Rumah Ku Syurga Ku

Thursday, May 14, 2009

ikan bawal 3 rasa...

Lauk hari Selasa nih!!!
Lauk bila kehabisan idea dan penyakit M melanda...

ikan bawal 3 rasa


pastu buat sup tumis bayam + fishball+cendawan

resepi ikan 3 rasa ni senang ja...

1. Tumis bawang putih dan halia yg ditumbuk
2. Masukkan bawang merah potong bulat2...dan serai yg diketuk
3. Masukkan sos ikan, cuka dan sedikit sos cili...
4. Masukkan sikit air...didihkan....
5. Masukkan cili padi dan daun limau purut
6. Pastu masukkan la sayur2 yg anda suka...cauli flower ke, capsicum ke...ape2 je le yg berkenan
7. Akhir sekali masukkan tomato yg dibelah 4 atau 8.
8. Padamkan api, dan curahkan je kuah tu atas ikan bawal ke, siakap ke, kerapu ke yg telah digoreng garing...
9. Jika suka taburkan daun ketumbar/bawang/sup yg dihiris...
10. Siap untuk dihidangkan...
***Ikan goreng tu, letak garam je..tak payah kunyit...kalau tak nanti rasa dia lain sikit...

No comments: