akhirnya merajinkan diri di petang khamis...
jemput minum...
Buat secawan tepung beras + 1/2 cawan tepung ubi
tapi dapat banyak...
Resepi cendol
Dapat dari Majalah keluarga Mei 2009
bahan2
1. 1 cawan tepung beras
2. 1/2 cawan tepung ubi
3. 1/2 sudu teh kapur makan, dibancuh dengan sedikit air...
4. 4 1/2 cawan air perahan daun pandan
5. sedikit pandan paste atau pewarna hijau untuk bagi up sikit warna hijau cendol tu...
Cara2
1. campur semua bahan, kacau sebati...
2. Masak bancuhan tadi atas api sederhana hingga menjadi kental, tutup api.
3. Tuang adunan dalam acuan cendol yg diletak diatas bekas berisi air sejuk dan tekan2 supaya menjadi butir2 cendol...
4. Sejukkan cendol bersama air tadi didalam peti sejuk.
5. Bila nak hidang, campurkan santan dan air gula merah...Jika suka boleh letak air batu kisar...
petua:
***adunan hendaklah cepat2 di tekan dalam acuan semasa masih panas
Ini ialah kerana bila dah sejuk, adunan akan menjadi pekat dan susah untuk keluar melalui lubang acuan tersebut...
*** kak ton tak de acuan cendol, tapi kakton pakai periuk kukus yg lubang kecil2
2 comments:
memang dah nampak resepi cendul ni..tapi nak tunggu anak balik semua baru buat...sedapkan cendul buatan sediri..mana ambil daun pandan?
daun pandan memang ada tanam kat rumah...dalam pasu...boleh la amik kalau takat nak buat sesekali tu...
kalau selalu, botak pulak pokok tu...heheh
Post a Comment