Rumah Ku Syurga Ku

Wednesday, October 20, 2010

pokok Bucida

2 minggu elpas, kak ton ngan abg megat pergi ke sg buluh beli pokok ni...tapi after 1 week, semua daun jadi perang dan gugur,,,risau gak takut pokok ni mati...

1 week after, means, pada Jumaat 15 Oct 2010 yg lepas, kakton nampak ada pucuk baru seudah tumbuh...riang nya rasa hati melihat pucuk2 tu baru tu bertunas...So, Kak ton suruh imran take a photo...on the same branches...every day..to see the leaves grow...




day 1 17th Oct 2010

day 2 18th Oct 2010

day 3 19th Oct 2010....


Day 6 22nd Oct 2010



Tuesday, September 28, 2010

sekitar majlis rumah terbuka Hari Raya pada 25sept 2010 cum House Warming...

Tanggal 25 september 2010 Kami mengadakan rumah terbuka cum house warming...
Kepada sesiapa yg tak 'ter' Jemput tu...Maaf le ye...
Jemputan agak ramai, hampir 400 orang...alhamdulillah...
Walau penat melayan tetamu dan tak hanya sempat menjamah beberapa sudu nasi goreng sebelum tetamu mula datang...sejak pukul 2.00 lagi walaupun jamuan bermula dari pukul 3 ptg...
Dan tetamu terakhir pulang lebih kurang jam 12.30tghmalam.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA SEDARA-MARA, KAWAN2 DAN JIRAN2 YANG SUDI HADIR...WALAUPUN ADA YG TERSALAH JALAN DAN TERSESAT BERJAM-JAM LAMANYA...

Antara menu yg dihidangkan ialah :
1. nasi goreng cina
2. lemang dan rendang daging
3. soto ayam dgn nasi impit/mihun
4. kuey teow goreng panas2
5. BBQ ayam/sausage/kambing
6. kambing golek panggang
7. ABC
8. Fruitlet dan tapai
9. air oren dan teh tarik

Kak ton hanya buat
1. kek coklat
2. kek marble
3. cookies....

Ini adalah beberapa gambar yg ingin kton kongsikan...layan jer le...

choc cake

kambing panggang


BBQ ayam


kawan2 My Resipi...kak ina, lily, zie dan Izah...terima kasih sudi datang rumah kakton...



Monday, September 6, 2010

menu berbuka 27 Ramadan

Hari ni masak nasi lemak untuk berbuka...
Maklum dah nak balik kampung, Insyaallah Rabu ni..so stok makanan basah dalam freezer pun dah tinggal sebungkus ikan kembong dan 1/2 kg daging...

Oleh kerana bulan puasa ni, lum pernah berbuka dengan nasi lemak, cuma ada sekali bersahur ngan nasi lemak, awal2 pose hari tu...
Maka Kak Ton pun masa nasi lemak hari ni...bersama hidangan sampingan..



daging bakar


Sambal tumis Dan ikan bilis goreng yg diasingkan...


telur rebus


timun


pastu goreg cucur udang....tepung dan kuah baki jumaat lepas...


menu berbuka 26 Ramadan

Bersamaan 5 September 2010...
Hari ni hari lahir Imran...ke 16 tahun...Dah Besar anak bujang ibu...
HAPPY BIRTHDAY... SEMOGA MEMBESAR JADI ANAK YANG SOLEH....BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT....AMINNNNNNNNN

Sempena hari Lahir Imran, kami berbuka di DePalma Hotel, Shah Alam...
Krnapa Kak Ton pilih hotel ni???
1. Insyaallah telah disahkan Halal oleh Jakim
2. Ada solat berjemaah Maghrib
3. Ada solat berjemaah Isyak dna Terawih...

Makanan...memang so-so je..semua ada...nasi beriyani, nasi putih, lauk2 kampung, masakan kelamtan, kuih muih, kuih-muih...semua ada...
Selesai terawih, dalam pukul 9.45pm...baru we all balik rumah....

menu berbuka 25 Ramadan

Hari Sabtu....masak nasi ayam...Request dari Irsyad ni...
Hari ni sama gak macam beberapa hari yang lepas.,,,Iman tak de mood nak ambil picture...Kak Ton pulak dah malas nak paksa dia...

menu berbuka 24 Ramadan

Hari ni buat mee goreng je...
dengan cucur udang...cicah kuah kacang
Imran dah datang mood malas dia...malas lak nak amik gambar...
Even gambar masakan semalam pun, Kton ambik pakai hphone je...
Kak Ton ni klu ptg2 sibuk siapkan  hidangan...mana ada masa nak amik gambar pun...
lagipun menu biasa je kan...mee goreng...mmmm

Thursday, September 2, 2010

menu berbuka 23 Ramadan


Masak opor ikan tapi modified sikit...
dalam dok cari idea apa nak masak utk berbuka...sambil chatting ngan kawan lama...dia kata dai nak masak opor ikan hari ni...
pastu tayan dia camne resepi...

1. Panaskan sedikit minyak (2 sudu makan), tumis cili merah (ikut kepedasan yg nak), bwg merah(6 ulas) dan sedikit belacan(1/2 sudu kecik je) yg di blend bersama
2. bila dah naik bau, masukkan serai yg diketuk
3. pastu masukkan santan, kunyit, garam, gula dan asam keping
4. last sekali masukkan ikan..ayam pun boleh...

so, disebabkan kat rumah ni kalau buat masak lemak, tak dak sapa nak makan ikan dlm kuah lemak tu...jadi kak ton dapat idea, goreng dulu ikan garing2...ketepikan...
pastu, kuah lemak tu, masak smapai pekat...yakni sampai pecah minyak...
Pastu kak ton ni pandai2 sendiri tambah terung dan daun kunyit...dan cili padi beberapa biji...kalau nak pedas, makan je cili padi tu...hehehehe
bila kuah dah sejuk sikit, baru tuang atas ikan, seelok-eloknya bila nak makan baru tuang kuah tu...so ikan tu masih rangup dan sedap....
Alhamdulillah, semua suka....





dan sayur camput ni...
simple je hidangan hari ni...