Rumah Ku Syurga Ku

Wednesday, September 2, 2009

Hidangan 11 Ramadan 1430H

Hari ke 11 berpuasa...
Hari pertama anak2 bersekolah  masa bulan puasa tahun ni selepas 1 minggu bercuti...
Dan bermula la semula tugas Kak Ton mengambil dan menghantar mereka pergi dan balik sekolah.

Balik je dari sekolah, lepas solat Zohor, Imran dan Irsyad tidur...
Pukul 6 ptg, baru kejutkan diaorg bangun untuk mandi dan bersolat Asar...
ermmm letih sungguh...

Tanya diaorg, nak makan apa untuk berbuka...
Diaorg cakap...ape2 je le ibu...
aduh!!! nak fikir apa nak masak ni bukan kerja mudah sebenarnya...

so ini la hidangan berbuka hari ni

1. Kangkung goreng belacan


2. Kari Ikan Jenahak putih...
Jenahak jenis kecil...kalau jenahak biasa tu dia ada kaler pink2 sikit... Yg ini putih semua...


2. Udang Supreme 
Resepi AnaWahid tapi tak ikut 100%...Guna bahan2 apa yg ada je...


And of cause ada sambal belacan dan ikan goreng sebagai pelengkap hidangan...
Selamat menjamu selera..Jangan lupa baca doa...amin

Tuesday, September 1, 2009

Hidangan 10 Ramadan 1430H

Dah masuk hari ke 10 kita berpuasa...Alhamdulillah
Allah panjangkan umur dan beri kesihatan yg baik pada kami sekeluarga untuk menikmati Ramadan hingga ke hari ini...

Atas alasan penat berjalan bershopping raya...
Kak Ton cuma masak simple je untuk berbuka hari ni...

1. Masak lemak fucuk campur kentang

2. Ikan cencaru sumbat goreng...
Apa yang kak ton sumbat dalam ikan ni???

Orang lain buat tak tau la camna..tapi ni le resepi dari kakak Kak Ton yg no 2 tu, kitaorg panggil Kak Cik...sekarang menetap di Sungai Petani.

bahan2 untuk sumbat
1. cili kering blend/tumbuk halus.  Kalau nak pedas, letak la byk...Kak ton letak dlm 10 biji je
2. bawang merah blend/tumbuk halus, 10 ulas kecil, kalau besar, dlm 5@6 dah cukup dah.
3. sedikit jintan manis/ketumbar yg ditumbuk halus (kakton pakai serbuk jintan manis je dlm  1/2 sudu teh)
4. 2 batang serai dihiri2 dan juga di blend/tumbuk halus
5. sedikit garam, gula dan air asam jawa secukup rasa
6. goreng dgn apis ederhana supaya inti didalam tu masak...



Hidangan 9 Ramadan 1430H dan Shopping Raya

Hari Ahad 9 Ramadan...
Kami sekeluarga berbuka puasa di Quality Hotel, Jalan Raja Laut.
Mesti ada yang tertanya2 kenapa sampai ke Tengah2 KL untuk berbuka kan???

ermmm sebab apa lagi sebab nak shopping baju raya anak2 la...
dan nak ambil baju kurung Kak Ton dan Nadia yg ditempah dari Zieza fashion kat Medan Mara dan Nak ambil baju Melayu Abg Megat dan all the boys dari BAK kat Wisma Yakin.

Nak cerita la sikit macammana we all gilir2 pergi shopping

1st round : 
Lepas check-in kat Quality Hotel dan selepas solat Zohor...Abg Megat, Imran dan Irsyad ke KLCC dgn teksi. Kak Ton, Nadia dan IQbal tinggal di bilik je...

