Rumah Ku Syurga Ku

Monday, March 30, 2009

karipap pusing

Lama sungguh rasanya tak buat karipap pusing ni...
so petang tadi merajinkan diri...buat inti daging campur kentang je.

Buat untuk sekali makan je...
dapat 32 biji karipap yg comel2...
step2 nak buat karipap pusing tu ada kat sini link

Pokok bunga Ros lagi...

Last week, pergi beli barang sikit kat K4...
in fact tiap minggu pergi K4 tu..heheh
terberkenan la pulak kat si ROSE yg ada 2 warna ni...
putih dan pink...
rege rm16...
masa beli hr tu, bunga2 tu belum kembang...
semalam, dah kembang....cantik sangat
harap2, bertahan la pokok ni dan berbunga lagi lepas ni...

nasi beriyani udang dan dalca sayur campur udang

Ini la nasi beriyani udang...menu lunch dan dinner hari ni...
rsepi amik kat blog Mat gebu...resepi asal dari dapur hanieliza...
ini link dia. Tq Mat dan Liza...
memang sedap sangat...



Tapi kton derhaka sikit kat resepi...
instead of pakai susu cair dan minyak sapi...
kton pakai yogurt dan minyak masak je...
makan dengan acar timun mentah....

dan dalca sayur-sayuran campur udang...






mihun sup kedah

semalam lunch...masak mihun sup kedah...
kat KL ni susah nak jumpa mihun sup kedah yg kaw2 ni...
Kalau ada jual pun, macam tak cukup rasa je...
ermmm...buat sendiri je le...
resepi ada kat myresepi....dah post kat sana...
ni link dia

Sunday, March 29, 2009

Candle light dinner

Earth hour...malam tadi 8.30 to 9.30 pm
Oleh kerana kami sekeluarga kesian kat bumi kita yg dah uzur ni...
so, we all dengan exitednya participate nak off semua lampu malam tadi, 28th March 2009. from 8.30 to 9.30pm.
Prepare dinner dan tunggu 8.30, baru start makan...
heheh
Tapi sedih gak...jiran belakang...dan sebelah...
buat tak tau je..
dok pasang lampu terang benderang...
Agaknya diaorg ni tak tau atau tak ambil kisah...

Thursday, March 26, 2009

kek pisang

jadi gak buat kek pisang resepi sofinar kat MYResipi...
Tapi tak letak overlet...
jadi gak..lembut...
Tapi merekah sikit kat atas tu...
Kalau ikut resepi, kena bakar suhu 180 celcius, 40-50 minit
tapi kak ton dah turunkan ke 160 celcius, 50 minit
Tapi ok gak kut sebab kek pisang yg beli kat kedai tu pun selalunya merekah gak...
heheh
betul la cam hunny cakap, senang je nak buat ...mixerkan je semua bahan...
rasa dia memang sedap!!!!
Abang Megat kata, "beli kat kedai ke?"
Nasib baik Irsyad jadi saksi, kata ibu buat sebab dia ada kat rumah kan...
heheh

spaghetti bolognese dan mushroom soup

menu dinner malam tadi...
spaghetti bolognese....


Resepi...sendiri gak....
Main campak2 je...

bahan2:
1. 1 paket spaghetti direbus sampai lembut...masukkan sedikit garam dan minyak kedalam air rebusan.
*** nak pastikan spaghetti dah lembut ke belum...ambil sedikit, dlm 1 inci...spaghetti...lemparkan ke dinding...kalau spaghetti tu melekat ke dinding...maknanya spaghetti tu dah masak le...Petua ni dapat dari biras Kak Ton, Abang Salleh yg dok nun di atas Bukit Mewah di Kajang...tq.
2. 500g daging cincang
3. 1 tin sos spaghetti brand campbell...perasa asli
4. 1 tin sos spaghetti brand campbell...perasa cendawan
5. 1 tin cendawan butang yg dihiris nipis
6. 5 ulas bawang putih dicincang
7. 2 labu bawang besar dicincang
8. sedikit minyak untuk menumis
9. garam dan gula secukup rasa
10. sedikit oregano...

cara2
1. panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar hingga naik bau.
2. masukkan sos2 tadi. Didihkan
3. masukkan daging cincang, cendawan butang dan air (dalam 4 cawan)...
4. renehkan dengaan api perlahan selama 30 minit...
5. agak2 kepekatan kuah tu dah ok, masukkan garam dan gula secukup rasa...
***kalau pekat sangat, tambah air panas...kalau cair, tambahkan masa mereneh...
6. tutupkan api dan masukkan oregano...kacau rata...


