Rumah Ku Syurga Ku

Thursday, October 29, 2009

Iqbal kena Chicken Pox

Hari Selasa...
Iqbal tunjuk kat bahu dia ada biji...
Iqbal kena Chicken Pox...
ermm
Lama pulak jarak sejak Irsyad kena hari tu...
Alhamdulillah...
Iqbal tak demam dan tak merengek sakit badan pun..
dia ok je...
strong gak la dia ni...
Dia tak suka bila kena letak calemine losyen tu...
dia kata nanti tak handsome.
so bila time nak letak losyen tu...dia nangis la sikit...
hehehe
ade2 je Iqbal ni...bukan nabgis pasal sakit chic pox tu tapi pasal tak nak nanti tak handsome..
tu la masalahnya kalau budak yg selalu perasan handsome kan???

ni la Iqbal..dengan calemine losyen kat muka...
Masih larat main PSP tu kira ok la kan...

Nasi Beriyani Ayam

Menu lunch dan dinner hari ni...
Rempah beriyani SHAN...
Anak sedara yg balik spore belikan...
thanks Adik...Ija

Sebenarnya buat nasi beriyani hari ni sebab KakTon ajak cikgu tuition anak2 Kak Ton lunch kat rumah hari ni.
Cikgu Amy ni nak berangkat ke Mekah Isnin depan, untuk menunaikan fardzu haji.
So, hari ni merupakan hari last anak2 Kak Ton tuition dengan dia.
jadi ajak la dia lunch kat sini.

Nasi beriyani Ayam


acar timun + tomato


Lauk beriyani ayam...

masak lemak cili padi ja...ngan ikan masin tenggiri goreng bawang ngan cabai...

menu semalam ni....
stok dlm fridge belum refill
makan je apa yg ada...

goreng ikan masin tenggiri je


Pastu buat masak lemak cili padi ikan selar...

Resepi kek coklat kukus pakai minyak masak

Resepi ni adik kakton yg dok kelantan tu request...
so, utk menyenangkan dia salin resepi ni...Kak Ton tulis ja resepi ni kat sini...
Sebenarnya resepi ni Kak Ton pun dapat dari anak sedara yang dok Kedah...
Wati, Mak cik copy kat sini untuk dikongsi bersama ya...

Untuk yang lain2 yg nak try resepi ni, boleh aja...
tak banyak beza dengan resepi2 kek choc kukus yang lain.

Bahan2
1. 450g tepung gandum
2. 100g serbuk koko
3. 2 sudu teh soda bikabonat
4. 2 sudu teh baking powder
5. 500g gula kastor
6. 350ml minyak masak
7. 500ml air panas menggelegak
8. 1/2 tin susu cair
9. 2 biji telor saiz A
10. 1/2 sudu teh garam halus

cara2
1. ayak bersama tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder dan gaul rata.
2. Gaulkan sebati gula, kemudian masukkan minyak masak, susu cair dan air panas, gaul sebati.
3. Pukul sedikit telor dengan garam dan tuangkan kedalam adunan tepung tadi
4. Setelah semua bahan sebati, tuangkan kedalam acuan yg telah digris dan dilapik kertas minyak.
4. kukus selama 1 1/2 jam hingga 2 jam.
5. boleh juga dibakar pada suhu 130 celcius selama 1 1/2 jam.
6. keluarkan bila dah sejuk dan boleh la diletakkan topping coklat...

utk topping coklat atau ganache Kak ton selalu pakai resepi ni...
dapat dari tauke kedai baking...

bahan2
1. 200ml wiping cream
2. 200g choc masakan, dipotong kecil2

cara2.
1. Panaskan wiping cream dlm saucepan/periuk.
2. Bila dah agak hampir mendidih...jgn sampai hangus...tutupkan api.
*** perlu kacau selalu dan guna api yg kecil...supaya tak berkerak dan hangus
3. masukkan coklat bar yg telah dipotong kecil2. dan kacau hingga semua coklat larut
4. akhir sekali tuangkan aje atas kek yg telah sejuk...
5. hiaskan la mengikut kreativiti anda...

Wednesday, October 28, 2009

sambal tumis ikan selar

semalam masak sambal tumis ikan selar je...
pastu suruh hubby tapau tomyam dari gerai...
Dah tak cukup bahan nak masak la...

Ni semua disebabkan oleh hari sabtu Kak Ton kena cirit-birit dan muntah2 yg teramat teruk...
sampai merangkak ke bilik air...
so hariAhad lepas patutnya kena pergi pasar refill kan peti ais yg dah kosong tu...
Oleh kerana Kak ton masih lemah, tak selera makan dan demam...
so tak kepasar...
so ini je le lauk yg tinggal...

Tuesday, October 27, 2009

sengkuang kuah rojak

tak tau apa org panggil ni...
sengkuang, sapu kuah rojak pastu tabur kacang tanah mesin...
tpai sedap!!!!!

Thursday, October 22, 2009

homemade sardin dan kobis goreng telur je

Petang semalam merajinkan diri gak buat sardin homemade ni...
dah byk hari beli ikan sardin ni...memang purposely beli utk buat sardin homemade...
so akhirnya semalam jadila sardin in tomato sos ni...
resepi ada kat sini...

Bahagi 3 portion...
2 portion masuk dlm freezer...
1 portion buat masak kicap untuk dinner mlm tadi...

pastu buat kubis goreng telur...