Rumah Ku Syurga Ku

Wednesday, August 26, 2009

kari ikan kurau dan ikan kukus goreng

dah lama tak update blog ni...
ni menu hari Rabu 19hb ogos...
Menu sebelum blan pose ni...

kari ikan kurau
 

ikan kukus asam goreng

Tuesday, August 18, 2009

karipap gulung...

Petang ni...buat karipap gulung..
Tak tau la nama sebenarnya apa...

Sebenarnya dapat idea buat karipap ni sebab malas nak menguli, mencanai dan mengelim karipap.

Adik-beradik samosa gak kut...
tapi samosa buat bentuk 3 segi...

Cara2 dia mudah ja...
1. bancuh tepung gamdum + sedikit garam + 1 biji telur
(adunan tepung mestilah cair macam adunan kulit ketayap atau roti jala...)

2. Ambil sesenduk adunan dan tuang atas frying pan yg telah disapu sedikit minyak
( tak boleh banyak sangat minyak tu)
lepas tu gelek-gelekkan frying pan tu supaya adunan tepung rata dan nipis...
(hehehe..tak tau camna nak explain... rasanya sapa2 boleh imagine kut)

3. Letak sekejap atas dapur (api kecik).
4. Bila adunan dah masak, angkat dan letak atas pinggan/dulang.
5. Letak sedikit inti dan gulung seperti menggulung ketayap.
6. Buatlah hingga abis adunan tepung tu.
7. Akhir sekali goreng dengan api perlahan seperti menggoreng karipap...


Friday, August 14, 2009

gulai tempoyak ikan jenahak dan masak kicap ikan jenahak

Semalam, Khamis....
Tanya En hubby, nak masak apa hari ni...
Dia kata lama tak makan gulai tempoyak...
so...Ni la menu malam tadi...

gulai tempoyak ikan jenahak + timun

Dan masak kicap ikan jenahak...


gulai udang dan sambal tumis ikan bilis

Ni menu hari Rabu lepas ni...
Sebenarnya hari tu pagi dah masak nasi goreng.
Jadi, cadangnya lunch nak bungkus lauk je dari gerai untuk Imran dan Irsyad.
Pastu petang nanti masak untuk dinner je...

Tapi dalam dok jalan2 pi blog kengkawan...
nampak pulak wati yg dok penang tu masak gulai udang...
terliur la pulak...
apa lagi, terus keluarkan udang....
kebetulan kacang buncis, tomato ada dlm fridge.
lepas antar nadiah dan iqbal pi sekolah dan ambil irsyad...
balik tu singgah kedai beli kelapa (stok kelapa dah abis)
Sampai rumah terus bersilat kat dapur.

pukul 2.15...
Lunch is ready!!!!!

Gulai udang + buncis + kentang + tomato

Dan sambal tumis ikan bilis..kegemaran hubby dan anak2
Iqbal pun suka ni...
walau pedas tapi dia nak jugak makan...
dia kata "Iqbal strong...Iqbal tahan.."
Tapi dalam strong tu, sambil makan sambil minum air...
hehehe

Monday, August 10, 2009

nasi lemak...

Hari Khamis...
masak nasi lemak untuk berbuka puasa.
Puasa sunat sempena Nisfu Syaaban.
Oleh kerana bahan2 mentah dlm peti ais dah kekurangan...
dok fikir2 nak masak apa...lastly, decided to cook nasi lemak...
also requested by Imran...sebab dia pun puasa...ikut la selera dia...

nasi lemak dan sambal tumis udang

asam rebus ikan senangin dan bawal sambal tumis

Punya la lama tak update blog ni..
naik berhabuk dah.
Hari apa ntah minggu lepas masak asam rebus ikan senangin ni....


Resepi biasa je dan guna je apa yang ada...
bunga kantan pun tak de...
sayur, ada tomato je...

Ni pulak sambal tumis ikan bawal...
tak tahu nak masak apa dah...tanya anak2, diaorg biasa la...sambal tumis...
layan je le...

Monday, August 3, 2009

Gulai Ayam ala minang dan ayam masak kicap

Jumaat malam, masak lauk ni...
gulai ayam ala minang


Dan buat ayam masak kicap


Makan ngan sambal belacan dan ulam timun je...