mushroom soup...
makan ngan roti sapu garlic spread...



resepi...
ambik dari my resepi...resepi minami
tapi dalam resepi tu kena letak ayam...
kat rumah tak de ayam...so derhaka la sikit kat resepi minami tu...

bahan2
1. 1 tin cendawan butang..di blend kasar dgn 1/2 cawan air
2. 1 cawan tepung gandum dibancuh sebati dengan 1 cawan air
3. 2 kiub ayam
4. garam dan gula secukup rasa

cara2
1. rebus cendawan yg telah di kisar kasar...renehkan selama 10 minit
2. masukkan kiub ayam, garam dan gula
3. masukkan 2 cawan air...didihkan lagi...
4. akhir sekali masukkan tepung gandum yg telah dicampur air tadi
5. kacau perlahan diatas api kecil...renehkan....dalm 3 minit....
***kalau pekat sangat, boleh tambahkan air panas

Tuesday, March 24, 2009

cucur udang

menu untuk minum petang tadi...
cucur udang...kuah kacang...



resepi cucur udang...sorry, tak de ukurannya tepat...
main agak2 je...
bahan2
1. 1/2kg tepung gandum
2. 1 biji telor
3. 1 susu besar mentega @minyak masak
4. udang, tauge, kucai, daun bawang
5. sedikit garam dan gula secukup rasa
6. air untuk membancuh secukupnya
7. 1 cawan air panas
cara2
1. gaul tepung dengan mentega, garam, gula dan telor
2. masukkan air panas...kacau
3. masukkan air sedikit2 dan kacau rata. Agak2 adunan dah just nice untuk jadi cucur udang...
4. sudukan adunan dan goreng dlm minyak yg panas...

kuah kacang pulak...
Resepi agak2 gak ni...
bahan2
1. 2 cawan kacang tanah yg telah di goreng tanpa minyak dan dikisar.
2. 2 sudu besar gula merah/gula melaka
3. 1/2 sudu besar gula pasir
4. sedikit garam
5. sedikit air asam jawa
6. 1 sudu besar cili mesin...kalau nak pedas, tambah la lagi...

cara2
1. bancuh kacang tanah dengan air (lebih kurang 3 cawan air)
2. didihkan kacang tanah tadi dgn api perlahan bersama cili mesin, gula merah, gula pasir, garam dan air asam jawa. Biar mereneh selama 15@20 minit.
3. kalau agak2 pekat sangat, tambahkan air panas.

**perlu dikacau selalu..supaya tak hangit...
**Kuah akan jadi lebih pekat bila dah sejuk...
jadi, kalau pekat sangat, cuma tambahkan air panas semasa nak menghidang. Tak perlu lagi dimasak.

HomeMade Sardin

Semalam pergi jalan2 kat rumah Mat Gebu...
ada resepi homemade sardin...
So pagi tadi, pergi kedai, nampak ada ikan sardin...
ermmm
Nak try la buat homemade sardin...
Anak2 suka sangat makan sardin, tapi ada org kata tak elok makan selalu..
sebab makanan dlm tin kan ke ada letak bahan pengawet...
Dan ada gak org cerita, kebersihan tak terjamin...
wallahuallam...
itu la pasal, bila tengok mat kata rasa homemade sardin tu sama macam sardin dalam tin...
terus rasa nak try....
Dan kebetulan vitamin R melanda...
Apa lagi, tghhari tadi start la projek homemade sardin tu...
beli 1 kg ikan sardin...selepas dibuang kepala dan dicuci...
jadi 700g lebih...13 ekor ikan...
resepi Che Mat Gebu pun memang untuk 700g ikan...

tada!!!!!
ini la hasilnya....
masak kicap sardin....
yg siap untuk dimakan...
menu dinner malam ni...
masak lemak cili padi ikan senangin dan masak kicap sardin ni la...
rasanya exactly sama dengan sardin dalm tin...
so kepada sesiapa yg ada pressure cooker...dan suka makan sardin...
cuba la resepi homemade sardin ni...
memang puas hari sangat...
Dan tak la susah pun nak membuatnya...
bahan2 pun senang je...




Ini pula...untuk disimpan...
dah masuk dalam fridge dah...



resepi dari blog Mat gebu...
kton copy and paste je kat sini erk...
tima kasih banyak2 pada mat kerana sudi kongsi resepi....

BAHAN-BAHANNYA :
1. 700 g ikan tuna/sardin
2. 1/2 cawan tomato puree
3. 1/2 cawan minyak masak
4. 25 g bawang putih (5 ulas)
5. 80 g bawang merah (8 ulas)
6. 20 g halia (2 inci)
7. Garam dan gula secukup rasa
8. 2 1/2 cawan air

**Kisar halus bwg putih, bwg merah dan halia

CARA MEMBUATNYA :
1. Bersihkan ikan, buang kepala
2. Perap ikan dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit.
3. Cuci bersih dan toskan.
4. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
5. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
6. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

Sunday, March 22, 2009

Roti canai dan kuah dal...

petang tadi menguli roti canai...
sambil2 ditolong oleh En Hubby...
So menu dinner malam ni....
Roti canai dengan kuah dal...
Lepas tu mlm ni, buat kuah dal...
Kak ton dan En hubby sama2 menebarkan roti canai ni...
Tak pandai tebar, sudahnya..tarik2 je le...
Ada yg koyak, lubang....hahahah
lucu gak...
Walaupun kurang menjadi tebaran dan lapisan roti canai yg kami buat...
Tapi anak2 makan sorang 2 biji gak...
Puas hati sebab makan dari hasil tangan sendiri yg dah tentu kebersihannya...

Inilah diantara roti canai yg tercantik....yg kami buat malam ni...



Resepi dapat dari Myresipi la..mana lagi kan???
Copy and paste je ni...
resepi dari joayee...

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
1. 550 gm tepung gandum
2. *250 gm air
3. *1 egg-50gm
4. *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
5. *1 tsp garam-6gm
6. *1 tsp butter/margerin-15gm
7. 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara
1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
3. uli hingga jadi doh
4. rehatkan doh selama 10min
5. uli lagi selama 5min
**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
*tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
*Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

resepi kuah dal pulak....
dari s_shamen...Myresipi...
copy and paste gak ni...

Bahan-bahan ( 6 orang )
1. 1 cawan kacang dal
2. 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
3. 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
4. 2 biji kentang dibelah
5. sedikit serbuk kunyit
6. **1 inci halia diracik
7. **2 biji bawang putih diracik
8. **3-4 biji bawang kecil dimayang
9. **sedikit daun kari
10. **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
11. **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
12. 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
13. minyak untuk menumis
14. garam & gula sesedap rasa

***kakton tambahkan daging cincang sebagai menambah perisa...Kalau nak tambah ayam atau udang pun ok gak...

Cara-cara
1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
2. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
3. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
4. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

Saturday, March 21, 2009

asam pedas ikan sembilang...

menu lunch hari Sabtu...
asam pedas ikan sembilang...

Roti Marble coklat

ptg tadi buat roti marble coklat...
tergoda tengok ramai geng2 forum MyResipi dok buat roti marble coklat ni...
Memang lembut dan cantik je corak dia...
amik resepi kat My resepi la...





Tapi anak2 tak gemar...rasa coklat tu macam pahit2 sikit dan roti tu rasa tawar je...
may be next time kalau buat, kena tambah gula kut...

Thursday, March 19, 2009

ketam goreng, sup ketam dan ikan masin...

semalam pergi pasar..nak beli ayam buat nasi ayam tu...nampak pulak ketam besar2...
lama dah tak makan ketam ni...
Beli la 5 ekor...

Badan ketam goreng je...


Sepit dia buat sup...


Pastu goreng ikan masin tenggiri


makan dgn sambal belacan dan sup sawi yg masak untuk lunch tadi...

Nasi ayam....tauhu telur sos tiram

Ni menu semalam....
nasi ayam..
tapi lupa laks nak amik gambar nasi..heheh

ni ayam...


tauhu telur sos tiram


kicap, cili dan timun+daun bawang...
Salad tak de la pulak...2 kedai pi cari tak de jugak...
cincai je le....tak de salad pun takpe...



Dan sup.....

cheezy wedges...

Buat untuk breakfast hari Selasa...



Resepi dari My resepi...resepi puan Tulip yg nun jauh di Pakistan...
Lama sungguh tak dengar cite dari dia...senyap je...Makyung sorang tu...
Ntah2 dia dah bersalin kut..
Harap2 Tulip dan family sihat...

