...
memang sedap dan puas hati...



Resepi dapat kat Myr...

Tengok kat resepi basic icecream...
pastu pandai2 diolah sendiri tambah perisa...
Senang bangat nak buat ice cream ni sebenarnya...

Resepi ice cream kacang merah
bahan2
1. 2 cawan susu segar (kak ton pakai susu penuh cream dutch lady)
2. 2 cawan coffeemate serbuk
3. 3 sudu besar paste kacang merah (kalau pakai kacang merah dlm tin yg sebiji-sebiji tu lagi sedap kut...)
4. Gula sesedap rasa...1-2 sudu besar dah cukup...

*** Oleh kerana paste kacnag merah dah memang manis, tak perlu letak gula dah.

untuk ice cream coklat
bahan2
1. 2 cawan susu perasa coklat (kak ton pakai susu penuh cream dutch lady)
2. 2 cawan coffeemate serbuk
3. 1 sudu besar choc emulco...cuma nak bagi up sikit kale coklat ice cream tu
4. Gula sesedap rasa...1-2 sudu besar dah cukup...

*** Oleh kerana susu coklat tu dah memang manis, tak perlu letak gula pun dah ok.

Cara2 membuat ice cream...
1. putar susu dan coffeemate selama 7-8 minit pada kelajuan 2 je...
2. masukkan didalam bekas bertutup, bekukan didalam freezer selama 2-3 jam atau 3/4 beku
3. putarkan lagi sekali selama 1-2 minit je pada kelajuan 1 je...
4. bekukan semula selama 8 jam atau semalaman...
5. bolehla dimakan bersama taburan choc rice/roasted almond/kacang tanah atau ape2 je le...


***semasa putaran kedua, bolehlah dimasukkan perasa tambahan yg dikehendaki...
kacang merah/jagung/milo/oreo dll mengikut selera anda...
***ice cream ini rasa seperti ice cream yg dibeli di kedai tu...Tapi awas, ia sangat cepat mencair...
jadi perlu cepat2 makan selepas di scoopkan...

No comments: