Seri Muka atau orang Kedah panggil Pulut Sekaya...
Resepi Kuih Seri muka
bahan2
1. 1 cawan beras pulut. Di rendam 4@5 jam, toskan.
2. 3 cawan santan pekat yg diambil dari 1 biji kelapa parut ( atau 1 kotak-200ml santan pekat dijadikan 3 cawan santan-jadi 600ml)
3. 1 1/2 sudu teh garam
4. 10 sudu makan gula pasir
5. 5 biji telur
6. 2 sudu makan tepung jagung
***boleh juga menggunakan tepung gandum atau tepung pulut
***tujuan hanya untuk mengeraskan sedikit bahagian kepala seri muka, agar senang dipotong
***tujuan hanya untuk mengeraskan sedikit bahagian kepala seri muka, agar senang dipotong
cara2
1. gaulkan 1 sudu teh garam dgn 1 1/2 cawam santan, masukkan beras pulut dan santan kedalam loyang dan gaul rata.
2. kukus beras pulut tadi selama 1/2 jam atau sehingga pulut masak.
3. Angkat, kacau rata dan tekan2 kan pulut agar rata dan padat.
4. Untuk bahagian atas; blend 8 helai daun pandan yg dipotong2 dengan baki 1 1/2 cawan santan tadi, perah dan tapis.atau 2 sudu teh pandan paste (Jika tidak menggunakan daun pandan)
5. Campurkan telur, tepung jagung, gula, 1/2 sudu teh garam ,pandan paste dan santan. Kacau hingga sebati menggunakan whisk.
6. Tapiskan campuran tadi dan tuangkan keatas pulut
7. kukus lagi selama 1/2 jam atau sehingga bahagian kepala masak.
***Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dipotong.
***potong menggunakan pisau plastik agar potongan licin dan kemas
No comments:
Post a Comment