2nd round :
Lepas berbuka dgn minum milo je dan solat berjemaah Maghrib, we all turun makan di Ramadan buffet kat one of the restaurant kat hotel tu.  
Makanan kat situ....macam2 ada...Tapi paling sedap..bagi Kak Ton ialah mee goreng dan kuey teow goreng mamak.  Ada artis yg mnghiburkan kami sambil2 makan tu iaitu Jaafar Onn dan Haiza.
Ada juga cabutan bertuah..dan nasib Kak Ton agak baik, Alhamdulillah...dapat hamper cabutan bertuah tu....dari Santan Harmoni...jenuh la Kak Ton dok masak berlemak je lepas ni...
Tapi tak pe, boleh simpan untuk masak2 lepas2 Raya ni..mana la tau nak buat kuah lodeh ke...hehehe. 
Selesai makan, we all jalan kaki ke Wisma Yakin...nak ambil baju2 Melayu yg ditempah.  Jauh juga tu, kesian gak kat Iqbal, penat jalan...hehehe
Tapi dia langsung tak merungut penat...cuma dia minta air...dahaga agaknya sebab peluh2 jalan...dalam sesak2 org ramai lagi...
Punya la ramai org berniaga dan apatah lagi orang yg membeli belah...
Macam2 ada....sayang betul sebab Kak Ton tak berkesempatan/teringat nak ambil gambar suasana di jalan masjid India itu...
We all sampai balik bilik hotel dalam pukul 11 malam...
Terus solat berjemaah Isyak dah terawih...Alhamdulillah
Selesai Solat...betul2 jam 12 tgh malam...
Dari bilik tu, dapat dengar dan lihat bunga api sempena sambutan kemerdekaan ke 52 tahun
MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Selamat menyambut kemerdekaan buat semua ANAK MALAYSIA....dimana sahaja anda berada...
So, malam tu semua tidur dengan begitu nyenyak...sebab kepenatan dan kekenyangan
Pukul 4 pagi, bergilir2 pulak turun bersahur di salah satu restoren kat hotel tu...
Not bad...ada
1. nasi lemak...
2. mee hailam
3. beraneka roti dan cereal...

3rd Round :
Isnin pagi, dalam pulul 10, Kakton ngan abg Megat berdua je ke SOGO...
Nak beli lagi beberapa helai baju2 untuk anak2...
We all dok imagine, sure senang nak shopping ni sebab masih awal, dna sure org tak ramai sangat, senang la nak buat pilihan.
Rupanya2, sudah  ramai yg menunggu pintu SOGO dibuka...
Dan we all adalah org yg ke berappa ratus dah masa masuk SOGO tu...
ermmm
Kebetulan, SOGO last day sales pulak...
So, we all meneruskan misi mencari baju untuk anak2...
Dalam pada itu sempat gak Abg Megat sambar 2 helai kemeja Raya dari British India dan Kak Ton sempat sambar bekas biskut raya Pyrex, 3 biji...hehehe
Dan tak lupa singgah Zieza Fashin kat Medan Mara untuk ambil baju KTon dan Nadiah yg ditempah...
We all balik ke bilik hotel dalam pukul 12.30tghhari dan terus bersiap untuk checkout.
Lepas checkout dan masukkan semua luggage dalam kereta...
Misi seterusnya....

4th Round :
Bawa anak2 pergi Pertama Complex...
Pergi Reject Shop...
Belikan beberapa helai Tshirt dan seluar untuk pakaian harian...
Murah2 baju kat reject shop ni...

Selesai sudah acara membeli belah....
Kembali ke parking hotel dan bertolak balik ke rumah...sekitar jam 2.45pm
Tiba dirumah dalam pukul 3.10pm...
Dalam keletihan...sempat gak masak simple2 untuk berbuka..
menunya...entry seterusnya...


Hidangan 8 Ramadan 1430H

Hari Sabtu, Ramadan ke 8.
Request dari Abg Megat...nak makan sup tulang

Masih ingat tak, KakTon hantar kereta Naza ke workshop...tukar baju baru...
So, tinggalkan Abg Megat kat wprkshop tu, Kakton balik rumah, singgah K4
Beli bahan2 untuk maska sup tulang.
So, hidangan berbuka 8 Ramadan ialah....

1. Sup tulang

2. Daging masak kicap

3. Kubis goreng telur

4. Air asam untuk cicah daging dari sup tulang

5. Karipap sardin segera...Brand lazat...beli kat K4
Boleh la...untuk masa2 yg tak sempat atau tak ketandusan idea nak wat kuih apa...


Hidangan 7 Ramadan 1430H

Ramadan ke 7...
Baru 7 hari puadsa...dah amcam tak tau nak masak apa...
Ini je el hidangan ringkas berbuka puasa hari ke 7

1. Lopes versi loyang
Maksudnya...tekan2 je dalam loyang...
pastu potong2 dan gaul engan kelapa parut
tak balut ngan daun pisang...sebab tak de daun pisang dan rasanya tak memadai kalaus etakat nak buat lopes dari 1 cawan beras pulut, tapi nak kena pi beli daun pisang.
Lain la kalau kat rumah ada pokok pisang.


2. Sambal tumis ikan selar

3. Sup bayam ngan fishball

Friday, August 28, 2009

Hidangan 6 Ramadan 1430H

Kejap je dah 6 hari pose...
Hari ni masak masakan thailand pulak...

1. tomyam seafood
Pakai tomyam paste Knorr je...
pastu Kakton tambah
1. 500g sotong + udang
2. cendawan tiram
3. 2 btg serai
4. 2 helai daun limau purut
5. 1 biji bawang besar di potong bulat/dadu..terserah citarasa masing2
6. 1 biji tomato di potong 4
7. sedikti hirisan daun ketumbar
8. sedikit air perahan limau nipis diletak saemasa menghidang

*** kalau nak pedas tambah cili padi
kton tak letak pun, sebab takut terlalu pedas, tak elok makan puasa2 ni, nanti perut meragam

2. Ikan siakap 3 rasa
resepi...rasanya dah ada byk kat My resipi...

3. kerabu mangga campur epal
mangga ni dapat dari pokok kat rumah jiran sebelah rumah ni je..
Dah lama dia dok pelawa suruh amik...
so semalam suruh la Imran ambik 1 biji...dia pi ambik 2 biji pulak
ermmm....ada lagi sebiji tu...

Kebetulan ada epal hijau yg dibeli untuk buat jus...


Resepi kerabu mangga + epal ni macam biasa je...

1. 1 biji mangga & 1 biji epal hijau  yg diracik halus
2. kacang tanah yg di sangai dan di blend
3. udang kering juga disangai dan di blend
4. gula dan garam secukup rasa
5. sedikit sos ikan (1 sudu teh je..jgn byk nanti masin...)
6. sedikit perahan limau nipis, dlm 1 sudu teh (boleh gantikan dgn cuka epal)
7. sedikit cili padi dan cili merah yg dipotong halus2.., ikut nak pedas macammana
8. 1/2 biji bawang besar yg rihiris halus2
9. Sedikit daun ketumbar yg dihiris halus2 (jika suka)

**Lagi 10/15 minit nak berbuka, baru la di gaul semua bahan2 diatas...
Jangan gaul awal2, nanti kerabu akan jadi berair...

4. Ice blended epal


hehehe nak buat jus epal tapi dah jadi ice blended la pulak...
sebabnya...nak bagi sejuk tanpa ais batu...
so potong2 epal tu masuk dlm freezer...

So masa nak blend epal tu dah jadi mcm ice batu...
maka jadi la iceblended epal
minum je le...

Hidangan 5 Ramadan 1430H

Ramadan hari ke 5...
ermmm...Masak spesel sikit...

1. nasi tomato

2. Ayam sambal tumis

3. Acar timun

4. Ayam goreng

5. Dalca ayam dan sayuran


6. Buat agar2 cocktail 
Tapi tak sempat nak posingkan...