Rumah Ku Syurga Ku

Thursday, April 23, 2009

Pemergian Adik Ke Rahmatullah 22 April 2009

Alfatihah untuk Arwah adik, semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman.

Kak Ton nak cerita sikit kat sini sebagai kenangan.

Allahyarham adik nama Mohd Sharif. Adik bongsu dari kami 10 beradik. Umur belum masuk 37 tahun, besday bulan Nov. Seorang guru dan aktif sukan.
Arwah rapat sengan semua orang kerana sikap beliau yg sentiasa 'cool' dan suka buat lawak.
Arwah juga disayangi oleh anak2 murid, walaupun arwah merupakan guru disiplin di sekolah.
Arwah mengajar murid tahun 1 kelas pemulihan.

Sebagai Pak Su, arwah juga rapat dengan anak2 saudara. Arwah ni memang baru start ada high blood pressure...Tapi belum lagi on medication...Dan dia juga seorang perokok sejak lepas sekolah menengah lagi.

Arwah meninggalkan seorang isteri, Sanisah, juga seorang guru berumur 33 tahun dan 5 orang anak lelaki...
1st...10 tahun Mohd Syazwan
2nd...8 tahun Mohd Aiman
3rd...5 tahun Mohd Farhan
4th...3 tahun Mohd Izham
5th....1 tahun (esok genap setahun) Mohd Haziq

Sedikit rentetan kematian arwah...
Pagi Selasa 21 April 2009...
Arwah seperti biasa hantar isteri dia ke sekolah...sebab arwah mengajar sebelah petang...Selalunya dia akan hantar anak2 yg sekolah ke sekolah dan tinggalkan 2 org yg belum sekolah tu dirumah mak mertua arwah.
Kebetulan, anak2 semuanya kurang sihat, jadi semua dihantar kerumah nenek.
Sebelum hantar anak, arwah belikan nasi lemak untuk sarapan anak2...
Di rumah mertua, arwah bagitau mertua, dia rasa sakit kepala sangat...dan minta mertua rebuskan air daun mengkudu...
Mertua pun bergegas ambik daun mengkudu dan rebus...
Bila dia kedepan semula, dia nampak arwah dah tecungap-cungap dan berbuih mulut.
Mertua suruh arwah mengucap dan panggil anak2 suruh kipaskan arwah ayah mereka sementara mertua telefon isteri arwah kat sekolah dan bergegas ke madrasah didepan rumah minta tolong.
Kebetulan sebelah rumah mertua tu ada pelajar2 tabliq tinggal.
Kemudian, dengan pertolongan pelajar2 tabliq itu, arwah dibawa ke klinik berhampiran...
Isteri arwah, bergegas ke klinik tersebut dan seterusnya sama2 menaiki ambulan ke hospital taiping. Selesai urusan di Hospital Taiping dan dimasukkan ke ward dalam pulul 11 pagi.

Sepanjang di ward, tekanan darah masih lagi tinggi dan arwah memang mengguna kan bantuan pernafasan sejak dari klinik lagi.
Pada pukul 12tghmalam, Kak ton yang nampak perubahan pada arwah kerana tiba2 nampak kesan lebam pada lengan dan kuku menjadi biru...
Oleh kerana beliau bernafas menggunakan ventilator, keadaan beliau seperti bernafas.
Dlm keadaam kelamkabut itu, kakak kak Ton memeriksa nadi dan didapati nadi sudah tiada dan terus panggilkan nurse.....dan Doktor bertugas yg memang sedang membuat lawatan routine pemeriksaan.
Setelah 3 kali percubaan menghidupkan jantung yang dah berhenti, tetapi gagal, arwah disahkan meninggal dalam pukul 12.15 am, 22 April 2009.
INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN......
Alhamdulillah segala urusan selesai dengan begitu pantas dan tenang...
Pada pukul 2.15 pagi, 22 April 2009, jenazah dibawa menaiki kereta jenazah ke Kampung Tebuk, Terong, Taiping Perak.
Arwah disemadikan dikampung isteri arwah, dimana arwah juga memang telah membeli rumah dan menetap di kawasan perumahan berhanpiran, Taman Trong Indah.
Jenazah dimandi, dikafan dan disolatkan pada pukul 11 pagi.
Upacara pengebumian dalam sekitar kam 12 tghhari.
Segala urusan begitu lancar dan tenang
sebagaimana diberitahu oleh isteri arwah, arwah selalu berkata, kalau dia mati, dia tak nak sakit lama2 dan tak nak susahkan orang lain. Itulah permintaan arwah dengan Allah...
Sebab itu lah agaknya semuanya berjalan begitu pantas dan tenang...terasa bagai mimpi.

Arwah memang dalam keadaan tak sedarkan diri sehingga beliau meninggal.
Menurut Doktor, Blood pressure terlampau tinggi...200+.
Ini menyebabkan salurdarah utama ditengah2 antara otak kanan dan kiri pecah dan berlaku pendarahan. Menurut Dr jika pendarahan di sebelah tepi otak, Dr boleh operate...Tapi kalau ditegah2, memang tak boleh buat apa2..
Pendarahan juga berlaku di abdomen (dlm perut), dimana Dr sedut dan keluarkan darah tersebut ikut hidung.
Menurut Dr juga, kalau arwah recover pun...arwah akan lumpuh seluruh anggota...dan memory lost.
Kami semua redha atas pemergian arwah.Tiada siapa menyangka adik bongsu yg pergi dulu.
Kalau la mak kakton tidak nyanyuk...sudah tentu dia merupakan org yg paling sedih dan terkilan...anak bongsu kesayangan pergi dulu tinggalkan dia...

Sesiapa pun akan mengalirkan air mata bila melihat seorang demi seorang anak2 yang masih kecil itu mencium ayah sebelum kain kafan bahagain muka ditutup.
Dan siapa yg tidak sedih bila anak2 kecil itu duduk sederet disebelah ibu mereka di tepi kubur semasa arwah ayah mereka dikebumikan...
Tetapi anak2 itu seperti kebingungan, tidak tahu apa yg berlaku terutama yg berumur 5, 3 dan 1 tahun itu.

Semasa mereka menziarah arwah ayah mereka di hospital, pada petang Selasa...
Mereka terkejut melihat wayar berselirat di tangan, hidung dan mulut arwah ayah mereka.
Bila jenazah ayah dibawa pulang kerumah, mereka bertanya, "Ayah dah baik ke?" "Ayah dah tak sakit". Ini ialah kerana mereka melihat Arwah ayah mereka seperti tidur dalam tersenyum. Sudah tidak ada wayar/tiub berselirat di badan ayah...itulah pandangan anak kecil yg masih belum tahu soal kematian.

Memang arwah seperti tersenyum. Senyuman itu bukan sahaja kelihatan dimulut tetapi juga dimata.
Semua yang melawat jenazah juga melihat begitu.

Hanya ALLAH yg tahu.

SEMOGA ALLAH AMPUNKAN SEGALA DOSA MOHD SHARIF BIN SARIPAH,
SEMOGA ROH MOHD SHARIF BIN SARIPAH DITEMPATKAN BERSAMA ROH ORANG2 YANG BERIMAN.
INNALILLAHHIWAINNAILAIHIROJIUN
ALFATIHAH

25 comments:

Kmal said...

Salam, takziah buat kak ton sekeluarga..sedih kmal baca n3 ni...moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Mawar Merah said...

Kak Ton,
Takziah...sukar menghadapi kehilangan orang yang kita sayang.. Al-Fatehah untuknya....

KAK TON said...

terima kasih atas doa semua.
memang susah nak hadapi tapi semua orang pasti melalui perkara begini.

inahar ali said...

salam ton...takziah wat keluarga arwah ye!moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..alfatehah.!

KAK TON said...

thanks Ina...

Kak Cik said...

Salam Kak Ton.
Takziah atas pemergian arwah adik.
Sedih baca pasal anak-anak kecik tu. Anak-anak sedara saya baya tu gak waktu mak mereka meninggal. Memang mereka nampak tak ketahuan dan tak tau nak luahkan rasa mereka.Tak mahu cakap pun pasal mak mereka.After 3-4 month baru nampak perubahan and mereka mula bercakap atau menyebut pasal mak mereka.Dalam tempoh ni jangan paksa-paksa mereka.

LoVEaQshA said...

sALAM KAK TON...
Sy nk ucpkan takziah kpda kak ton n sume ahli keluarga arwah..
mmg hti akn rs sayu bila ljat ank2 kecil yg msh xmengerti ttg kematian..
Tp sume nie wat zura insaf kak..
Salam perkenalan..

kak ina kl said...

takziah buat ton dan family...

kesian bila di fikirkan nasib 5 orang anak yatim tu..alhamdulliah ibu mereka bekerja..

skrg ni tak kira muda ke tua ke..kalau dah ditakdirkan allah swt..kita kembali kepadanya..

KAK TON said...

thanks kakcik, zura dan kak ina...
Insyaallah nanti smeua ok.
baru 2 hari...

nabella said...

Ton..salam takziah...
Teringat peristiwa lampau ketika ayahanda meninggal waktu saya didlm darjah 5...kami 6 beradik mcmtu lah....kami 5 org perempuan menangis..dah faham erti kematian..tapi adik yg bungsu lelaki waktu tu umur 6 tahun..diam membisu..rupanya memendam perasaan..Bertahun2 kami merindui abah..malah smpai skrg..Itu lah kehidupan..yg hidup pasti mati..Al fatihah buat arwah adik Ton.

KAK TON said...

tq ceqna. memang sedih tengok budak2 tu...

Mat Gebu said...

Salam takziah utk kak ton sekelaurga, moga allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan di kalangan hambanya yg beriman....mat pun tercuit perasaan bila baca coretan kak ton nie, terutama anak2 arwah yg masih kecil tu....

Batdeaz ~ i'm keeping the other half said...

Salam Kak Ton,

Takziah buat Kak Ton sekeluarga. Al-Fatihah buat arwah adik Kak Ton. Kita doakan dia ditempatkan bersama-sama orang yg beriman.

Batu Menunggul said...

Takziah Ton,

Saat yang sukar..saat yang paling sedih buat semua yang tinggal. Salam buat Cikgu Sanisah, semoga tabah menghadapi takdir.

KAK TON said...

thanks mat, batdeaz dan batu menunggul...
memang kami sekeluarga sedang menghadapi saat sayu dan sedih...
semoga Allah beri kekuatan kepada kami sekeluarga...

arejar said...

salam takziah dari saya...
walaupun agak kelewatan..
saya pertama kali jenguk blog akak..

banyakkan bersabar...
ALLAH lebih sayangkan arwah...
salam takziah...

KAK TON said...

tq arejar...

KAK TON said...

tq arejar...

dz said...

salam kak ton,takziah eza ucpkan.
sedih baca kisah anak2 dia yg masih blum faham, smoga adik ipar kak ton tabah mghadapinya.

KAK TON said...

tq DZ...

Jamie said...

Salam takziah utk Kak Ton sekeluarga.. berlenang-lenang airmata baca n3 nie.. kuatkan semangat dan tabahkan hati..yang hidup pastikan mati.. itu janji Allah.. Al-fatihah.

KAK TON said...

thanks Jamie...

Kak As said...

salam,

smoga roh Syam berbahagia di Sana.... Taman Syurga. amin....


Syam.....Kau sudah tiada


keberadaan mu masih terasa
walau kau sudah tiada
kau anak soleh
kesayangan semua
pekerti mulia
menghurmati yang tua
tak pernah sekali pun
mengguris rasa siapa siapa.
kau menantu kesayangan mertua
geraklaku mu masih dilayarmata
gelaktawa jua rajuk mu
petah bicara mu
masih berkumandang ditelinga
walaupun kutahu
kau ...Syam sudah tiada
Alfatihah buat mu adikku
bersama doa dikirim selamanya
berbahgialah disana
bersama para solihin
yang pastinya
setiap yang bernyawa
pasti menemui kematian
Innalillahi wainna ilaihiraji'uun.

Anonymous said...

Hello. My wife and I bought our house about 6 months ago. It was a foreclosure and we were able to get a great deal on it. We also took advantage of the 8K tax credit so that definitely helped. We did an extensive remodeling job and now I want to refinance to cut the term to a 20 or 15 year loan. Does anyone know any good sites for mortgage information? Thanks!

Mike

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]free casino bonus[/url] coincide the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]casino online[/url] manumitted no deposit reward at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]baywatchcasino.com
[/url].