Rumah Ku Syurga Ku

Sunday, June 7, 2009

Sekitar kenduri tahlil pada 1hb Jun 2009

Pada 1hb June 2009 yang lepas, kami adik beradik mengadakan kenduri tahlil untuk arwah Abah, Kak Chak (kakak sulung) dan Adik bongsu.

Al-fatihah


Acara bermula pada pukul 10 pagi dimana kaum wanita membaca surah yasin dan doa tahlil.
Diketuai oleh Mak Su Foziyah, adik ipar arwah abah yg merupakan guru mengajar alquran.


Selesai doa kaum2 wanita menjamu selera...

Sementara kaum wanita menjamu selera, kaum lelaki pulak membaca yasin dan doa tahlil

Akhir sekali kaum lelaki pulak mengambil tempat menjamu selera.
Makanan ditempah dari Ramlee Catering
Memang sedap!!!
Menu; nasi minyak, kari daging, ayam madu, acar buah, air sirap
Disamping itu kami hidangkan juga buah tembikai, kuih pau, kuih kaswi, apam eno dan agar2
Semoga Allah memberkati majlis kami itu dan semoga ALLAH ampunkan dosa2 mereka dan dosa2semua muslimin-muslimat yang telah meninggal dunia.
AMIN.

No comments: