Rumah Ku Syurga Ku

Wednesday, November 26, 2008

Award dari Hunny...


Award dari hunny...

Thanks to Hunny kerana sudi memanjangkan award+tag ni kepada kak ton...
Siap bersyarat la pulak award... sebab dia merangkap tag sekali...
Syarat-syaratnya seperti di bawah:-.
1. Sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing.
2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang.
3. Bagi award nih kat 7 orang bertuah.
4. Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu.....

Kat sapa pulak kak ton nak pas award ni...
1. Hazel
2. Zie
3. Amy
4. Hana
5. Kak E
6. Che Iza
7. G

Monday, November 24, 2008

Hantaran 7 dulang

Sepasang baju dan satu set penjagaan diri...



Bunga telor


kek


duit hantaran, mas kawin dan gelang...


Biskut tart bentuk pisang...


Sirih Junjung






Sekitar majlis perkahwinan Nizam & Ija di Muar - 23 Nov 2008

Bersanding persalinan serba oren...
Khairul Nizam dan Khatijah
Semoga kekal bahagis ke akhir hayat...
Dan kahwin dah si nizam ni...
Rasa baru je lagi dok dukung dia masa baby...kalau tak salah dia lahir tahun 1982



Selepas upacara akad nikah di surau...


Acara makan-makan...persalinan ala barat...


Gambar kenangan dengan keluarga...
Kak ton..yg pakai baru kurung dan tudung coklat tu...
yg berdiri dibelakang sekali ialah mak dan ayah pengantin.
Yang pakai kebaya bertudung coklat gak tu...anak sedara kakton yg sulung...umur kami sama
Yg duduk kat bawah2 anak2 sedara dan anak2 sendiri...





Friday, November 21, 2008

Choc Cup Cakes untuk Hantaran kawin anak sedara...

Anak kakak yg dok sungai petani, Kak cik nak akad nikah hari Ahad ni...23 Nov 2008 di Muar.
Buat choc cakes cup untuk hantaran hari ni...
Esok, rombongan pengantin dari Sungai petani nak datang...
Takut, kelam kabut pulak...bila dah ramai2
lagipun esok malam nak prepare hantaran lain lagi...
sirih junjung....bunga telor....
Kira nya last minute touch up untuk hantaran kena buat esok ptg dan malam la...
So, kak ton buat la siap2 kek tu hari ni...
Dapat 18 biji....
Tak pasti lagi berapa biji nak bawa sebab kotak untuk isi kek ni, kakak yg akan bawa dari Sg Petani....
Harap2 cukup la...kalau lebih...boleh makan!!!!







Buat untuk makan2 je...kek coklat gak...
Oleh kerana ada lebihan icing yg digunakan untuk decorate cupcakes untuk hantaran...
deco je le cake ni sekali...
Buat dgn anak2...


Irsyad bersunat...

Irsyad bersunat 17hb November 2008
Di hospital Ampang Puteri.
Surgeon, Dr Amin Tai.

Ni gambar tengah tunggu giliran...
kecut perut....
Sambil main game boy...


Dah tukar pakai baju untuk Operation Theatre...
hahaha..macam nak buat major operation kan...



Selepas bersunat...Alhamdulillah, semua nya selamat....
masih tidur akibat dari ubat bius yg digunakan masa bersunat tadi...
Kak ton ambil package yg total bius untuk Irsyad.
Kesian pulak tengok muka dia bila tidor...
One hour after...dah boleh balik rumah...

Tuesday, November 11, 2008

Fridge Magnet

Setakat hari ni punya fridge magnet collection...
Nak kena kumpul lagi nih...




cup cakes

Petang tadi. buat kek coklat resepi Nor...
Saja je nak try deco...
Cadang2 tu nak buat untuk hantaran anak sedara nak kawin 23 hb Nov ni...
Ini la hasil kerastangan petang tadi..