Last week...pergi beli durian...
pastu minta kat org jual tu nak beli durian untuk buat tempoyak...
maksudnya durian yg dah masak sangat atau tak berapa sedap untuk makan camtu je le..
Maklum la durian ni kan, ada yg manis, ada yg tawar...ada gak yg keras...
so, budak jual durian tu bagi 1 bakul, dalam 20 biji kut...rege rm10...
balik rumah, jenuh la juga kakton dok keluarkan isi durian tu untuk buat tempoyak...dapat la satu bekas besar gak la stok tempoyak...
So hari ni buat la tempoyak masak ni...peberet Imran ngan Nadia and of cause peberet ibu ngan ayah gak...hehehe
Kakton dulu2 tak reti makan tempoyak ni...tapi bila dah kawin ngan orang perak...dok cuba2 makan tempoyak ni...suka la pulak...heheh
senang je nak buat tempoyak masak ni...
1. Tumbuk/blend cili merah, cili padi dan kunyit hidup.
2. Gaul bahan tumbuk dengan ikan bilis, serai diketuk, daun kunyit disiat dan tempoyak...letak garam dan air sikit...
3. Masak atas api kecil
4. Kacau selalu supaya tak hangus.
5. Bila dah agak2 pekat, tutup api.
(tak amik gambarpun ...)
2 comments:
kak ton
tempoyak tu tak tahan nengok...huhu meleleh air liur ni
hahaha ramai gak peminat tempoyak ye...
Post a Comment