Ni resepi spesel untuk aymy di kuwait...
bahan2
1. 2 biji kentang saiz besar...
2. 5 sudu besar tepung gandum
3. sedikit garam
4. sedikit serbuk lada hitam
5. sedikti serbuk lada putih
6. sedikit gula
7. sedikit serbuk kunyit
8. air secukupnya

cara2
1. Kupas kentang, potong wedges/baji
2. Rebus kentang selama 10 minit atau hingga kentang 1/2 masak. Toskan.
3. Campurkan semua bahan2 dgn air. Bancuhan biar pekat seperti bancuhan tepung goreng pisang.
4. Celup kentang dlm tepung seperti membuat goreng pisang dan goreng dalam minyak panas hingga kekuningan
5. Goreng hingga habis
6. Untuk menjadikan cheezy wedges...kakton potong kecil2 slices cheese dan letakkan je atas wedges yg masih panas tu...so cheese tu akan mencair dan melekat pada wedges tu...
7. Cuba la...sedap dimakan panas2 bila2 masa...

Tuesday, March 17, 2009

award dari inahar dan ceqna...

award ni mula2 inahar bagi tapi tak leh masuk blog dia pakai IE...
ermmm takleh la nak amik award tu kan....
Pastu ceqna pulak bagi award ni...

Terima kasih kawan2 kerana sudi memberikan award ni pada saya...

kacang kuda pedas dan bubur kacang hijau...

Dah banyak hari buat kacang kuda pedas ni...

Tiba2 je terasa nak makan...

dulu2 masa zaman2 sekolah, selalu beli kat kantin...

sedap...






Pastu buat bubur kacang hijau....




kiranya hari ni hari kacang sedunia la...heheh

Tuesday, March 10, 2009

Tag dari hunny

tag dari Hunny, versi peti ais la pulak... apa-apa je la yer... peraturannya...
1. ambil gambar peti ais
2. ceritakan segala yang ada yang melekat luar dan dalam
3. jenama
4. tag orang lain pulak...

ni peti ais untuk letak ikan, ayam dll yg seangkatan dengan nya
brand hesstar


Ni pulak peti aisuntuk barang2 lain...
brand hitachi..
depan peti ais tu ada fridge magnet...
koleksi peribadi...


NI pulak bahagian dalam peti ais...



dan ini bahagian dalam freezer...


alamak nak tag sapa laks ni....
1. ika
2. hana
3. Mat gebu
4. ana wahid









Saturday, March 7, 2009

Birthday Iqbal...4 tahun

Celebrate birthday Iqbal ke 4 tahun...
Kat secret resepi gak la..sebab iqbal nak kek ben10...
Ibunya tak de mood nak buat kek...



Birthday boy yg tak reti dok diam...
sementara makanan nak siap...


Ini la kek Ben10 fourarm...
tak tau la bila nak abis kek sebiji ni...


Selamat hari lahir untuk anak bongsu Ibu, Megat Mohamad Iqbal...
Semoga membesar sihat dan jadi anak soleh, berjaya dunia dan akhirat...




Thursday, March 5, 2009

strawberry coklat...

Tadi pergi K4...nampak strawberry..teringin pulak nak makan strawberry choc dip...

tag dari Dr Ina...

TAG diterima dari Dr InaHar hari ni....
Nasib le..tetiba rajin pulak hari ni... terus buat...

Rules of the tag:
1)Make a list of what u want on your birthday
2)The list should be 10 numbers
3)post the image of this award to your posting
4)give it to 10 frens of yours

What I want for my birthday..
ermm
next month besday nih...

1)Pergi umrah sekeluarga bersama anak2...
2)Pergi dinner & overnight kat hotel 5 star...suite room dekat the centre of KL...malam2 leh merayap...
3)Kereta baru yg lebih comel untuk bawa hari2 ...mini cooper ke? hahaha berangan tak salah kan???Penat le bawa MPV ni hantar/ambik anak sekolah...
4)Breakfast in bed...on the birthday morning...
5)Minyak wangi baru...
6)sunglasses...CD ke...atau ape2 brand yg selevel dgnnya
7)handbag baru..tak kisah le aigner ke...tods ke...asalkan brand yg seangkatan dengannya
8)kasut/sandal...sedondon ngan handbag...heheh
9)Purse..juga sedondon...
10)A bouquet of roses...100 red roses

rasanya ramai dah yg dapat tag ni...
stop kat sini je le erk???

Tuesday, March 3, 2009

Masak lemak cili padi ikan masin ngan nenas

Lunch hari ni...
masak lemak cili padi ikan masin ngan nenas...
dgn ikan kembung bakar...
dan sambal kicap...


Monday, March 2, 2009

Bun Kacang Merah

Petang tadi buat bun inti kacang merah...
Resepi Mat Gebu...
Memang lembut je roti ni...